Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah dua tahun beraya dengan keadaan suram, kali ini anda yang berada di sekitar Lembah Klang pastinya dapat menarik nafas lega kerana sebuah festival raya dengan berskala mega yang bakal diadakan di MITEC dan berlangsung selama 66 jam tanpa henti. Menarik bukan?
Dikenali sebagai 'Absolut Bazaar x Gaya Raya', festival ini dianjurkan oleh Syarikat Absolut Event & Management Sdn Bhd dan My Events International Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada April ini dengan berteraskan slogan "Restart, Reboot, Refresh".
Festival yang bakal dilangsungkan tanpa henti selama 66 jam ini akan diadakan bermula pada 22 hingga 25 April 2022 yang akan bermula pada hari Jumaat, pada jam 12.00 tengah hari dan tamat pada hari Isnin 25 haribulan pada jam 6.00 pagi.
Dengan slogan "Restart, Reboot & Refresh" penganjuran festival ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya yang sudah 2 tahun disambut dengan suram. Selain itu, diharap juga dengan penganjuran fesival mega ini dapat menghidupkan semula sektor ekonomi para peniaga tempatan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda.
500 vendor yang disediakan oleh pihak penganjur untuk para peniaga mengambil bahagian pastinya jumlah yang banyak. Tentang harga lot jualan pula jangan khuatir kerana pihak penganjur memperkenalkan harga lot jualan yang 'mesra pandemik' seiring dengan objektif untuk membantu peniaga tempatan yang terjejas.
Dengan harga serendah RM2,800 sehingga RM4,000 bagi satu lot tapak untuk 4 hari acara, penganjur turut mewujudkan pelan pembayaran ansuran dan pinjaman kepada para peniaga.
“Kami juga bakal mewujudkan pelan pembayaran ansuran serta pinjaman yang akan ditawarkan demi untuk meringankan beban para peniaga supaya ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulihkan semula perniagaan yang terkesan." jelas Ben Ali yang merupakan antara barisan penganjur merangkap Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd.pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Gaya Raya yang berlangsung di MITEC pada 14 Februari lalu.
Beliau turut menambah, festival ini juga terbuka untuk disertai kepada semua jenis industri, seperti makanan, minuman, kuih muih, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi.
Demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi keselamatan kira-kira 1 juta pengunjung yang dijangka hadir pada festival empat hari tersebut, pihak penganjur menyediakan dua dewan pempamer yang mampu memuatkan kira-kira 5,000 pengunjung dalam satu masa manakala satu dewan tambahan akan dibuka jika berlaku kesesakan.
“Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menaja kit ujian air liur bagi kemudahan pengunjung manakala pelitup muka juga akan diberikan malah kami juga akan pastikan setiap pengunjung terlebih dahulu mendaftarkan diri melalui QR kod yang boleh dilakukan secara atas talian supaya lebih mudah bagi mereka hadir tanpa perlu bersesak di pintu masuk untuk mendaftar,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif My Events International, Hema Kandy.
Ruang surau yang luas turut disediakan untuk memberikan keselesaan buat pengunjung yang mahu menunaikan solat terawikh dan kemudiannya berbelanja di festival ini.
Berkongsi lanjut, Ben Ali memberitahu, mereka akan membawakan Absolut Food Festival yang berskala mini di bawah satu bumbung dengan memperkenalkan konsep atas bumbung (rooftop) yang pertama kali bakal diadakan seadanya.
"Ini kerana membeli belah persiapan raya pastinya tidak akan lengkap tanpa santapan makanan untuk berbuka dan juga sahur. Maka dengan adanya konsep santai di atas "rooftop" ini bakal menampilkan kelainan bagi festival raya kali ini." jelas beliau lagi.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga bakal menjemput para pereka terkenal tanah air seperti Dato Jovian Mandagie, Fiziwoo, Rizman Ruzaini dan lain-lain utnuk membawa koleksi "Ready-To-Wear" (RTW) mereka untuk sebuah persembahan fesyen (Fashion Show) yang bakal disajikan khas kepada para pengunjung festival raya kali ini.
Artis terkemuka juga akan terlibat dengan festival ini yang turut memeriahkan lagi suasana, antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan adalah Dato Seri Siti Nurhaliza, Fattah Amin, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Senrose, Mira Filzah, Aerill Zafrel, Wawa Zainal, Neelofa, Haris Ismail, Emma Maembong, Zizan Razak, Syatilla Melvin, Saharul Ridzuan, Shukri Yahaya, Rozita Che Wan. Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Intan Najuwa, Aedy Ashraf dan ramai lagi.
Melihat persediaan rapi yang dibuat oleh pihak penganjur pastinya pengunjung tidak perlu risau dan dapat berbelanja bersama seisi keluarga di Absolut Bazaar x Gaya Raya!
#AbsolutBazaarxGayaRaya
#MITEC
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.