Pengalaman Menaiki Private Cruise di Langkawi

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Menaiki Private Cruise? Itulah antara salah satu impian yang aku impikan terutamanya bila bercuti ke mana-mana lokasi percutian. Sama ada sedang bercuti bersama keluarga, kawan-kawan mahupun yang tersayang, itu antara aktiviti yang aku impikan, bersantai di dalam Private Cruise dan melihat pemandangan yang indah.

Inilah masanya untuk berlagak seperti mereka yang kaya raya atau dikenali sebagai 'golongan kayangan' walaupun menaiki Private Cruise ini sebenarnya mampu milik. Baiklah, pada hari yang indah tersebut, kami memulakan hari dengan memakai pakaian serba putih dan terus ke Langkawi Yacht Club Hotel.



Hari ini kami menaiki Private Cruise yang diuruskan oleh Your Cruise Sensation. Terdapat beberapa pilihan pakej yang anda boleh pilih seperti Private Charter Cruise by Motor Catamaran & Private Charter Cruise by Manta Blu. Info lanjut tentang pakej ini anda boleh baca dihujung artikel ini.



Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada pagi itu. Teruja. Itulah perasaan yang muncul sebab sebelum ini aku tak pernah menaiki Private Cruise yang bagi aku adalah satu perkara yang mewah. Sebelum mengikuti trip ke Langkawi ini, tema baju putih telah diberitahu terlebih awal dan pada mulanya aku membawa t-shirt putih sahaja, tetapi berada di Langkawi, sempatlah aku curi masa untuk membeli sehelai kemeja putih lengan panjang. 


Inilah Private Cruise yang kami naiki. Cruise ini lengkap dengan bilik air, bilik tidur, ruangan dapur dan pelbagai lagi. Dengan setinggi 2 tingkat setengah, memang boleh memuatkan jumlah orang yang ramai. Ada beberapa tempat yang anda boleh lepak sepanjang pelayaran, sama ada di bahagian belakang, bahagian depan dan juga bahagian atas.

Menaiki Private Cruise, antara perkara yang aku lihat wajib dilakukan adalah bergambar. 1 jam yang pertama kami bergambar puas-puas. Ada yang bergambar solo, bergambar secara berkumpulan sebagainya. Memang seronok tetapi matahari diwaktu ini sangat terik ya, dengan jumlah awan yang sangat kurang. 





Pelayaran Private Cruise ini adalah bermula di Royal Langkawi Yacht Club, seterusnya berlayar mengelilingi Pulau Timun, kemudian melalui Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. Setelah puas bergambar dengan baju tema putih, bermulalah untuk aktiviti seterusnya iaitu Saltwater Jacuzzi. 

Saltwater Jacuzzi ini adalah dimana anda akan berada diatas jaring yang dilemparkan di laut. Jangan risau, jaket keselamatan adalah WAJIB serta, jaring-jaring ini kukuh untuk anda berpaut. Sambil Cruise bergerak, sambil itu juga kami berendam di tengah panas.




Jujur, memang seronok boleh berjacuzzi ditengah lautan. Walaupun aku tidak pandai berenang, tapi sangat selamat untuk berada di jaring ini. Setelah penat berendam dan kulit pun mula menjadi hitam, selesai sahaja aktiviti ini, kami pun naik ke atas. 

Ada yang menukar pakaian, mengeringkan pakaian dan sebagainya sebelum masuk ke ruang dalam cruise. Selain itu, perut juga sudah berbunyi dan alhamdulillah, makanan tengahhari turut disediakan. Memang lengkaplah pelayaran Private Cruise ini. Makanan yang disediakan pun memang sangat lazat!


PEMANDANGAN LANGKAWI




Lebih 4 jam menaiki pelayaran Private Cruise ini dan akhirnya cruise kembali ke jeti di Royal Langkawi Yacht Club. Sebelum pulang, kami sempat bergambar bersama kapten dan anak kapal. Inilah jumlah keseluruhan mereka yang menaiki Private Cruise ini.


Pengalaman menaiki Private Cruise ini memang seronok sangat! Pelayaran yang mewah dengan aktiviti yang cukup menarik. 4 jam menaiki pelayaran ini bagaikan tidak puas.  In shaa Allah, jika aku hadirkan diri di pulau Langkawi ini selepas ini, mungkin bersama keluarga, aku akan menaiki Private Cruise ini lagi bersama keluarga.

PAKEJ PRIVATE CRUISE, YOUR CRUISE SENSATION





Terima kasih diucapkan kepada QT Travels Group kerana membawa kami menaiki Private Cruise melalui Your Cruise Sensation ini. Untuk pertanyaan dan tempahan pakej-pakej ini anda boleh hubungi :-

+60134323268 (PK)
+60182404505 (Adam Daniel)

Fam Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel

#RoyalLangkawiYacthClub #RoyalLangkawiYachtClubHotel #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421 





Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Seronok tengok pakaian bertema putih naik cruise. Cantik semua gambar uolsssss. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak ruby, itupun baju baru beli malam sebelumnya hehe :)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!