Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama artikel ini terperap dan tidak disambung. Setelah beberapa bulan habis tayangan akhirnya siap juga artikel ini. Alhamdulillah. Jemput baca ✌
Wandavision (2021) merupakan sebuah minisiri yang dihasilkan oleh Jac Schaeffer untuk saluran strim Disney+. Siri ini adalah berdasarkan watak di dalam Marvel Comics iaitu Wanda Maximoff / Scarlet Witch dan juga Vision. Kepada mereka yang meminati filem-filem Marvel dan juga Marvel Cinematic Universe pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siri WandaVision ini. Siri ini telah diumumkan pada April 2019 dan ditayangkan secara rasmi pada Januari 2021.
WANDAVISION (2021)
BARISAN PELAKON WANDAVISION (2021)
- Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch
- Paul Bettany sebagai Vision
- Debra Jo Rupp sebagai Sharon Davis / "Mrs. Hart"
- Fred Melamed sebagai Todd Davis / "Arthur Hart"
- Kathryn Hahn sebagai Agatha Harkness / "Agnes"
- Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau / "Geraldine"
- Randal Park sebagai Jimmy Woo
- Kat Dennings sebagai Darcy Lewis
- Evan Peters sebagai Ralph Bohner / "Fietro"
SINOPSIS WANDAVISION (2021)
Untuk sinopsis anda boleh baca di : SINOPSIS PENUH SIRI WANDAVISION
ULASAN PENUH SIRI WANDAVISION (2021)
Pada awalnya, aku agak skeptikal tentang bagaimana MCU yang selama ini hanya dikenali dengan filem kini menyiarkan ceritanya melalui siri berepisod pula. Tapi apa yang aku nampak, mungkin dengan siri episod dapatlah penceritaannya dikembangkan lagi. Kalau filem mungkin terlampau padat, tapi di dalam siri dapat dikembangkan setiap cerita termasuklah watak-watak sampingan.
Ditayangkan di Disney+, sememangnya banyak dan lebih panjang jalan cerita yang boleh dimuatkan. Okay, untuk Wanda dan Vision, apa yang kita lihat kali terakhir adalah Vision telah mati kerana kerakusan Thanos manakala kali terakhir melihat Wanda adalah bilamana Wanda bertarung di Avengers : Endgame (2019) . Jadi, untuk siri WandaVision kita akan lihat bagaimana dan apa yang berlaku dalam kehidupan Wanda.
Kalau anda tonton daripada episod pertama, mungkin ada beberapa perkara yang anda tidak faham. Bagaimana boleh mereka berada dalam dunia sitkom, bagaimana boleh ada Vision dan juga ada beberapa adegan pelik bagi tiga episod pertama. Tapi semuanya dirungkaikan di episod 4 dan semuanya kelihatan lebih jelas.
Bagi aku, jalan cerita dari episod pertama sehingga episod 9 sangat bagus. Semuanya diceritakan dengan baik termasuklah persoalan yang berlaku dalam minda tentang beberapa episod awal. Kejutan yang dibreikan juga terbaik, termasuklah dengan kemunculan Ralph Bohner. Seperti yang ramai jangka, pengakhiran siri ini akan membawa kita ke filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness (2022) yang bakal ditayangkan kelak.
💥CGI 💥
Bila menonton siri ini, kemudian melihat pulak behind the scene, banyak juga yang aku terkesima kerana ada babak yang kelihatan real, tetapi sebenarnya menggunakan green screen. Jika anda lihat episod pertama, kita dibawa ke tahun 50-an, efek dan teknik yang mereka bawakan adalah sama dengan teknik pada tahun-tahun tersebut. Sangat hebat!
Yang paling aku suka adalah di episod 9, babak pertarungan Wanda dan Agatha Harkness, dua ahli sihir atau witch yang bertarung untuk dapatkan kuasa. Juga babak yang menarik adalah pertarungan antara Vision dan White Vision.
