PABJ SASAR 1000 KEAHLIAN MENJELANG MAC 2022
Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) menyasarkan keahlian baru seramai 1000 menjelang tiga bulan pertama di tahun 2022 dengan usaha untuk memartabatkan dan membantu Anak Bangsa Johor. Sasaran ini adalah realistik memandangkan PABJ baru sahaja ditubuhkan secara rasmi pada 30 Mei 2021 yang lalu dan keahlian kini mencapai 217 ahli yang mendaftar.
PABJ mengadakan Soft Launch Perasmian Persatuan Sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ, di Sri Bayu Lounge, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail (lebih dikenali sebagai Lady Rose), Naib Presiden PABJ, YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, serta ahli-ahli Jawatankuasa PABJ.
Untuk makluman, PABJ telah didaftar dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor pada hari Ahad, 30 Mei 2021. PABJ ditubuhkan dengan berperanan menyatukan perpaduan dan memperkasakan Anak Bangsa Johor yang berbilang kaum walau di mana mereka berada di pelusuk Malaysia dan di luar negara tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa.
Ianya adalah menjadi satu platform bagi mengukuhkan hubungan Kemanusiaan, Perpaduan & Persaudaraan. PABJ juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Anak Bangsa Johor yang ingin meneroka dalam pelbagai sektor industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor ke tempat teratas di Malaysia.
Menurut Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ, keahlian PABJ terbuka kepada semua berumur 18 tahun keatas dan tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa. Asalkan lahir di Johor, atau ibu bapa orang Johor mahupun Anak Bangsa Johor yang kini menetap di negeri lain mahupun luar negara.
Beliau turut menambah dengan memebritahu tentang empat kategori keahlian PABJ meliputi ahli biasa/individu, ahli bersekutu, ahli korporat dan ahli pelajar.
Di majlis yang sama, Dato' Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Datuk Nash, bekas vokalis Kumpulan Lefhanded telah dilantik sebagai Duta Artis untuk Persatuan Anak Bangsa Johor. Beliau turut memberitahu tentang 70% anak seni tempatan adalah berasal dari Johor.
"Mereka layak menjadi ahli persatuan dengan syarat membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Inshaa Allah, sebagai duta, saya terima pelantikan ini dengan rasa terharu dan hormat dan saya akan bekerjasama menarik lebih ramai ahli", ujar Datuk Nash.
Dengan slogan BANGSAKU, MASA DEPANKU, PABJ mempunyai tujuh Biro yang akan memperkasakan Anak Bangsa Johor di dalam beberapa bidang seperti berikut :-
- Pendidikan
- Pelancongan, Seni dan Budaya
- Ekonomi dan Keusahawanana
- Keahlian, Multimedia dan Komunikasi
- Sosial, Kebajikan dan Keagamaan
- Keselamatan dan Kesihatan
- Sukan dan Rekreasi
Biro ini mempunyai objektif tersendiri bagi memperkasakan Misi dan Visi persatuan. Antaranya adalah seperti berikut :-
- Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerahaan dan swasta dari segi Pendidikan, Ekonomi, Keusahawanan dan Pembangunan.
- Menggalakkan dan membantu ahli yang berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai bidang untuk terus berkembang.
- Mmebangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) and Love Quotient (LQ) dalam kalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan.
- Mengukuhkan dan memantapkan Pelancongan, Seni dan Budaya untuk generasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui pelbagai rancangan dan aktiviti yang berkaitan.
- Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia secara umumnya.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keahlian mahupun maklumat lanjut yang lain mengenai PABJ, hubungi : -
En Lutfi : 03-8068 7788/7878 @ 011-3144 0227 (En Lutfi)/
Cik Syafiqah : 011-1231 5242
Email : info.pabj@gmail.com
PERSATUAN ANAK BANGSA JOHOR
Laman Web : www.pabj.my
Instagram : persatuananakbangsajohor
Facebook : Persatuan Anak Bangsa Johor
Saluran Youtube : PABJ Channel
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.