Assalamualaikum dan salam sejahtera
Melihat ramai yang memberikan review positif di ruangan media sosial tentang filem ini, aku lantas menontonnya di Netflix. Walaupun beberapa kali melihat filem ini berada di senarai TOP10 Netflix, tetapi aku tak tergerak untuk menontonnya. Tetapi dengan kuasa media sosial, aku menontonnya juga.
Filem Sweet Girl (2021) merupakan sebuah filem 'thriller' aksi diarahkan oleh Brian Andrew Mendoza dan pengarahan sulungnya. Filem ini dibintangi oleh Jason Momoa, Isabela Merced, Manuel Garcia-Rulfo, Adria Arjona dan ramai lagi. Filem Sweet Girl (2021) ini ditayangkan di Netflix bermula 20 Ogos 2021.
FILEM SWEET GIRL (2021)
Jalan Cerita : Philip Eisner / Greg Hurwitz
Penerbit : Jason Momoa, Brian Andew Mendoza, Brad Peyton, Jeff Fierson
Pelakon : Jason Momoa, Isabela Merced, Manuel Garcia-Rulfo, Adria Arjona, Raza Jaffrey
Sinematografi : Barru Ackroyd
Muzik : Steven Price
Tarikh Tayangan : 20 Ogos 2021
Durasi : 110 minit
BARISAN PELAKON FILEM SWEET GIRL (2021)
- Jason Momoa sebagai Ray Cooper
- Isabela Merced sebagai Rachel Cooper
- Milena Rivero sebagai young Rachel Cooper
- Manuel Garcia-Rulfo sebagai Amo Santos
- Amy Brenneman sebagai Diana Morgan
- Adria Arjona sebagai Amanda Cooper
- Justin Bartha sebagai Simon Keeley
- Raza Jaffrey sebagai Vinod Shah
- Lex Scott Davis sebagai FBI Agent Sarah Meeker
- Michael Raymond-James sebagai FBI Agent John Rothman
- Dominic Fumusa sebagai Sam Walker
- Nelson Franklin sebagai Martin Bennett
- Brian Howe sebagai Pete Micelli
- Reggie Lee sebagai Dr. Wu
Di Pittsburgh, seorang wanita bernama Amanda Cooper jatuh sakit dengan penyakit barah yang jarang berlaku. Suaminya, Ray Cooper, diberitahu bahawa ubat yang berpotensi menyelamatkan nyawa untuk Amanda dikeluarkan dari pasaran beberapa hari sebelum rawatannya akan dimulakan, kerana CEO BioPrime Simon Keeley membayar pengilang untuk menangguhkan pengeluaran ubat tersebut. Menonton Keeley dalam perdebatan secara langsung di TV dengan Anggota Kongres Diana Morgan, Ray membuat panggilan dan mengancam Keeley, mengatakan jika dia tidak menarik balik keputusannya, dia akan membunuhnya. Keeley tidak memandang serius ancaman itu dan Amanda meninggal dunia, menghancurkan perasaan Ray dan anak perempuan mereka, Rachel.
Ray kemudian membawa Rachel dan mereka bersembunyi di sebuah motel di luar bandar. Rachel, bimbang ayahnya bertindak di luar kawalan, menghubungi Ejen FBI Sarah Meeker dan cuba meyakinkan ejen untuk menyelidik BioPrime. Keesokan paginya, dua penembak upahan masuk ke motel dan Ray membunuh mereka berdua, mengakibatkan ketegangan antara dia dan Rachel. Ray merancang untuk mengejar Shah dan membiarkan Rachel membantunya memerangkap Shah. Ray cuba menyoal siasatnya, tetapi Shah enggan bercakap dan segera dibunuh oleh Santos. Ray dan Rachel bertemu dengan Santos di sebuah kedai makan, dan setelah Santos mengakui bahawa dia merasa bersimpati dengan tujuan Ray, dia mendedahkan bahawa Morgan adalah majikannya yang sebenarnya. Dia juga memberitahu Rachel bahawa mereka akan bertemu lagi tidak lama lagi.
Kembali ke bandar, Ray diserang oleh FBI dan melarikan diri ke bumbung stadium besbol. Ketika Meeker cuba berbicara, ia menunjukkan bahawa "Ray" sebenarnya adalah Rachel. Ray mati di kereta api bawah tanah dan Rachel, menderita PTSD dan gangguan identiti disosiatif, mengabdikan dirinya untuk menyelesaikan usaha membalas dendam. Dia melompat ke sungai tetapi kemudiannya tanpa sedar dimasukkan ke dalam ambulans. Setelah membebaskan diri dan merempuh kenderaan, dia mencari pejabat kempen Morgan, tempat Santos sedang menunggu. Walaupun pada awalnya Santos berjaya menundukkannya dengan mencekik dan menenggelamkannya, Rachel mendapatkan kembali kekuatannya dan menikam Santos hingga mati. Dia berhadapan dengan Morgan dan secara diam-diam merakam Morgan mengakui bahawa dia telah dirasuah oleh BioPrime untuk kontrak kerajaan dan bahawa dia memerintahkan serangan ke atas Bennett dan Ray. Setelah menghantar rakaman itu ke FBI, Rachel memperoleh pasport palsu, menukar wangnya dengan cryptocurrency, dan menaiki kapal terbang ke masa depan yang tidak diketahui.
ULASAN FILEM SWEET GIRL (2021)
Melihat ramai yang memuji filem ini di ruangan media sosial membuatkan aku terus menontonnya di Netflix. Jadi beginilah ulasan aku untuk filem ini. Genre filem ini iaitu aksi 'thriller' merupakan salah satu genre yang aku suka. Kalau membaca novel, genre sebegini yang paling aku minat sebab bila kita melihat, membaca ceritanya, aku akan teruja untuk ketahui jalan cerita berikutnya sama ada saspens atau tidak.
Untuk filem Sweet Girl (2021) ini, jalan ceritanya bagi aku 'straight-forward'. Awalnya menceritakan mengapa semua ini berlaku, kemudian terus ke babak membalas dendam akibat kematian. Sebenarnya dah boleh agak tema balas dendam adalah tema utama filem ini. Plot twist juga bagi aku sesuatu yang sangat bijak. Barulah tepat dengan judul filem ini, Sweet Girl, apabila rupa-rupanya Rachel yang melakukan semua kerja-kerja membalas dendam ini.
Pelakon dalam filem ini tak ramai, tapi setiap satunya mempunyai watak dan fungsi yang jelas. Babak aksinya juga nampak 'real' dan aku seronok menontonnya. Elemen saspens juga sangat banyak di dalam filem ini, terutamanya apabila Rachel dan "Ray" diburu oleh Santos & penembak upahan.
Kesimpulannya, filem Sweet Girl (2021) ini filem "thriller" yang berjaya, walaupun mendapat ulasan negatif daripada pengkritik di Amerika Syarikat, yang mengatakan jalan ceritanya klisye dan plot twist yang terlalu lambat. Bagi aku filem ini sesuatu yang menghiburkan untuk peminat filem-filem thriller macam aku sendiri. Mungkin jalan ceritanya yang agak boleh dijangkakan membuat aku sedikit kecewa, tetapi tak mengapa kerana lakonan dan aksi yang hebat.
BINTANG : ⭐⭐⭐/5
KREDIT FOTO & INFO : NETFLIX, WIKIPEDIA, GOOLE IMAGE
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.