Mencari Pelan Jalur Lebar Terbaik? Ini Panduan Memilih Pelan Jalur Lebar

Aerill Hassan
9
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panduan Memilih Internet Tanpa Had

Mencari pelan jalur lebar untuk penggunaan internet di rumah atau di pejabat sebenarnya agak sukar. Banyak perkara perlu diambil kira terlebih dahulu supaya perkhidmatan jalur lebar atau internet itu dapat diterima dengan baik tanpa gangguan serta dapat menjimatkan kos dan juga pelbagai perkara tambahan yang lain.

Untuk anda yang masih memikirkan tentang pelan internet yang sesuai, artikel kali ini mungkin boleh membantu anda  dalam memilih pelan jalur lebar yang sesuai dengan penggunaan dan bajet anda.

PANDUAN MEMILIH PELAN INTERNET WIFI TERBAIK? 


Sebenarnya memilih pelan internet terbaik dan bagus adalah penting supaya perkhidmatan yang diterima adalah sebaik yang diharapkan. Sebelum memilih mana-mana pelan internet, mungkin anda perlu fikir dan kenal pasti terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan mengikut pelan-pelan yang tersedia.

Kepada yang baru nak melanggan perkhidmatan internet, panduan ini mungkin berguna untuk anda. Manakala kepada mereka yang ingin menukar pelan internet atas sebab-sebab tertentu, anda boleh juga melihat dan ikut panduan yang diberikan ini. Mungkin sebelum ini anda membayar harga internet yang mahal tetapi servis yang diberikan teruk. Mungkin juga anda ingin menambah baik pelan internet anda kepada yang lebih baik dan laju.

Jom ikut panduan ini.

Panduan Memilih Internet Tanpa Had

#1 SENARAIKAN PROVIDER INTERNET DI KAWASAN ANDA 

Mungkin anda sudah melihat prestasi pelan internet tersebut yang dikatakan bagus dan sebagainya tetapi sekiranya tiada servis bagi pelan internet di kawasan anda, ia tidak berguna juga. Anda perlulah melihat provider internet yang tersedia di kawasan anda terlebih dahulu.

#2 KETAHUI BERAPA BANYAK KELAJUAN INTERNET YANG DIPERLUKAN

Panduan Memilih Internet Tanpa Had

Anda boleh lihat berapa tahap kelajuan internet yang diperlukan. Sekiranya kos bukan masalah, anda bolehlah mengambil kelajuan tertinggi, tetapi sekiranya penggunaan anda hanyalah separuh daripada pelan yang anda ambil, mungkin anda boleh ambil pelan lebih rendah. Ada penjimatan di situ.


#3 BUAT PERBANDINGAN UNTUK PAKEJ PELAN YANG ADA

Bila mana dah dapat senarai provider yang tersedia di kawasan anda, anda bolehlah membuat perbandingan pula untuk kesemua provider tersebut.

  • Harga – Kita nak pilih harga yang paling rendah untuk kelajuan kita mahu.
  • Limited atau unlimited – Pilih unlimited jika ada.
  • Kualiti servis – Servis baik, cepat dan mudah untuk dihubungi.
  • Kontrak – Pilih yang tidak ada kontrak atau pendek masa kontraknya.
  • Pemasangan & pemindahan – Lihat berapa cas dikenakan
  • Tawaran lain – Panggilan, sms, Offer semasa, percuma dan sebagainya,

Jika anda sudah pertimbangkan semuanya, barulah anda boleh memilih pelan yang terbaik. 

City Broadband

TAK TAHU NAK PILIH YANG MANA? PILIHLAH CITY BROADBAND

City Broadband merupakan sebuah penyedia perkhidmatan internet di Malaysia yang menawarkan teknologi gentian optik terkini dan menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi ke kediaman atau pejabat.  

Dengan moto "It's not just a broadband, it's a whole lifestyle", City Broadband diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebagai Lembah Silikon di Asia dengan internet berkelajuan tinggi dan berdaya tahan.

PELAN INTERNET CITY BROADBAND

KEDIAMAN

City Broadband

PERNIAGAAN

City Broadband


Kepada anda yang ingin melihat sama ada liputan City Broadband tersedia di kawasan anda, anda boleh melihatnya di pautan berikut : 



City Broadband


TRIPLE YOUR SPEED PROMO ( CITY BROADBAND RESIDENTIAL )

City BroadbandLebih menarik lagi sebab anda boleh gandakan kelajuan internet anda dengan promo ini! Dengan hanya tambahan RM10 setiap bulan, (RM99 > RM109) gandakan TIGA KALI kelajuan daripada 100Mbps kepada 300Mbps.

Allo menawarkan kelajuan 300Mbps pada RM109 untuk langganan pelan Kediaman Jalur Lebar Bandar 100Mbps. Pelanggan baharu boleh menikmati pelan ini dengan menambah RM10 sebulan di atas RM99/bulan dengan langganan kontrak 24 bulan sahaja semasa tempoh promosi. Sempena Chinese New Year, promosi Triple Your Speed ini dipanjangkan sehingga 31 Mac 2022.



MENGAPA PILIH CITY BROADBAND?


City Broadband merupakan satu pilihan terbaik atas beberapa faktor menarik dan antaranya adalah pelan yang tiada terhad, sambungan yang lebih pantas dan lebih kuat, strim video dengan mudah dan pantas, infrastruktur gentian optik yang tahan lama serta sambungan yang sentiasa ada walaupun hujan!

City Broadband

Jika ada sebarang pertanyaan tentang City Broadband, anda boleh menghubungi mereka melalui beberapa cara iaitu :-

Telefon: 1300-38-8000
Email:  customerservice@allo.my
Website:  https://www.citybroadband.my/

SEKIAN

Post a Comment

9Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. City Broadband ni ada collab dengan company Telco ke Aerill? Akak bab ni akan cek untuk kemudahan masa akan datang. Dari kolabrasi Telco tu kita bleh tahu kawasan jajahan dan customer service dia camner. Kalau ini solely brand baru akak memang mencari. I give up ngan Telco internet kat Malaysia ni. Unlimited mcm hampeh. Kena scam! Hahaha

    ReplyDelete
  2. Sis baru tahu ada fibre broadband baru. Walopun berpayung beh TM ni sis tk pasan asa city broadband. Murah tu utk 100mbps RM99. Kenapa kontrak dia ads 24bulan dan 12bulan ya? Apa beza utk servis kalau 12 bulan?

    ReplyDelete
  3. aritu ada survey gak city broadband ni tapi tu lah dekat rumah line dia takde lagi haih stress gak pakai yunipai lembab ni

    ReplyDelete
  4. good tips..kena betul2 survey kang bayar mahal tapi tak ok kat area kita kan. anyway city broadband ni baru first time dengar. ok jugak plan dia ye

    ReplyDelete
  5. Oh! Baru ye ni. Ni 1st dengar pasal broadband ni. Actually baru atau tak tu tak penting asalkan stabil dan boleh buat kerja. Zaman sekarang internet sepenting elektrik dan air hehe

    ReplyDelete
  6. Pestime tau City Broadband ni.. nanti nak rekemen kat adik laa sebab dia tengah cari gak broadband untuk rumahnya..

    ReplyDelete
  7. i have never heard of this provider before but omg the rates are so affordable considering it's for high speed internet. gonna check it out soon!

    ReplyDelete
  8. penting utk kita buat pilihan yg bijak.. plg terbaik dengan membuat perbandingan

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, my house internet macam semakin hari semakin tenat... so slow. Nak compare package and maybe need to change.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!