Apa Yang Sedap di Restoran CheqMeq Kitchen, Bangi ?

Aerill Hassan
11
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Makan di Cheq Meq Kitchen, Bangi. Apa Yang Sedap? | Baiklah kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang pengalaman aku mencuba makanan dan juadah di sebuah restoran di Bangi. Rata-ratanya ramai yang maklum tentang lokasi Bangi yang sememangnya terkenal dengan tempat-tempat makan yang menarik.

Mencari tempat makan untuk makan tengahari di Bangi, akhirnya aku memilih untuk mencuba makanan dan menu air di Restoran CheqMeq Kitchen. Terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi lokasi restoran ini hanyalah sekitar 15 minit sahaja dari rumah aku yang terletak di Seri Kembangan. Sampai sahaja di lokasi restoran, memang mudah untuk letak kereta, deretan kedai yang meriah juga boleh dilihat dikawasan sekitar restoran itu.

MAKAN DI RESTORAN CHEQMEQ KITCHEN, BANGI


Masuk sahaja ke dalam restoran, memang sudah bau makanan yang menyelerakan. Nak tahu apa, kena tunggu dan baca sehingga habis ya. Okaylah, untuk pengetahuan anda, restoran CheqMeq Kitchen ini diusahakan oleh Puan Hazniza Abdullah Zawawi (Meq) &Pengiran Muhammad Ramadhan Bin Awang Iskanderdzulkarnein dan mereka telah terlibat dalam bidang perniagaan makanan selama dua tahun. Puan Hasniza Abdullah Zawawi ini berasal dari Kuala Lumpur manakala Pengiran Muhammad Ramadhan Bin Awang Iskanderdzulkarnein pula dari Sarawak.

Restoran CheqMeq Kitchen ini baru 5 bulan sahaja beroperasi di Bangi manakala sebelum ini pernah dibuka di kawasan Puchong. Walaupun baru 5 bulan sahaja beroperasi, pemilik restoran ini menyasarkan untuk lebih ramai penduduk sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya untuk datang dan cuba makanan di restoran ini. 


Selain itu, restoran ini juga pernah didatangi orang kenamaan dan selebriti yang mejamu selera dan memberikan komen positif mengenai makanan yang disediakan di restoran ini. Antaranya termasuklah Dato Alha Alfa, Ustaz Abdullah Khairi dan Rhys William.

ULASAN & REVIEW MAKANAN DI RESTORAN CHEQMEQ KITCHEN, BANGI


Okay, cukuplah berceloteh panjang tentang restoran, sekarang tibalah masa untuk aku mengulas tentang makanan dan menu. Selain itu, harga dan rating ⭐ juga aku akan berikan mengikut pendapat aku sendiri ya.

NASI LEMAK


Harga RM 3.50 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Set nasi lemak ini hanya RM3.50! Sangat murah dan berbaloi. Kalau lihat saiz hidangan dengan harganya bagi aku sendiri sangat berbaloi. Set nasi lemak ini juga merupakan antara menu yang popular terutamanya ketika PKP. Anda boleh pilih set ini dan pesan menu lauk lain untuk dimakan bersama.


NASI PUTIH 


 RM 2.00 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Set nasi putih ini pula cuma RM2.00 sahaja. Macam yang aku beritahu, set ini bolehlah dimakan dengan memesan menu lauk-lauk lain. Siap dengan sambal dan salad/timun, memang berbaloi lah. Harga pun memang cukup murah.

NASI ARAB


 RM 4.00 | ⭐⭐⭐⭐

Untuk harga RM4.00 sahaja, bagi aku memang berbaloi set nasi arab ini. Saiznya yang besar dan rasanya yang sedap memang terbaik. Satu lagi., memang kenyang bila makan nasi arabnya dengan kuah dan salad sayur yang turut disertakan bersama. 

SAMBAL UDANG LAMBAK


RM 15.00 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Antara sambal udang yang aku paling suka! Ya, sambalnya rasa sangat sedap, pedas-pedas dan manis. Sangat seimbang manakala saiz udangnya pula sangat memuaskan. Harganya yang cuma RM15.00 memang berbaloi sebab bagi aku agak sukar nak dapat harga macam ni di Lembah Klang memandangkan saiz udang yang agak besar.

AYAM GORENG BEREMPAH 


 RM 6.00 | ⭐⭐⭐

Antara lauk yang anda boleh padankan dengan set nasi lemak, nasi arab dan set nasi putih adalah ayam goreng berempah. Aroma rempah dan daun pisangnya bersatu menjadikan ayam gorengnya lebih umphh dan sedap. Saiz hidangannya pun besar dan terbaik.

