Assalamualaikum dan salam sejahtera
#CABARAN12JAMSYRIA BERSAMA INTEAM
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA
Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Inteam yang juga merupakan kumpulan nasyid negara telah bertolak ke Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10.
Inteam, yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Februari 2022 di mana mereka akan cuba tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria dan merasai sendiri suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana.
Ditanya mengenai ke mana dana ini akan disalurkan, Hazamin menjawab “Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.”Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusian Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria pada tahun lepas turut menyatakan kesyukuran kerana tahun ini anggota Inteam yang lain turut dapat sama-sama menyertai misi kali ini dan akan melihat sendiri situasi kesukaran di kem-kem pelarian di Syria.
Beberapa selebriti tanah air juga akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian seperti Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun.
Serentak dengan Cabaran 12 Jam Syria ini juga, Inteam akan turut melancarkan single terbaru kerjasama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul Selimut Kasih. Single ini akan berada di platform-platform digital manakala muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria.
LIVE CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org.
usaha yang murni, semoga dipermudahkan
ReplyDelete