Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ramadan sudah pun tiba. Tak sangka waktu cepat berlalu. Rasanya macam baru sahaja sambut Ramadan untuk tahun 2021. Okay, alhamdulillah untuk kali ini, nampak gayanya pelbagai situasi diberi kelonggaran, bazar ramadhan sudah semakin meriah. Tiada sebarang sekatan untuk merentas negeri dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kita perlulah sentiasa berjaga dalam melakukan aktiviti diluar. Walaupun kelonggaran diberi tetapi SOP dan sebagainya haruslah diikut. Baiklah, mengenai raya tahun ini pula, aku jangkakan akan disambut dengan lebih meriah berbanding tahun-tahun lepas. Of course aku dah merancang untuk pulang ke kambung menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Jadi, aku pun dah mula membuat sedikit sebanyak persiapan untuk raya. Bagaimana dengan anda?
BELI BAJU RAYA DI BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF
Untuk baju raya pula, aku pun mencari baju raya lebih awal tahun ini sebab aku tak nak serabut kalau beli baju raya last minute. Alhamdulillah, kali ini aku beli baju raya lebih awal di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf di Bangi Sentral. Kalau anda sedang mencari baju melayu atau baju raya menarik dengan design terkini, bolehlah anda ke butik yang sama jugak!
Untuk tahun 2022 ini, Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf melancarkan beberapa rekaan dan koleksi terbaru iaitu Kurta Syirazi, Kurta Hatta 2.0 dan Kurta Jauhari.
KURTA HATTA 2.0 |
Kurta Hatta 2.0 ini dijual dengan harga RM139 sahaja. Memang ada banyak warna yang menarik. Yang menjadi tarikan adalah pada rekaan di bahagian kolarnya yang unik. Selain itu, saiznya juga adalah sehingga 3XL. Material yang digunakan sememangnya sangat baik. Kain yang cukup selesa. Selain itu, potongan bajunya memang padan, tak ada rasa sendat pada mana-mana bahagian. Pasal jahitan pula memang sangat kemas.
Berikutnya aku mencuba pula Kurta Jauhari. Dengan rekaan lengan 3 suku, memang menarik juga. Kasual dan juga aku rasa menjadi pilihan ramai terutama mereka yang muda. Senang nak buat apa-apa kerja, contoh nak makan lemang, ketupat ke tanpa perlu menyenteng lengan. Oh ya, harganya cuma RM109 sahaja.
KURTA SYIRAZI |
Seterusnya, aku mencuba Kurta Syirazi. Kurta Syirazi ini dijual dengan harga RM129 sahaja. Rekaanya bagi aku lebih menarik kalau dibandingkan dengan dua kurta sebelumnya. Pergelangan tangan yang boleh dibutangkan merupakan antara satu ciri yang aku suka. Material kain yang digunakan juga adalah jenis yang aku suka. Lembut dan tidak tebal.
BAJU MELAYU LUXAMANA |
Kalau anda mencari sepasang baju melayu, anda bolehlah memilih set Baju Melayu Luxamana ini. Rekaan yang memang cantik dan tradisional baju melayu. Macam biasa, material kainnya tidak tebal dan lembut sahaja apabila dipakai. Lebih menarik, dengan harga RM195 sahaja, anda bukan sahaja mendapat baju melayu sepasang tetapi juga sampin dan butang baju dengan percuma.
BAJU KANAK-KANAK?
Jangan risau, bukan hanya ada baju untuk orang dewasa sahaja di butik ini. Ada juga pilihan Kurta Jauhari dan Kurta Syirazi untuk kanak-kanak. Nampak comel pulak baju bersaiz kecil macam ni. Bolehlah anak dan bapa nak bersedondon untuk raya kali ini. Warna baju sama, rekaan pun sama.
BAJU PLUS SIZE
Untuk mereka yang bersaiz comel, jangan risau sebab ada juga baju raya khas dengan saiz sehingga 7XL. Kurta Fadani ini degan rekaan yang menarik. Boleh tengok bagaimana angah raja lawak memakai kurta ini dengan selesa. Harga untuk kurta ini cuma RM149 sahaja.
PRODUK LAIN ANDA BOLEH DAPATKAN DI BUTIK AISY ASYRAF
Okay, macam biasa, tak kan hanya ada baju raya sahaja? Di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf juga turut menjual beberapa barangan lain seperti kain pelikat, beg tangan lelaki, kasut, butang baju melayu dan pelbagai lagi.
Jadi, kalau anda berniat nak mencari baju raya tak kisahlah sama ada baju melayu sepasang, kurta atau sebagainya, aku sarankan untuk anda datang dan melihat sendiri koleksi menarik di cawangan Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Cawangan-cawangan butik ini adalah di Bangi Sentral, Shah Alam, Angsana JB Mall dan Bertam, Pulau Pinang.
Kalau nak tahu mana satu pilihan aku untuk baju raya Aidilfitri 2022, anda boleh lihat pada hari raya nanti ya! ✌
BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF
LOKASI : 3-41-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
GOOGLE MAPS : https://maps.app.goo.gl/zWnQZ34ysZdggFJT7
WAKTU OPERASI : (Sempena Ramadhan)
3 - 7 April : 10AM - 6PM
8 - 15 April : 10AM -6PM & 8PM -10PM
16 - 2 May : 10AM -6PM & 8PM -12AM
Sebarang pertanyaan boleh hubungi / Whatsapps :
012-548 8210 / 0194148210
LAMAN WEB RASMI : https://www.aisyasyraf.com
FACEBOOK RASMI : https://www.facebook.com/butikaisyasyraf
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/aisyasyraf_hq
SEKIAN
Selamat membeli belah persiapan pakaian raya
ReplyDelete