Buffet Ramadan 2022 di Dapur KLGCC, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Satu lagi lokasi untuk anda berbuka puasa dengan juadah makanan yang pelbagai, suasana yang menarik dan pelbagai lagi aku akan ceritakan dalam artikel kali ini. Alhamdulillah, baru-baru ini aku dijemput untuk 'practice' berbuka puasa lebih awal di satu lokasi yang bagi aku sangat eksklusif dan menarik. Untuk tahu lebih lajut, boleh baca sehingga tamat ya!

BUFFET BERBUKA PUASA DI DAPUR KLGCC

Raikan Ramadan dan Aidilfitri anda di KLGCC dan SDCC. Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) bersama dengan Sime Darby Convention Centre (SDCC) menyediakan lokasi terbaik untuk anda bersantap bagi berbuka puasa dan juga hari raya Aidilfitri.


Dapur KLGCC at Sime Darby Convention Centre - Buffet of the Year

Bermula dari 5 April sehingga 1 Mei 2022, Dapur KLGCC akan diadakan di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre. Diketua oleh Chef Eksekutif Mohd Faisal Ismail, tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 20 gerai, pilihan makanan tempatan dan antarabangsa yang disediakan khas oleh para chef.











Juadah yang dihidangkan adalah termasuk Lidah Bakar, Ayam Panggang Bubu Balik, Bubur Lambuk, Udang Sambal Petai, Tenggiri Lada Hijau, Tumis Darat Daging Kalio, Kambing Bakar, Sate, Assorted Lok Lok, Aneka Kerabu dan kuih muih tradisional. 



ULASAN BUFFET RAMADAN

Okay, pengalaman 'practice' berbuka puasa di sini bagi aku sangat seronok. Seronoknya adalah disebabkan oleh makanan yang tersedia begitu banyak dan yang lebih penting sangat sedap ya! Anda boleh berjalan melihat gerai atau stall yang disediakan diluar. Kalau macam aku yang aku akan fokus pastinya di gerai sate sebab aku memang suka sate.

Lauk-lauk tradisional melayu pun tak kurang hebatnya juga. Anda boleh makan lauk-lauk bersama nasi kemudian ditambah dengan aneka kerabu. Memang sedap sangat! Untuk pilihan manisan dan kuih muih pula memang banyak, jadi jangan risau ya!


HARGA BAGI BUFFET BERBUKA PUASA ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

Tempahan Awal (Early Bird) : RM86 (nett) ahli / RM98 (nett) pengunjung
Harga Penuh :  RM118(nett) ahli / RM140 (nett) pengunjung

Kanak-kanak 6-12 tahun : 50% diskaun bagi harga penuh buffet.





BAWA PULANG / TAKEAWAYS

Bagi mereka yang gemar berbuka puasa dalam keselesaan di rumah, menu Set Sundown Istimewa – sesuai untuk 4 orang dan berharga RM128++ boleh didapati dari Golfers’ Terrace bermula 2 April hingga 3 Mei 2022 dari jam 4.00 petang hingga 8.30 malam setiap hari.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai baucar Dapur KLGCC dan menu bawa pulang, sila hubungi 03-2011 9187 / 189 atau WhatsApp pasukan di +6011-4046 7845.



KUALA LUMPUR GOLF & COUNTRY CLUB

Lokasi :  10, Jalan 1/70 D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laman web : www.klgcc.com 
Facebook :  @klgcc.official
Instagram :  @klgcc.official
Twitter : @klgcc_official
Whatsapp :  019 - 263 6548

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!