Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


KL Forest Eco Park atau Taman Eko Rimba KL (sebelum ini dikenali dengan nama Hutan Simpan Bukit Nanas) merupakan antara salah satu hutan simpan kekal tertua di Malaysia. Diwartakan pada tahun 1906, KL Forest Eko park dikelilingi hutan bangunan pencakar langit di bandaraya Kuala Lumpur. Lebih menarik, Taman Eko Rimba KL ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. 

Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur

Okay, sebenarnya aku dah beberapa kali merancang untuk datang ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini, tapi ada banyak kekangan pulak. Alhamdulillah, akhirnya setelah dirancang dengan rapi, dapatlah juga aku datang menjejakkan kaki di sini.

Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur

Bagaimana cara nak sampai ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur @ KL Forest Eco Park ini? Mudah sahaja, kalau sebelum ini ada kawasan tempat meletak kereta di (1), tapi sekarang dah takada, kemudian sebelum masuk ke kawasan Menara KL, ada satu kawasan tempat meletak kereta (2), macam aku sendiri, kami terus masuk sahaja ke kawasan Menara KL (3) dan letak kenderaan di situ. Lebih dekat dan mudah. Sempat juga bergambar di depan Menara KL.


Macam aku hari itu, kami parking di kawasan Menara Kuala Lumpur sebab nak bergambar di kawasan Menara KL juga, kemudian barulah ke Taman Eko Rimba KL yang terletak betul-betul berdekatan sahaja. 

Okay, kenapa aku tertarik nak ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur? Sebab utamanya adalah banyak gambar cantik-cantik yang aku lihat orang ambil di sini, terutamanya di laluan kanopinya. Agak tinggi jugak laluan kanopi di sini, boleh lihat pemandangan Kuala Lumpur dan juga pemandangan hutan yang cukup menarik!

JOM LIHAT BEBERAPA GAMBAR DI TAMAN EKO RIMBA KL





Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur



Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur

Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur

Kena bayar tak masuk Taman Eko Rimba KL ni? Ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini. Kalau sebelum ini tiada bayaran dikenakan, tetapi sekarang dikenakan bayaran RM10 untuk pemegang MyKad. 



Harga Tiket Masuk

Dengan MyKad
  • Dewasa : RM10
  • Kanak-Kanak 6-12 Tahun : RM1
  • Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun : Percuma
  • Warga Emas : RM1
  • Orang Kelainan Upaya : Percuma
Tanpa MyKad
  • Dewasa : RM40
  • Kanak-Kanak 6-12 Tahun : RM5
  • Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun : Percuma
  • Warga Emas : RM40
  • Orang Kelainan Upaya : Percuma

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur : Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur
Harga Bayaran Untuk Tempat Meletak Kenderaan

Secara keseluruhannya, aku berpendapat Taman Eko Rimba KL atau KL Forest Eco Park ini merupakan satu lokasi menarik untuk anda datang beriadah bersama keluarga. Bila tinggal di Kuala Lumpur, bandaraya penuh dengan bangunan tinggi, hutan konkrit, sekali sekala dapatlah juga masuk ke hutan, melihat flora dan fauna.

Harga masuk RM10 dan harga meletak kenderaan yang berpatutan, kemudahan dan fasiliti yang lengkap. Aku sarankan datang waktu pagi, boleh ambil gambar dengan cuaca yang tidak panas sangat. Aku datang hari itu pada waktu tengah panas, memang berpeluh-peluh. Lagipun kami datang bukannya nak bersenam, tapi nak bergambar sahaja. Haha.

SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!