KAMBING BAKAR


RM 18.00 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Okay sekarang bermulalah menu kambing! Kambing bakarnya dijual dengan harga RM18.00 sahaja. Walaupun aku sendiri bukanlah penggemar menu berasaskan kambing, kawan aku yang turut makan disini menyifatkan daging kambing bakar ini sangat berjus dan lembut. Sangat sesuai makan dengan set nasi putih yang berharga RM2.00 tadi.

SEKETUL SUP MERAH GEARBOX KAMBING 


 RM 9.00 | ⭐⭐⭐⭐

Satu lagi hidangan kambing yang sangat wow! Dengan harga RM9.00 bagi satu gearbox kambing, emmang murah dan berbaloi. Kalau ayah dan mak aku di kampung datang, pasti aku akan pesan menu ini kerana mereka memang sangat sukakan kambing. Sup merahnya juga sangat sedap dan meletop!

SEKETUL LAMB SHANK 


RM 35.00 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Menu makanan terakhir dan paling dinantikan adalah Lamb Shank! Sahabat aku menghabiskan lambk shank ini seorang! Saiznya yang cukup besar ditambah lagi dengan kuah yang memang sedap. Isi yang padat dan banyak sememangnya sangat puas untuk dimakan. Antara menu wajib cuba kalau anda datang bersama rakan-rakan atau keluarga. 

ANEKA MINUMAN


BERMULA DARI RM 2.00 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Selesai tentang menu makanan, tibalah pula untuk minuman. Kalau lihat pada gambar mesti anda akan ingat harga airnya yang mahal,tetapi sebenarnya harga airnya murah dan berpatutan.  Antara air yang menarik pastinya Vanilla Biscoff. Air jagung cincau itu pun menarik juga! Anda bolehlah cuba mana-mana  minuman mereka yang banyak pilihan.

Secara keseluruhannya, makan di Restoran CheqMeq Kitchen, Bangi ini memang sangat puas. Lokasi yang terbaik, suasana dalam restoran yang tenang dan selesa ditambah lagi dengan pilihan makanan yang sangat sedap. Pasal harga pulak memang tak perlu risau kerana harganya bagi aku sangat berbaloi dengan makanan yang anda terima. Akhir kata, anda yang berasa di sekitar Lembah Klang atau dimana jua, bolehlah cuba makanan di sini ya!

RESTORAN CHEQMEQ KITCHEN


Lokasi : 33, Jalan 7/7C, Seksyen 7, bandar baru bangi, selangor (sebaris JPJ)

Waktu Operasi : 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Rabu Cuti)
Menu : https://easyeat.ai/r/cheqmeq-kitchen

Instagram : @cheqmeq.kitchen
Facebook : fb.com/cheqmeqkitchen
Whatsapps : 0166351769 / 0193722723

#cheqmeqbangi #foodreview #foodblogger #aerillmakan #aerilldotcom

Post a Comment

11Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. La, mai Bangi tak bagitau pun sedangkan rumah Rawlins tak jauh pun dari situ. Takpe. Nanti Rawlins pergi sendiri

    ReplyDelete
  2. Wow. Semua murahnya! Bila saya ada masa lapang, saya akan melawat Bangi 😁

    ReplyDelete
  3. Ohh wow. .. absolutely yummy tasty foods served , I love the food and dessert varieties esp nasi Arab and ayam rempah, my all time fav. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. catchy betul nama restoran tu hehehe. nanti kalau dtg area sini boleh singgah

    ReplyDelete
  5. Ya rabbi di tanya apa yang sedap, kalau mata ni tertumpu dengan Lamb Shank tu haa.. sedapnya lahaiiii.. memang menu tu Sis order dan makan dulu hehehehe

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap menu yang ada di Restoran CheqMeq Kitchen, Bangi ni. Nasi lemak, gearbox, sambal udang. Kalau ke Bangi saya cuba ke sini.

    ReplyDelete
  7. Mak aiii harga murah gila.... portion banyak pulak tu... mmemang puas makan ni... berbaloi sangat

    ReplyDelete
  8. sedap yer semua menu kat restoren ni. harga pun boleh tahan murah juga, lamb shank tu nampak sedap sangat, nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  9. Wahh, kalau pergi Bangi nak singgah la restoran ni.. seriously harga dia sangat mur mur kan.. nampak presentable and delicious too...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!