Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik sahaja. Baiklah kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku langgan Disney Plus Hotstar dengan hanya RM7.50 sahaja. Kalau dilihat dalam artikel yang pernah aku tulis sebelum ini, harganya adalah RM54.90 untuk 3 bulan. Manakala bagi pelanggan Astro Movies Pack pula hanya perlu membayar tambahan RM5 untuk menonton Disney Plus Hotstar.
Itu adalah pada bulan Jun yang lalu. Tetapi sekarang Astro menawarkan pilihan terbaru kepada mereka yang melanggan Starter dan Value Pack dimana mereka boleh menonton Disney Plus Hotstar dengan hanya perlu membayar tambahan RM7.50 setiap bulan.
Beberapa kali juga ketika menonton rancangan di Astro aku melihat iklan yang memberikan maklumat yang sama dimana pelanggan Starter Pack dan Value Pack boleh melanggan Disney Plus Hotstar dengan membayar RM7.50 sahaja.
Macam aku sendiri, sebelum ini bermula bulan Jun yang lalu aku langgan Disney Plus Hotstar secara biasa dimana aku perlu membayar menggunakan transaksi online dan dapat tonton sehingga awal bulan September. Jika dibuat pengiraan, apa yang telah dibayar untuk sebulan adalah RM18.30. Agak mahal ya!
Pada mulanya aku ingin berhenti langgan kerana harga yang agak tinggi, tetapi melihat promosi terkini yang menarik dan agak murah ini, aku teruskan melanggan dengan Astro pula. Artikel kali ini aku akan kongsikan langkah-langkahnya serta pengalaman aku sendiri yang mempunyai bermasalah dalam melanggan Disney Plus Hotstar dengan Astro ini.
Kepada anda yang belum langgan mana-mana Pack Astro boleh langgan di pautan ini : https://product.astro.com.my/tv
Setiap bulan, bill Astro dirumah adalah RM80 sahaja tidak termasuk cukai dan sebagainya. Ini adalah harga bagi Value Pack 1 yang sudah lama dilanggan di rumah. Apabila ditambah dengan Disney Plus Hotstar, harganya cuma RM87.50 sebulan. Aku tak pasti DISKAUN yang dipamerkan dalam gambar diatas untuk apa, tetapi anda boleh lihat perbezaan harga disitu.
Jadi, tanpa berfikir panjang, aku pun teruslah melanggan Disney Plus Hostar dengan mengikut apa yang diarahkan oleh pihak Astro : PERGI KE SALURAN 200
LANGKAH-LANGKAH UNTUK LANGGAN DISNEY PLUS HOTSTAR DENGAN ASTRO | SALURAN 200
Baiklah, ini adalah langkah-langkah yang aku lakukan untuk melanggan Disney Plus Hotstar dengan menukar package channel Astro.
LANGKAH #2 Kemudian akan ada pilihan dibahagian kiri skrin. pilih Package mana yang anda inginkan. Contohnya, anda mencari Package untuk Malay, jadi dibahagian ini akan ada pilihan package berdasarkan saluran berbahasa Melayu.
LANGKAH #3 Baca dengan teliti dan lihat harga yang perlu dibayar adakah lebih atau kurang daripada apa yang anda telah buat pengiraaan.
LANGKAH #4 Tekan OK
LANGKAH #5 Kemudian akan terpapar Order Summary. Di bahagian ini pula akan terpapar langkah berikutnya iaitu SMS atau Whatsapp ASTRO dengan kod yang telah diberikan.
Anda boleh pilih sama ada nak gunakan khidmat SMS atau Whatsapp. Aku gunakan Whatsapp kerana lebih mudah.
LANGKAH #6 Ikut sahaja apa yang ditulis. Masukkan kod yang diberikan, kemudian terus berjaya pembelian anda untuk Package yang anda inginkan. Macam aku sendiri, package sebelum ini adalah Value Pack 1 menjadi Value Plus Pack 1.
APA PULA LANGKAH SETERUSNYA?
Pasti tak sabar kan nak tonton filem dan drama menarik di Disney Plus Hotstar? Sebentar, langkah berikutnya adalah anda perlu mengaktifkan Disney Plus Hostar anda. Anda boleh mengaktifkan di pautan ini : https://product.astro.com.my/apps/disney
LANGKAH #1 Pilih I'm an existing Astro Customer, kemudian anda akan dibawa ke halaman ASTRO ID dimana anda perlu log masuk dengan menggunakan Astro ID anda. Sekiranya tiada, anda boleh pilih Create Now. Kemudian, anda boleh memasukkan ID Type dan nombornya serta Account / Smartcard Number.
TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA AKTIFKAN AKAUN DISNEY PLUS HOTSTAR ANDA DENGAN ASTRO!
BERKAITAN : SENARAI FILEM-FILEM TERBAIK DI DISNEY PLUS
Baiklah selesai aku ceritakan tentang langkah-langkah melanggan dan aktifkan akaun Disney Plus Hotstar. Seterusnya aku nak kongsikan pula pengalaman aku yang mengambil masa 5 hari barulah boleh menonton Disney Plus Hotstar. Sekiranya tiada sebarang masalah, proses ini sebenarnya hanya mengambil masa 30 minit sahaja, tetapi ada bahagian yang bermasalah dari pihak aku sendiri, itu yang melambatkan proses.
Begini. Semua langkah telah aku lakukan dengan jayanya kecuali dibahagian ASTRO ID. Sebelum ini aku dah mempunyai ASTRO ID dengan menggunakan email aku. Langganan Astro pula adalah atas nama ayah aku. Masalah yang aku hadapi adalah tak boleh nak isi ruangan Secure Your Account.
Di Facebook Mesenger aku mengharapkan balasan yang cepat, tetapi agak lambat. Manakala di Whatsapp pula agak pantas balasan yang diterima. Setelah membalas beberapa mesej, rupa-rupanya ada masalah ketika ayah aku mendaftar akaun Astro di awal dahulu. Di dalam sistem Astro, Jenis ID yang digunakan adalah Mykad tetapi nombor yang digunakan adalah nombor Polis. Jadi pihak Astro menyarankan supaya ayah aku sendiri hubungi Astro untuk kemaskini ID. (PEMILIK AKAUN SENDIRI)
Astro turut beritahu apa yang perlu dilakukan untuk kemaskini ID. Antaranya perlu menghantar salinan Mykad depan dan belakang di Whatsapp sahaja, serta beberapa lagi langkah lain. Okay. Ayah aku hanya boleh kemaskini ID dan hubungi Astro pada waktu malam, sebab dia kerja diwaktu siang.
Aku bantu ayah aku hubungi semula Astro (Whatsapp) dan beritahu nak kemaskini ID. Staff Astro yang menjawab pula memberi arahan lain. Ayah aku perlu menghantar email kepada Astro. Sudah.. Ayah aku dah la tak reti nak email-email ni.
Aku pun tolong menghantar email pada Astro : wecare@astro.com.my. Di email itu aku nyatakan Penukaran Jenis ID dan sertakan salinan Mykad ayah aku. Email balasan dari Astro pula adalah pada keesokkan harinya. Sudah tiga hari masa diambil!
Email balasan pihak Astro pula mengarahkan untuk mengisi butiran pengesahan seperti Nama Pemohon, Alamat Servis, Format Bil Semasa, Mod Pembayaran Akhir dan Surat Kebenaran. Jadi, aku menghantar butiran-butiran yang diperlukan. Dua hari berikutnya aku dapat balasan Email mengatakan kemaskini ID telah berjaya.
Seterusnya, aku cuba log masuk ASTRO ID, isi bahagian Secure Your Account dan semuanya BERJAYA. 5 hari jugalah proses mengenal pasti masalah dan juga penyelesaiannya. Alhamdulillah.
Begitulah kesudahan ceritanya. Sekarang aku sudah boleh menonton Disney Plus Hotstar dengan jayanya. Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara langgan secara biasa dan juga langgan dengan Astro. Langganan Disney Plus Hotstar bersama Astro adalah dengan kontrak selama 1 tahun ya. Anda tidak boleh menghentikan langganan Disney Plus Hotstar dalam jangka masa 12 bulan tersebut.
Sekian sahaja artikel berkenaan Disney Plus Hotstar kali ini. Bagi aku setakat ini kandungan dalam laman pengstriman ini masih menarik, terutamanya koleksi Marvel Studios. Semoga artikel kali ini memberikan manfaat kepada anda.
SEKIAN.
RUJUKAN & SUMBER : ASTRO | DISNEY PLUS HOTSTAR | GOOGLE IMAGE
macam menarik Disney Plus nie tapi tulah sekarang duk layan Ntflix.
ReplyDeletemacam murah...boleh untuk dilanggan
ReplyDelete