Akhirnya Wanda Maximoff dikenali dengan nama Scarlet Witch! Setelah beberapa tahun didalam MCU, Wanda masih belum dipanggil atau dikenali dengan nama Scarlet Witch, jadi aku simpulkan bahawa siri ini adalah salah satu origin story untuk Wanda dan Scarlet Witch. Episod 8 merungkai segalanya, daripada Wanda kecil sehinggalah kepada apa yang berlaku di WandaVision.
Agatha Harkness atau Agnes dilakonkan oleh Kathryn Hahn aku rasa antara yang perlu diberi pujian selain Elizabeth Olsen dan Paul Bettany. Lakonan Kathryn Hahn sangat berjaya! Untuk episod sitkom, Agnes sememangnya seorang jiran yang suka kacau dan babak yang paling aku suka adalah bila mana Agnes perkenalkan dirinya yang sebenar melalui sebuah lagu!
Watak sampingan seperti Darcy Lewis, Jimmy Woo dan Monica Rambeau juga adalah sangat membantu. Untuk Monica Rambeau dilakonkan oleh Teyonah Parris, WandaVision merupakan origin story untuk watak ini. Lakonan Teyonah Parris sangat membantu terutamanya apabila kita tahu Monica akan muncul dalam filem The Marvels (2022) bersama Captain Marvel dan Ms Marvel.
Darcy Lewis lakonan Kat Dennings pula kali terakhir dilihat di MCU adalah ketika filem Thor : The Dark Worlds (2013) manakala Jimmy Woo lakonan Randall Park adalah di filem Ant-Man and The Wasp (2018) . Watak-watak daripada filem Marvel yang lain dibawa ke siri ini membawa maksud yang sangat besar bahawa semua siri dan filem dalam MCU adalah berkaitan. It is all connected.
Untuk filem Marvel, muzik bagi aku adalah antara yang penting. Tetapi dalam siri WandaVision ini, peminat dan penonton diberikan pelbagai jenis muzik, termasuklah lagu tema bagi beberapa episod dan juga lagu tema bagi watak jahat!
Untuk setiap episod sitkom terdapat lagu temanya tersendiri yang jika dilihat dengan betul diinspirasikan daripada sitkom popular! Tahniah Kristen Anderson-Lopez & Robert Lopez kerana lagu-lagu temanya cukup menarik dan catchy! Oh ya, kalau siapa yang tak tahu, mereka ini merupakan pemenang Oscar bagi lagu Let It Go daripada filem Frozen (2013) dan juga lagu Remember Me daripada filem Coco (2017).
Selain itu, komposer bagi siri ini iaitu Christophe Beck juga sangat bagus dalam menghasilkan tema untuk Scarlet Witch! Setiap era dari 50-an sehinggalah ke zaman sekarang, muzik yang dibawa di dalam siri ini cukup sesuai! Christophe Beck juga tidak asing dalam MCU kerana beliau sebelum ini menghasilkan muzik bagi filem Ant-Man (2015) dan Ant-Man and The Wasp (2018).
Siri WandaVision (2021) bagi aku merupakan sebuah siri yang unik, tidak pernah ada dalam MCU dan mungkin adalah salah satu siri terbaik untuk menceritakan apa yang berlaku pada watak Wanda Maximof serta memperkenalkan beberapa watak terbaru untuk Phase 4 MCU. Setelah habis tayangan, ada pihak atau golongan yang tidak berpuas hati kerana expectation mereka terlalu tinggi tentang ada cameo atau watak villain lain yang akan membuat kemunculan.
Bagi aku siri sudah lengkap. Menceritakan perjalanan selepas tiga minggu di Avengers : Endgame (2019) dan kesinambungannya pada filem Dr Strange In The Multiverse Of Madness (2022). Kadang-kadang kita sebagai peminat tidak perlu meletakkan jangkaan yang tinggi, juga khabar-khabar angin tidak boleh dipercayai 100%. Apa yang perlu adalah tonton siri atau filem tersebut dengan tenang dan pastinya semua ini hanyalah sejenis hiburan.
