Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wahh, sudah lama tak menulis artikel travel. Rindu betul nak menulis cerita travel dan yang paling dirindukan adalah travel ke tempat-tempat menarik. Baiklah, kalau anda antara pengikut aku di Instagram atau kawan di Facebook, pasti ada perasan aku ada post tentang percutian aku ke Langkawi. Percutian ke Langkawi ini adalah bersama-sama dengan rakan-rakan blogger yang lain selama 6 hari dan 5 malam.
Apabila dibolehkan sahaja rakyat Malaysia untuk merentas negeri dan melancong, aku juga turut teruja untuk melancong semula. Walaubagaimanapun, bercuti tu bercuti jugak, SOP, penjarakan fizikal semuanya masih perlu dijaga. Okay, kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku menaiki pesawat Firefly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).
PENGALAMAN TERBANG BERSAMA FIREFLY
9 blogger berlepas dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Langkawi manakala aku seorang sahaja berlepas dari Penang. Sebab utamanya sekarang aku berada di Kulim di mana jaraknya lebih kurang satu jam sahaja ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Berikut adalah pengalaman aku dan mungkin beberapa panduan yang anda boleh ikut sekiranya anda teringin terbang bersama Firefly dari Pulau Pinang ke Langkawi. ✌
TIKET | Tiket semuanya sudah dibeli lebih awal. Boleh lihat segala butiran di tiket anda adalah betul, lihat masa dan tarikh penerbangan anda. Macam aku, pesawat akan berlepas pada jam 12.35 tengah hari. Jadi, aku bergerak dari Kulim pada jam 9.00 pagi dan sampai di lapangan terbang sekitar jam 10 pagi. Nasib baik hari itu adalah hari cuti, jadi perjalanan di atas Jambatan Pulau Pinang sangat lancar tanpa sebarang kesesakan.
Dua jam awal adalah masa yang sebaiknya untuk anda menguruskan urusan penting sebelum berlepas. Contoh kalau ada tertinggal dokumen atau apa-apa yang penting, bolehlah uruskan diwaktu ini.
CHECK IN | Proses check-in atau daftar masuk adalah sangat mudah. Untuk pengetahuan anda tiket aku ini termasuk dengan 20KG checked baggage. Sewaktu aku check-in, kita perlu scan pada QR Code APM dimana butiran mengenai percutian di Langkawi perlu diisi dan perlu ditunjukkan pada pegawai JPAM di Langkawi.
Seterusya, sampai sahaja di kaunter Firefly setelah beratur, tunjukkan Kad Pengenalan serta status My Sejahtera anda. Pastikan anda telah cukup 2 dos vaksin dan selesai tempoh matang 14 hari. Disebabkan aku membawa bagasi jugak, jadi aku daftar masuk bagasi itu yang hanya seberat 9kg sahaja. Masih berbaki 11kg.
Urusan daftar masuk sudah siap. Mudah sahaja prosesnya. Di kaunter tersebut pegawai akan memaklumkan barangan yang boleh dibawa, barangan yang tidak boleh diletakkan dalam bagasi dan sebagainya.
Seterusnya anda bolehlah lepak dimana-mana kawasan di dalam lapangan terbang sementara menunggu waktu berlepas. Kalau tak, anda boleh terus ke Balai Perlepasan.
BALAI PERLEPASAN | Di sini adalah ruang menunggu sebelum masuk ke pesawat. Aku masuk ke situ dalam 1 jam / 30minit sebelum waktu berlepas. Jangan risau, sebab di kawasan ini ada kedai-kedai makan, tandas dan sebagainya.
Di pintu Balai Perlepasan ini, akan ada pegawai yang melihat tiket anda, kemudian beg galas dan barangan yang dibawa dengan tangan perlu di scan terlebih dahulu. Sekiranya tiada sebarang masalah, anda boleh terus ke kawasan menunggu.
Masuk ke Balai Perlepasan |
Pergi ke lokasi berdekatan pintu yang ditetapkan |
Di dalam pesawat |
Pemandangan Pulau Pinang dari udara |
PERJALAN LANGKAWI > PENANG | Perjalanan dan proses yang serupa juga aku lalui bila mana berangkat pulang ke Pulau Pinang dari Langkawi. Yang berbeza adalah lebihan berat pada bagasi aku kerana tambahan buah tangan kepada keluarga di Kulim. Aku menaiki pesawat berbeza dengan blogger yang lain kerana lokasi mendarat yang berbeza.
Sejujurnya penerbangan bersama Firefly ini memang sangat berbaloi untuk penerbangan domestik, walaupun penerbangan tambang murah tetapi perkhidmatan yang diberikan dalam pesawat terbaik. Urusan dan proses daftar masuk juga sangat mudah, hanya menggunakan Kad Pengenalan sahaja.
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua aku menaiki pesawat Firefly, kali pertama adalah pada tahun lepas, penerbangan dari Subang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan. In shaa Allah, aku akan memilih untuk terbang bersama Firefly lagi untuk percutian akan datang.
SEKIAN
FIREFLY AIRLINES
Laman Sesawang : https://www.fireflyz.com.my/
Instagram : @fireflyairlines
#FireflyAirlines #Firefly #TerbangBersamaFirefly #FireflyBeyondConvenience #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421
sekejap je flight ni, orang cakap tak sempat nak buka tali pinggang dah prepare utk landing pula..haha
ReplyDeleteitulah, memang tak buka tali pinggang langsung hehe. tau2 dah nak sampai :)
DeleteLama pula tak naik flight. Nanti boleh la naik kan. Rindu pula nak travel. Naik Firefly pun ok. Janji sampai destinasi.
ReplyDeletekan! naik firefly pun best, tambah murah tapi servis yg diberi memang terbaik :)
Delete1 tahun jugak tak naik flight semenjak MCO 2.0
ReplyDeleteye ke, nampak gaya kena naik flight dah ni hehe :)
Delete