Lagu 'Rindu' MFMF. dibuat dalam Tiga Bahasa. Bahasa Melayu, Mandarin & Korea!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku ada berpeluang ke acara sidang media pelancaran lagu Rindu, Bahagian III yang dipersembahkan oleh MFMF. ft Airliftz dan Alex Ungku. Majlis ini bukan sahaja untuk memperkenalkan lagu tersebut tetapi juga beberapa perkara menarik tentang lagu itu sendiri. Untuk cerita lanjut anda boleh baca sehingga habis ya!

LAGU 'RINDU; MFMF.  DIBUAT DALAM TIGA BAHASA. BAHASA MELAYU, MANDARIN & KOREA!


Setelah setahun menyimpan rasa, akhirnya MFMF. telah menghasilkan sebuah lagi lagu yang sedang hangat bermain-main di hati peminat R&B tanahair. MFMF. yang dianggotai oleh tiga orang anak muda tempatan iaitu Brendan Lim, Justin Seow dan Zen kini tampil dengan Trilogi 'RINDU' hasil kolaborasi penyanyi independent Malaysia, Rapper Airliftz dan juga Alex Ungku. Airliftz atau nama sebenar Aliff Shaharom merupakan seorang penyanyi dan juga komposer yang berbakat dimana beliau telah mula membuat lagu sejak beliau berumur 13 tahun lagi. Alex Ungku pula telah mula menempah nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat hati pendengar dengan suara yang lunak dan memikat.


'Rindu' merupakan lagu khas buat golongan yang sering di "friendzoned" dan luahan perasaan tertekan ekrana cinta yang belum berbalas. Gabungan MFMF. bersama Airliftz dan juga Alex Ungku sekaligus menjadikan lagu ini sebagai pertaruhan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana. Ini juga merupakan kali pertama Airliftz dalam menyanyi dan bukan hanya 'rapping' seperti selalu.

Trilogi RINDU ini telah dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu, masing-masing dengan tajuk dan keistimewaan yang berbeza. Kali ini 'RINDU' Bahagian 3 telah dilancarkan pada 26 November 2021 yang lepas dan telah keluar di semua platform strim digital. Sebuah sesi media telah diadakan pada 8 Disember 2021 di Co-Labs Coworking The Starling dimana lokasi ini telah ditaja oleh Co-Labs sendiri. Tujuan sesi ini adalah bagi memberi peluang kepada apra media untuk beramah mesra bersama artis dan dalam masa yang sama keuinikan lagu Trilogi 'Rindu' ini dapat diperkenalkan kepada masyarakat.

Bercerita mengenai keunikan Trilogi 'Rindu' ini, MFMF. telah bekerjasama  dengan myBurgerLab bagi menghasilkan menu burger edisi terhad khas bagi setiap pelancaran 'Rindu' dalam ketiga-tiga bahasa. Nama yang berbeza, rasa juga berbeza. Pada keluaran 'Rindu' bahagian 3 ini, myBurgerLab telah mengeluarkan burger yang diberi nama 'Percik Power' dengan membawa tema Melayu. Promosi ini akan dijalankan selama 14 hari mulai 29 November 2021 dan pengunjung myBurgerLab boleh dapatkan burger edisi terhad ini di setiap lokasi myBurgerLab kecuali di cawangan MyTown.


Dengan harapan dapat melebarkan sayap ke luar negara, MFMF. telah merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang dapat menarik perhatian anak muda dengan bantuan aplikasi TIKTOK dan juga mereka telah mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan artis baru dari YG Entertainment. Seperti diketahui umum, syarikat pengurusan yang sama bagi artis K-POP terkenal Blackpink dan juga Bigbang. Semoga hasrat mereka tercapai sekaligus dapat membuka mata dunia bahawa artis Malaysia juga mampu membawa hasil karya tempatan ke industri hiburan antarabangsa.

Tidak ketinggalan, untuk lagu RINDU yang menjadi pertaruhan di dalam dunia seni ini, MFMF. juga telah mendapat ruangan istimewa untuk mempromosikan SINGLE terbaru mereka di sebuah BILLBOARD di Bangsaria, Jalan Maarof. Ruangan promosi ini merupkaan salah satu cara mereka pilih untuk memperkenalkan bukan sahaja nama MFMF. kepada masyarakat di luar sana malah meluaskan pengaruh muzik mereka. Mereka juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF. tidak lama lagi. Semoga dengan usaha yang pelbagai ini akan membawa nama MFMF. sebagai komposer yang mengharumkan nama Malaysia. 


Co - Labs Coworking The Starling

Co-Labs Coworking menawarkan ruang kerja perkongsian yang direka secara unik untuk kegunaan usahawan baru, pekerja bebas dan korporat. Bukan sekadar ruang kerja , Co-Labs Coworking juga menyediakan ekosistem perniagaan kolaboratif dan holistik sekaligus membantu ahli untuk meningkatkan kerjaya, pembangunan diri dan membentuk persekitaran kerja yang kondusif. Co-Labs Coworking merupakan sebahagian daripada Paramount Corporation Berhad, dengan berasaskan lebih 50 tahun pengalaman di dalam bidang pembangunan hartanah.

myBurgerLab (mBL)

myBurgerLab telah mula beroperasi pada tahun 2012 di Seapark, Petaling Jaya dan terkenal dengan keunikan rasa dan keenakan roti burger yang dibakar menggunakan arang buluh. Keistimewaan mBL adalah menu burger yang pelbagai dan kreativiti mereka dalam mewujudkan menu-menu menarik dan lain dari yang lain. Sejak itu, myBurgerLab telah mendapat tempat dihati peminat burger dan kini mBL telah dibuka di enam lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!