Adakah aku akan tonton siri ini lagi? 100% ya, aku akan tonton kerana ini adalah Marvel Cinematic Universe. Jika anda benar-benar peminat tegar MCU, pasti anda akan sedar tentang lagu tema Dr Strange yang boleh didengari pada End Credit Scene episod 9.
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/5
aku pun suka betul dnegan wandavision. lain dari yang lain.
ReplyDeleteElizabeth Olsen power sebab lakonan dia boleh adapt
dengan setiap era.
Rasanya tak pernah tgk lg Elizabeth Olsen blakon. Yg saya kenal mary kate n ashley je. Apa pun, siri ni nampak menarik.
ReplyDeleteOk. Memandangkan Rawlins tak tengok lagi WandaVision, now dah boleh tengok sebab dah selesai kan semua episod kan? Rawlins memang gigih tunggu selesai episod baru layan sebab taknak tertunggu-tunggu
ReplyDeletelom tonton lagi. tidak berkesempatan lagi.
ReplyDeleteterasa dijemput-jemput utk menonton lepas baca review ni.
memang peminat tegar Avengers ni. hampir hafal la setiap watak.
tq ye aerill.
siri ni nampak best, ramai share kat disney+ ada banyak siri yang menarik, ini salah satu la tu
ReplyDeleteMemang susah nak puaskan semua orang especially when it comes to big name movies kan! Baca this review macam menarik jer WandaVision ni... kena enrol Disney+ la macam ni..
ReplyDeleteNampak menarik siri ni dari jalan cerita yang disampaikan. Boleh cari ni sesekali layan
ReplyDeleteSuka jugak tengok avengers. Siap ada yang bersiri ye. Baru tau ada cerita bersiri ni
ReplyDeleteIni yang anak Sis tengok tu.. tapi Sis tengok melayan aje depan tv sambil main HP.. okay nanti nak ulang balik nengokk...sebab kemain fokus anak tengok...
ReplyDeletebest ea wandavision ni? bagi saya biasa2 je. mungkin sebab saya tak berapa minat kot. heheh. saya perasan selalu juga cerita ni keluar kat tv.
ReplyDeleteBaru tahu ada yg bersiri. Nampak menarik tapi tula, kena ada Disney+ dulu baru dapat tengok
ReplyDeleteSyok baca ! Lama sangat dah tak layan citer bersiri . Last masa zaman student dulu . Pastu dah tak dan nak layan. Tapi kalini macam tertarik nak nonton. Tq share tau...very details
ReplyDeleteAkak tengok WandaVision ni. Lawak kan memula masa dia tak tau yang dia sebenarnya dalam set rekaan. Neighborhood semua best. Macam zaman dulu. Camana mereka elak dr masyarakat tahu superpower mereka ada tu paling lawak. Sekarang akak tengah layan Loki.
ReplyDeleteSerious aaaa.. Makin complicated pulak ya... Hahahaha.. Nak kena follow gak ni.. Peminat avengers harus follow kan
ReplyDeleteI am a fan of Marvel! Thanks for recommend this movie. Shall catch it with my fam this weekend
ReplyDeleteWow i m going to check out WandaVision this weekend because i m a fan of Marvel.
ReplyDeletethanks for sharing about this Wandavision 2021 series, I wanna watch it too after reading here. yeah!! cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteMenarik, lama dah tak tengok cerita2 MCU sejak dah takde Astro ni hihi. Boleh lah layan online kalau boring2. Tggu masuk Netflix lambatnyaaa lahaii
ReplyDeleteAda nampak dalam list disney hotstar , bukak sekejap jer sebab memang kurang suka cerita bersiri kecuali kdrama. Tapi memang kalau peminat tegar wajib tengok sebab nak tahu apa kisah wanda dan vision sebenarnya.
ReplyDelete