Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah mengadakan Program Agihan Sumbangan Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bertempat di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.
Program ini adalah sebahagian dari aktiviti khidmat masyarakat KOPETRO yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan 2021. Pada hari ini, KOPETRO telah mengagihkan 400 bungkusan makanan kepada Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan telah menyerahkan sumbangan kepada asnaf yang terdiri dari golongan balu dan anak-anak yatim Pegawai Polis.
Menurut Pengerusi KOPETRO, Tuan Hj. Khairu Najhan Bin Zainuddin, “Ini adalah tahun ke-4 KOPETRO mengadakan program seumpama ini bersama Balai Polis Jalan Bandar”.
“Kami di KOPETRO sentiasa mendoakan kesejahteraan petugas-petugas barisan hadapan, dan akan sentiasa menyokong mereka dengan cara kami. Sumbangan yang kami berikan ini masih kecil jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan yang telah mereka jalankan.
Tambahnya lagi, KOPETRO ingin mengambil peluang beramal sebanyak mungkin pada bulan Ramadan ini dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sepanjang Ramadan 2021, banyak program-program seumpama ini akan dijalankan.
Acara penyerahan telah dilakukan dalam majlis serba ringkas, mengikut tatacara norma baru. Penyerahan sumbangan jaduah berbuka puasa telah disampaikan oleh YDH SAP Zulkefly bin Yahya, Ketua Jabatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, diiringi oleh Tuan Hj. Khairu Najhan Bin Zainuddin selaku Pengerusi KOPETRO.
Turut hadir pada hari kejadian adalah Tuan Hj. Adam Bin Keling, Bendahari KOPETRO, Pn. Hjh. Hafida Binti Hassan, Penolong Setiausaha KOPETRO dan juga Tuan Jailani Bin Talib, Ahli Lembaga KOPETRO. Usaha mengagihkan nasi berlauk itu selesai sepenuhnya, kira-kira jam 4 petang.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.