Kisah Inspirasi Berhenti Pramugari, Adik Beradik Wawawien Ini Bangkit Dari 'Struggle'.

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dua beradik berasal dari Kedah ini berkongsi minat dan kepayahan sama dalam hidup. Namun benar setiap kesukaran dan pergelutan itu mematangkan diri.

Kisah Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29, sendiri tidak terkecuali sebelum mereka mencipta jaya sebagai usahawan syarikat Wawawien (gabungan nama mereka).

Kedua duanya memulakan kerjaya sebagai pramugari dan sudah terbiasa mendapat gaji bulanan untuk survival hidup. 

Namun kemuncaknya apabila Wawa berhenti kerjaya di awan biru pada 2014 dan diikuti Awien setahun selepas itu (2015).

"Masa berhenti kerja itu saya akui sangat bergelut. Maklumlah biasa ada duit dalam tangan. Dengan nak besarkan anak lagi. Suami ketika itu masih ada punca pendapatan. 

"Saya kembali menjadi suri rumah, rutin jaga anak dan uruskan rumah tangga. Masa itu rasa dunia macam nak terbalik sebab semua nak pakai duit.

"Paling kemuncak masa nak hantar anak ke nurseri. Yuran dan segala perbelanjaan meningkat. Dengan kos hidup lagi. Tahun sama (2015) saya berjinak jinak dengan dunia berniaga dari rumah termasuk menjual tudung," kata Awien yang memiliki tiga anak.


Ketika itu, Awien dan Wawa memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection.

"Seterusnya pada September tahun 2020, kami mencabar diri meneroka pasaran kecantikan pula menerusi Wawawien Beaute. Daripada situ lahirkah rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow.

"Syarikat kami daripada status 'enterprise' kini sudah bertukar Sdn Bhd. Kami menggunakan pendekatan modul 'business to business'. Kami sediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen.  Hingga kini kami ada lebih 2500 agen di seluruh negeri. Nak mula jadi agen hanya bermodal RM299 saja dan keuntungan boleh cecah 40 peratus.

Pemilik jenama Wawawien Beaute, Wawa (kiri) dan Awien di majlis pelancaran Fasha Sandha sebagai duta produk Gebu Glow di ibu kota hari ini (petang tadi)



"Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain buat duit dari rumah. Kami sasar 20 juta jualan tahun ini dan 1000 usahawan berjaya," katanya.

Adat berniaga, mereka turut pernah rasa lemah semangat sekitar 2017.

"Masa itu saya dan kakak rasa tuah kami tak ada dalam perniagaan. Baik lagi kerja makan gaji. Hujung bulan tunggu masuk gaji. Tapi kami tidak mengalah," katanya.

Kata Awien minat dan obses dia dan kakaknya terhadap dunia kecantikan antara mendorong
kelahiran produk berasaskan vitamin C itu.

"Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri. 

"Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan. Hakikatnya tak.

"Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna," katanya.

Merancakkan jenama, mereka memilih Fasha Sandha sebagai duta pertama produk itu.

Duta Gebu Glow, Fasha Sandha bersama kotak set edisi terhad jenama itu yang dikeluarkan sebanyak 25000 kotak sahaja dengan harga RM29.90.



Wawa berkata pemilihan Fasha seiring pengaruh, populariti dan statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.

"Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta. Dia (Fasha) bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram. 

"Dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu. Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik COVID-19. Dia menyokong visi dan misi kami.

"Istimewa serentak dengan pengumumannya sebagai duta pada 17 Januari, dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet. Hanya 25000 kotak saja dikeluarkan. Satu kotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss," katanya.

Set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow.

Botol produk Gebu Glow edisi standard dalam bentuk serbuk.


Serentak mengalu alukan kehadiran ibu kepada tiga cahaya mata itu sebagai duta Gebu Glow, sejak 13 Januari lalu juga sudah mula dinaikkan 50 billboard wajahnya di sepanjang lebuh raya di seluruh Malaysia.

Usaha gigih dan konsisten mereka membuat sesi 'live' di media sosial antara yang pantas mempengaruhi pengikut menjadi agen.

Jenama ini beribupejabat di Setia Alam. Butiran lanjut di Instagram : @wawawienbeaute atau hubungi  +60 16 241 0884.

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!