Assalamualaikum dan salam sejahtera
Loki (2021) merupakan sebuah siri yang dihasilkan oleh Michael Waldron untuk laman pengstriman Disney Plus dan berdasarkan Komik Marvel dengan karakter nama yang sama. Siri ini merupakan salah satu bahagian di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan kisahnya bermula selepas tindakan Loki di dalam filem Avengers : Endgame (2019) yang mana versi Loki 2012 telah mencipta garis masa baru.
Antara pelakon yang membintangi siri ini adalah Tom Hiddleston, Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero, Tara Strong, Owen Wilson, Sophia Di Matino, Sasha Lane, Jack Veal, DeObia Oparei, Richard R. Grant dan Jonathan Majors. Musim pertama siri ini dengan enam episod ditayangkan bermula 9 Jun 2021 dan berakhir pada 14 Julai dan merupakan sebahagian daripada Fasa 4 MCU.
SINOPSIS LOKI 2021 (MUSIM 1)
EPISODE #1 GLORIOUS PURPOSE
Loki ditangkap oleh TVA (Time Variance Authority) apabila dia membuat garis masa baru setelah melarikan diri dari Pertempuran di New York bersama dengan Tesseract pada tahun 2012. TVA perlu menetapkan semula garis masa dan "varian" Loki ini dibawa kehadapan Hakim Ravonna Renslayer atas jenayahnya pada "Sacred Timeline".
Loki menyalahkan keadaan pada Avengers, yang telah kembali ke masa lampau pada tahun 2012, tetapi Renslayyer mengatakan perbuatan mereka itu sepatutnya berlaku manakala tindakan Loki tidak sepatutnya berlaku. Ejen Mobius M. Mobius membawa loki ke Teater Masa untuk melihat kesalahan lampaunya dan juga mempersoalkan tindakannyayang selalu menyakiti orang. Dia juga memperlihatkan keadaan masa depan Loki yang sepatutnya berlaku, termasuklah tindakannya yang secara tidak sengaja akan membunuh ibu angkatnya Frigga.
Loki cuba untuk melarikan diri tetapi kemudiannya menyerah diri apabila menyedari kekuatan TVA yang melebihi kekuatan Batu Infiniti. Dia kembali ke Teater Masa dan melihat pelbagai lagi peristiwa masa hadapan termasuklah peristiwa kematiannya di tangan Thanos. Dia kemudiannya bersetuju untuk membantu Mobius mencari seorang lagi varian Loki yang telah membunuh beberapa ejen TVA dan mencuri alat menetapkan semula garis masa.
EPISODE #2 VARIANT
Loki menyertai misi TVA ke lokasi serangan oleh " VARIAN" pada tahun 1985 di Oshkosh, Wisconsin, dimana dia berusaha untuk menawarkan jalan bertemu dengan Penjaga Masa (Time-Keepers), yang dikatakan mencipta TVA dan "Sacred Timeline".
Ravonna Renslayer pada awalnya keberatan untuk membiarkan Loki terlibat dengan misi, tetapi Mobius meyakinkannya untuk memberi peluang. Loki meneliti fail TVA dan berteori bahawa "Varian" tersebut bersembunyi berhampiran dengan peristiwa apokaliptik (pemusnahan dunia) dimana tindakan mereka tidak akan mempengaruhi garis masa.
Loki dan Mobius mengesahkan teori ini dengan mengunjungi Pompeii pada tahun 79 Masihi, sebelum menyimpulkan bahawa "Varian" itu bersembunyi ketika taufan di Alabama pada tahun 2050. Disana mereka diserang oleh Varian yang menyihir beberapa penduduk tempatan dan juga ejen TVA Hunter B-15.
Varian itu kemudian mendedahkan dirinya sebagai Loki versi wanita dan menolak tawaran Loki untuk menggulingkan Penjaga Masa bersama-sama. Dia meletakkan mesin menetapkan masa di beberapa tempat di Sacred Timeline, kemudian mengaktifkannya dan menghasilkan pelbagai cabang garis masa menyebabkan TVA menjadi kacau bilau. Dia kemudiann teleport pergi dan Loki mengekorinya.
EPISODE #3 LAMENTIS
Dengan keadaan TVA yang kacau bilau, Varian itu tiba di ibu pejabar mereka dan dalam uasaha mencari penjaga Masa, tetapi diekori oleh Loki. Mereka kemudiannya diserang oleh Ravonna Renslayer dan Loki menggunakan Tempad untuk teleport mereka berdua ke tahun 2077 di Lamentis -1, bulan yang sedang dihancurkan oleh planet.
TemPad itu kemudiannya kehabisan kuasa dan Varian tersebut, yang dikenali dengan nama Sylvie bersetuju untuk bekerjasama dengan Loki untuk mengecasnya. Mereka menyelinap ke kereta api yang menuju ke arah kapal angkasa menyelamat yang boleh mengecas semula kuasa pada TemPad, tetapi Loki mabuk dan tindakannya menarik perhatian mereka. Ini menyebabkan pertengkaran dengan pengawal yang membuangnya dari kereta api dan Sylvie mengikutinya dan menyedari bahawa TemPad telah rosak.
