Assalamualaikum dan salam sejahtera
Usahawan sensasi, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 34, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia melancarkan koleksi gincu diberi nama BlackRevfa semalam (5 Disember lalu).
Gincu berkenaan menjadi koleksi terbaru dan ke-30 yang dikeluarkan sejak syarikat itu ditubuh dan didaftar Februari 2015 di bawah MERVE Group Holdings Berhad. Koleksi berkenaan dilihat seiring dengan status dirinya sebagai ibu tunggal yang kebal kepada anak tunggal, Arryan Firdaus, 7. Pada masa sama mengharungi hidup sebagai wanita bekerjaya, berani dan memperkasakan golongannya.
Pelancaran produk itu dilangsungkan di Sky Glass, Sky Park Cyberjaya dan dirasmikannya sendiri. Kata Joy, dia ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri. Pelancaran BlackRevfa ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluaraga Joy Refva, ejen, stokis, rakan artis, selebriti media sosial dan para media.
"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.
"Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.
"Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut," katanya.
Dengan tagline “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin bergaya dan tampak cantik.
"Sedari dulu, tagline 'Cantik Bukan Lagi Fantasi' direka khas saya ini memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki. "Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya," katanya.
Rangkaian kosmetiknya juga adalah satu-satunya produk kecantikan yang mempunyai konsep unik yang tersendiri. Malah Joy turut menjiwai watak setiap konsep produk keluaran terbarunya. Pada masa yang sama, pelancaran kali ini turut ingin meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.
Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik COVID-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. "Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.
CABARAN #MERVETIKTOKCHALLENGE
"Pada waktu sama turut dilancarkan #mervetiktokchallenge bermula 6 hingga 26 Disember ini. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini.
"Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan," katanya.
Kumpulan Ruffedge |
Pada majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Ruffedge mendendangkan 3 buah lagu popular mereka iaitu Da Bomb, Bila Rindu dan Khayalan.
Pada acara sama, Intan Shuhaidah, stokis dari Putrajaya turut berani mengambil 2000 gincu untuk dijual kerana yakin dengan kualiti produk berkenaan.
Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dijual dengan harga promosi mampu dimiliki serendah RM59.90. Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/
SEKIAN
Lama tak nampak Joy ni
ReplyDeletewahh unik lipstik ni.. boleh try.. Ada contest pulak tu.. boleh join
ReplyDeleteCantik la packaging lipstik dia. Unik lain dari yang lain la
ReplyDeleteLama betul casing dia. And yes, I have always red on black. So sexy and empowering. Nanti nak tgk aerill pakai
ReplyDeletewow congrats MERVE Cosmetics Malaysia for the grand launch! Another proud home brand
ReplyDeleteWow gincu blackrevfa ni mantap juga, i like the packaging its so unique and gorgeous.
ReplyDeleteLain dari yang lain yaaa.,, macam lipstik ahli sihir pun ya hahahah.. tak jumpa lagi, kalau jumpa nak gak belek nengok...
ReplyDelete