Menjaga Hubungan, Tutur Kata & Penulisan

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera



#1 JAGA HUBUNGAN DENGAN TUHAN

Sebagai manusia dan hamba-Nya, kita perlulah menjaga hubungan dan ikut segala suruhan yang telah disuruh oleh-Nya. Nikmat rezeki, kesihatan, keluarga dan sebagainya semua diberikan kepada kita. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sentiasa memohon keampunan dan kerahmatan dalam hidup. 

Tambahan pula sekarang masih di bulan Ramadhan. Ibadat diperbanyakkan. Sentiasa mengamalkan sunnah dan sebagainya. Sampai bila nak hidup dalam kelekaan? Sampai bila nak hidup dalam kejahilan?

#2 JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Kalau hubungan dengan Tuhan dan bagus dah, bagaimana hubungan dengan sesama manusia? Mohon maaf jika ada kesalahan yang dilakukan. Berbaik-baik dengan semua orang, in shaa Allah, dalam hidup kita akan rasa gembira, tiada rasa sakit atau dendam.

Ada orang buat perkara tak baik pada kita? Ya, pasti kita rasa marah dan dendam + benci. Tapi jika perkara itu membuatkan kita rasa tak selesa, lebih baik dimaafkan dan teruskan dengan kehidupan. Ada banyak lagi perkara lain yang boleh difikirkan, dilakukan yang membuatkan kehidupan lebih baik, lebih sihat dan sebagainya.

#3 JAGA TUTUR KATA

Bercakap perlulah berfikir terlebih dahulu. Adakah apa yang kita akan luahkan itu akan menyinggung perasaan orang? Adakah apa yang akan dikatakan itu adalah fakta yang benar atau fitnah? Bahaya ya! Sekarang ini, apa-apa sahaja boleh dikatakan dan dituturkan dan ramai yang akan percaya. Walhal ia hanyalah khabar angin.

Jadi, berbaliklah pada berfikir sebelum berkata-kata. Carutan dan makin rasanya tidak perlu untuk seseorang yang matang. Matang dalam pemikiran dan matang dalam pertuturan.

#4 JAGA PENULISAN

Zaman media sosial memang merupakan zaman fitnah. Macam-macam boleh ditulis dan dilemparkan dimana-mana jenis media. Percaya tak bahawa apa yang ada di INTERNET sebenarnya sukar dipadam?! Manusia pasti akan jumpa juga apa yang anda tulis meskipun telah dipadam.

Terutama bagi mereka yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai, apa yang anda tulis itu, pastinya jika bukan 100% bersetuju, 50% akan setuju dan juga akan bercakap  dan ulas tentang perkara yang anda tulis itu. Adakah apa yang anda tulis itu FAKTA? atau FITNAH semata-mata.

Menulis adalah lebih baik berkongsi perkara-perkara yang membawa kebaikan. Tak semua perkara perlu diulas. Ya, memang itu adalah hak anda untuk menulis apa-apa yang terlintas difikiran, tapi ingat, bukan anda sahaja yang membaca dan melihat tulisan anda itu.

Aplikasi Tiktok, Twitter, Facebook, Instagram dan pelbagai semuanya adalah sebagai medium perkongsian sahaja. Kita sebagai pengguna yang perlu pilih sama ada untuk gunakan ruang itu sebagai ruang penulisan atau perkongsian yang baik atau sebagainya. Pilihan di tangan kita. 


#5 FOKUS POSITIF, HINDARI NEGATIF

Nak hidup dengan lebih tenang? Fokus pada perkara positif sahaja. Apa jua perkara negatif, tidak baik, tidak elok, terus hindarkan. Ada ulasan negatif dan memburukkan manusia atau diri anda? Block sahaja. Tak perlu ulas lebih lanjut. Ya, sabar itu ada tahapnya juga. Sekiraya dilemparkan "najis", balas dengan kelakukan yang paling bijak. Kemudian, jalan terus ke hadapan. Percaya bahawa ramai lagi yang masih bersama kita.

Fitnah sekarang ini dimana-mana. Bila mana manusia sudah terperangkap dalam aktiviti yang sama, tiada kebebasan seperti dahulu, pelbagai perkara dan isu direka sebagai pengganti kebebasan yang "kononnya" telah hilang, ditarik dan sebagainya. 

AKHIR KATA

Semua orang terkesan dengan apa yang berlaku dinegara ini. Tetapi dalam menulis, dalam bertutur kata, fikirlah dahulu. Ada banyak kesannya sekiranya apa yang ditulis dan ditutur disalah tafsir. Semoga kita sentiasa berpesan-pesan sesama kita.

SEKIAN
Tags

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!