Mereka berdua meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dengan tujuan untuk ke kapal angkasa tersebut sebelum Lamentis-1 musnah. Di dalam perjalanan, Sylvie mendedahkan bahawa pekerja di TVA sebenarnya adalah varian orang dari Bumi. Loki dan SYlvie bertempur dengan pengawal dan penduduk yang berusaha menaiki kapal angkasa, tetapi meteor dari planet memusnahkan kapal itu sebelum mereka dapat naik.
EPISODE #4 NEXUS EVENT
Sylvie memberitahu pada Loki bahawa dia melarikan diri dari TVA ketika masih kecil. Sylvie dan Loki kemudiannya membentuk ikatan romantik, membawa kepada kewujudan cabang garris masa yang unik dan memberi amaran pada TVA untuk mencari mereka dan menangkap mereka sebelum Lamentis-1 dimusnahkan.
Mobius kemudiannya membiarkan Loki pada lingkaran masa ingatan buruk bersama Lady Sif manakala Sylvie pula membuka memori pada B-15 untuk membuktikan bahawa B-15 adalah varian juga. Ravonna Renslayer memberitahu bahawa C-20 mati akibat gangguan mental, tetapi Mobius menjumpai rakaman Renslayer menyoal siasat mental C-20, yang menegaskan bahawa pekerja TVA adalah varian.
Mobius kemudiannya membebaskan Loki daripada lingkaran masa tetapi Renslaer bertemu mereka berdua dan Mobius telah di "pruned". Renslayer membawa Loki dan Sylvie bertemu dengan Penjaga Masa yang memerintahkan supaya Loki dan Sylvie dihapuskan.
Dengan bantuan B-15, Loki dan Sylvie menewaskan Renslayer dan pengawal Penjaga Masa. Sylvie memenggal kepadal salah seorang Penjaga Masa, tetapi mendapati bahawa mereka adalah android dan kemudiannya tanpa disedari, Renslayer bangkit semula dan Loki di "pruned". Sylvie mengawal Renslayer, menuntut kebenaran. Di adegan pertengahan kredit, Loki terbangun dikelilingi beberapa varian Loki yang lain.
EPISODE #5 JOURNEY INTO MYSTERY
Ravonna Renslayer memberitahu Sylvie bahawa selepas Loki di "pruned", dia dihantar ke Void pada akhir masa, dimana tiada yang pernah keluar daripadanya. Mereka menyimpulkan bahawa pencipta TVA yang sebenar berada di sebalik Void itu. Miss Minutes, maskot TVA memanjangkan masa sehingga pasukan TVA mengelilingi Sylvie. Sylvie kemudiannya "prune" dirinya sendiri dan bertemu dengan Mobius di Void. Selepas menyoal siasat B-15, Renslayer merancang untuk menghubungi pencipta TVA yang sebenar. Sementara itu, varian Loki yang lain memberitahu bahawa makhluk besar seperti awan dikenali sebagai Alioth yang memusnahkan semua yang ada di Void.
Setelah bertemu dengan kumpulan kedua Loki yang membawa kepada pertarungan, Classic Loki membantu Loki, Alligator Loki dan Kid Loki melarikan diri. Mereka menemui Sylvie dan Mobius. Mobius kemudian kembali ke TVA menggunakan TemPad yang dibawa oleh Sylvie bersamanya.
Sylvie cuba untuk menyihir ALioth sementara Loki cuba mengalihkan perhatiannya, tetapi mereka gagal sehinggalah Classic Loki mengorbankan dirinya dengan mencipta ilusi Asgard yang menarik perhatian Alioth. Loki dan Sylvie kemudiannya berjaya menyihir Alioth bersama, dan makhluk itu menunjukkan laluan ke Citadel di luar Void.
EPISODE #6 FOR ALL TIME ALWAYS
Sementara itu, di Citadel pada penghujung masa, He Who Remains memberitahu Loki dan Sylvie bahawa dia mengakhiri perang multiversal antara variannya dengan menggunakan Alioth untuk menghancurkan garis masa alternatif dan mencipta TVA untuk mengekalkan keamanan. Setelah dia mula letih, dia menawarkan piliahn : membunuhnya dan risiko perang multiversal yang lain atau menggantikannya dan mengawasi TVA dalam "Sacred Timeline".
Sylvie mahu membunuhnya, tetapi Loki memintanya untuk berhenti. Mereka kemudian bercumbu, tetapi Sylvie menghantar Loki kembali ke ibu pejabat TVA. Dia kemudiannya membunuh He Who Remains, melepaskan garis masa alternatif dan multiversal yang tidak dapat dihalang oleh TVA. Di ibupejabat TVA, Loki memberi amaran pada Mobius dan B-15 mengenai varian He Who Remains, tetapi mereka tidak mengenali Loki dan dia melihat patung salah satu varian telah menggantikan patung Penjaga Masa.
Sumber : Disney Plus | Marvel Studios | Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.