Assalamualaikum dan salam sejahtera
Eternals (2021) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem ke 26 di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Diarahkan oleh Chloé Zhao, yang juga menulis lakon layar bersama Patrick Burleigh, Ryan Firpo dan Kaz Firpo. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Gemma Chan, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lia McHugh, Brian Tyree Henry, Lauren Ridloff, Barry Keoghan, Don Lee, Harish Patel, Kit Harington, Salma Hayek dan Angelina Jolie.
Tayangan perdana filem ini diadakan di Los Angeles pada 18 Oktober 2021 dan ditayangkan secara rasmi pada 5 November 2021 sebagai sebahagian daripada filem Fasa 4 MCU. Filem ini menerima kutipan sebanyak $402 juta seluruh dunia, menjadi filem ini sebagai filem ke 10 tertinggi kutipannya sepanjang tahun 2021. Filem ini juga menerima kritikan yang pelbagai daripada pengkritik filem, dipuji tentang tema dan visual tetapi dikritik tentang lakonlayarnya, perkembangan watak, dan kelajuan babak.
ETERNALS (2021)
Pengarah : Chloé Zhao
Lakon Layar : Chloé Zhao, Patrick Burleigh, Ryan Firpo, Kaz Firpo
Jalan Cerita : Ryan Firpo, Kaz Firpo
Berdasarkan : Eternals oleh Jack Kirby
Penerbit : Kevin Feige , Nate Moore
Sinematografi : Ben Davis
Muzik : Ramin Djawadi
Durasi : 156 minit
Bajet Filem : $200 Juta
Kutipan : $402 Juta
PELAKON FILEM ETERNALS (2021)
- Gemma Chan sebagai Sersi
- Richard Madden sebagai Ikaris
- Kumail Nanjiani sebagai Kingo
- Lia McHugh sebagai Sprite
- Lauren Ridloff sebagai Makkari
- Barry Keoghan sebagai Druig
- Don Lee sebagai Gilgamesh
- Haris Patel sebagai Karun
- Kit Harington sebagai Dane Whitman
- Salma Hayek sebagai Ajak
- Angelina Jolie sebagai Thena
- Bill Skarsgård sebagai Deviant Kro
- David Kaye sebagai Celestial Arishem
- Harry Styles sebagai Eros / Starfox
SINOPSIS FILEM ETERNALS (2021)
Pada 5000 SM, sepuluh Eternals berkuasa hebat—Ajak, Sersi, Ikaris, Kingo, Sprite, Phastos, Makkari, Druig, Gilgamesh, dan Thena—di hantar oleh Celestial Arishem ke Bumi di dalam kapal angkasa mereka, Domo, untuk menghapuskan Deviant. Deviant terakhir dibunuh pada tahun 1521, mereka berbeza pendapat mengenai tanggungjawab dan hubungan berterusan mereka dengan manusia. Sepanjang lima ratus tahun seterusnya mereka kebanyakannya tinggal berasingan, menunggu Arishem memberitahu mereka bahawa mereka boleh pergi.
Pada hari ini, Sersi dan Sprite tinggal bersama di London. Selepas pasangan Sersi, Ikaris meninggalkannya berabad-abad sebelumnya, dia kini menjalin hubungan dengan manusia, Dane Whitman yang bekerja di National Museum History. Ketiga-tiga mereka diserang oleh Deviant Kro, dengan Ikaris tiba dan mengejar makhluk itu. Bimbang bahawa Deviants telah kembali, tiga Eternals ini pergi ke South Dakota untuk bertemu semula dengan ketua mereka, Ajak, hanya kemudiannya menemuinya telah mati. Sersi dipilih oleh Ajak sebagai penggantinya, memberikan dia keupayaan untuk berkomunikasi dengan Arishem.
Berharap untuk menangguhkan Emergence, kumpulan itu bersatu semula dengan Eternals yang lain. Di kediaman Druig di hutan hujan Amazon, mereka diserang oleh Deviants dan mereka berjaya membunuh semua kecuali Kro, yang membunuh Gilgamesh sebelum melarikan diri. Phastos mencadangkan Uni-Mind, hubungan antara semua Eternals yang akan memberikan Druig kuasa yang cukup untuk membuatkan Tiamut tidur dengan kuasa kawalan mindanya. Walau bagaimanapun, Ikaris mendedahkan bahawa Ajak memberitahunya tentang Emergence berabad-abad sebelumnya. Apabila Ajak mencadangkan kepadanya enam hari sebelum itu supaya mereka cuba menghentikan Emergence, dia membawa Ajak kepada Deviants dan, tidak mahu mengkhianati Arishem, membiarkan mereka membunuh Ajaka. Sprite menyertai Ikaris kerana cintanya yang tidak berbalas kepada Ikaris manakala Kingo memilih untuk pergi, kerana dia tidak mahu menghentikan kelahiran Tiamut atau melawan rakan sepasukannya.
Makkari menemui tempat Emergence, gunung berapi aktif di Lautan Hindi, di mana Ikaris dan Sprite cuba menghalang mereka. Druig memukul Sprite sehinggat tidak sedarkan diri dan Phastos menahan Ikaris manakala Deviant Kro tiba dan dibunuh oleh Thena. Druig tidak dapat menidurkan Tiamut dan Sersi sebaliknya cuba mengubahnya menjadi marmar. Ikaris melepaskan diri dari kekangannya dan pergi untuk membunuh Sersi, tetapi mendapati dirinya tidak dapat melakukannya kerana cintanya kepada Sersi. Kedua-dua dia dan Sprite bergabung dengan yang lain dalam Uni-Mind dan Sersi mendapat kuasa yang cukup untuk mengubah Tiamut menjadi marmar. Dengan rasa bersalah, Ikaris terbang ke Matahari. Atas permintaan Sprite, Sersi menggunakan baki tenaga daripada Uni-Mind untuk menukar Sprite menjadi manusia, membolehkannya membesar sebagai manusia tanpa perlu kekal dalam keadaan kanak-kanak. Thena, Druig, dan Makkari berlepas di Domo untuk mencari Eternals di planet lain dan memberi amaran kepada mereka tentang Emergence sementara Sersi, Phastos, dan Kingo kekal di Bumi.
Dane menyatakan cintanya kepada Sersi dan akan mendedahkan rahsia tentang sejarah keluarganya secara tiba-tiba, Sersi, Phastos, dan Kingo diseret ke angkasa oleh Arishem. Tidak berpuas hati dengan pengkhianatan mereka, Arishem berkata dia akan menyelamatkan manusia jika ingatan Eternals menunjukkan bahawa manusia layak untuk hidup. Bersumpah untuk kembali untuk penghakiman, dia membawa ketiga-tiganya bersamanya menjadi satu ketunggalan.
Dalam adegan pertengahan kredit, Thena, Makkari, dan Druig bertemu Eros, adik Thanos, dan pembantunya Pip the Troll yang menawarkan bantuan mereka. Dalam adegan pasca kredit, Dane membuka kotak yang mengandungi Ebony Blade dan suara ghaib mempersoalkan sama ada dia bersedia untuk itu.
ULASAN FILEM ETERNALS (2021)
Tak dapat menonton di panggung wayang ketika masih ditayangkan merupakan salah satu sebab aku lambat untuk menulis ulasan tentang filem ini. Menonton secara haram? Aku bukanlah orang yang suka tonton dengan cara sebegitu, alhamdulillah, selepas ditayangkan secara rasmi di aplikasi Disney Plus Hotstar, aku pun terus menontonnya.
Setelah menonton filem ini dari awal sehingga habis, ada beberapa perkara yang aku nak ulas dan ceritakan. Pertamanya adalah filem ini merupakan filem yang unik, aku boleh nampak approach yang berbeza dibawakan oleh pengarah untuk filem Eternals ini. Chloé Zhao memberikan filem ini dengan nafas baru, sebuah filem adiwira yang berbeza formulanya berbanding filem-filem Marvel yang lain.
Ya, jalan ceritanya mungkin kelihatan tidak teratur kerana banyak flashback ke zaman lampau, tetapi bagi aku ia adalah untuk menjelaskan pelbagai perkara. Dengan adegan flashback itu, barulah kita sebagai penonton boleh nampak dan faham. Sedikit perkara yang kurang berkenaan jalan ceritanya adalah banyak informasi yang perku dihadam. Aku rasa mungkin durasi dipanjangkan lagi atau keseluruhan filem Eternals (2021) ini dijadikan siri, mungkin lebih baik.
CGI dan visual untuk filem ini memang sangat hebat. Lebih hebat berbanding filem-filem Marvel yang lain. Mungkin kerana kebanyakan babaknya dijalankan dilokasi sebenar dan tidak di studio perfileman dengan latar belakang biru. Ini juga satu ilai tambah untuk filem ini, suasana nampak lebih real dan boleh nampak pelakon selesa dengan tugas yang diberikan.
Bercakap tentang pelakon pula, bagi aku semuanya memberikan lakonan terbaik. Pujian diberikan kepada Gemma Chan kerana watak yang dibawanya agak berat. Angelina Jolie juga tidak perku dipersoalkan lagi, lakonan yang sangat hebat. Aku cukup teruja apabila pengumuman tetang penglibatannya dalam filem MCU.
Konflik dalam filem ini juga sebenarnya tidaklah asing, ia bagaikan sebuah keluarga yang berpecah belah akibat perbezaan pendapat. Tetapi disini adalah keluarga yang mempunyai kuasa hebat. Melihat filem ini, ktia dapat lihat bagaimana sejarah dunia dijadikan plot untuk filem ini, bagaimana figura hebat terdahulu rupanya adalah Eternals itu sendiri. Sangat bijak!
Melihat review dan ulasan orang ramai, kebanyakan mengkritik filem ini sebagai filem MCU terburuk dan sebagainya. Bagi aku sendiri, setiap filem mempunyai keistimewaannya tersendiri. Terutamanya filem Marvel, aku berpendapat setelah lebih 20 filem dikeluarkan, pastinya formula untuk sesebuah filem itu perlu dipelbagaikan supaya penonton tidak bosan dan tidak melihat semua filem-filemnya sebagai filem yang formulanya sama.
Itulah salah satu cabaran bagi sesebuah franchise filem, pastinya perbandingan akan dibuat, tambahan pula dengan pengikutnya yang banyak di seluruh dunia. Untuk aku, filem ini adalah sebuah filem yang baik, memberikan info lebih banyak tentang dunia MCU. Meletakkan filem ini di tangga teratas MCU mungkin tidak, tetapi dengan filem ini, pelbagai plot dalam MCU boleh dikembangkan lagi. Pelbagai potensi untuk naskhah-naskhah lain di dalam MCU. Tak sabar untuk menantikannya!
BINTANG : ⭐⭐⭐/5
RUJUKAN :
- Google Image
- Marvel Studios
- Disney Plus Hotstar
I kinda dig this one as it explains the origin of Eternals. Yes, setuju kalau ianya dijadikan mini series, mungkin lebih sesuai dan lebih jitu penceritaannya.
ReplyDeleteMungkin kurang digemari kerana complicated sangat jalan ceritanya.
ReplyDelete