Jom Berbuka Puasa dengan Menu Chinese Muslim di Chopsticks by Muhammad Oon

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Ramadan buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Ramadan sudah pun tiba dan kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa yang aku rasa memang berbaloi untuk dicuba menunya. Kepada anda yang sukakan rasa menu yang unik, sedap dan suasana yang tenang, inilah lokasi menarik untuk anda cuba.

BERBUKA PUASA DENGAN MENU CHINESE MUSLIM DI CHOPSTICKS BY MUHAMMAD ONN


Restoran Chopsticks by Muhammad Oon merupakan sebuah restoran dengan citarasa tradisi kulinari selera Cina Malaysia. Kepada mereka yang meminat makanan Cina Muslim pasti tahu tentang kewujudan restoran ini di TTDI dan Sri Hartamas. Tetapi kali ini aku berpeluang ke cawangan mereka yang terbaru yang berada di Bangsar.

Berasal daripada tradisi kulinari selera Cina Malaysia, Chopsticks menawarkan pilihan kepada umat Islam Malaysia untuk menikmati resipi tradisional Cina Malaysia yang unik. Ingin mengubah selera semasa berbuka puasa? Boleh cuba pelbagai menu dan set istimewa sempena Ramadan di Chopsticks by Muhammad Onn, Bangsar.



SET ISTIMEWA RAMADAN DI CHOPSTICKS BY MUHAMMAD OON




Sempena Ramadan yang mulia ini, Chopsticks by Muhammad Oon menyediakan set istimewa yang mana ianya boleh dinikmati bersama keluarga mengikut jumlah pax dan juga selera anda. Berikut adalah perincian mengenai setiap set.

Set A - 2 pax

Signature Nyonya Fish Fillet / Baby Kailan (Garlic) / Kangkung Belacan / 4 Beans Belacan / Cincalok Omelette

Set B - 4 pax

Signature Nyonya Fish Fillet / Kum Heong Prawn or Squid / Baby Kailan (Garlic) / Kangkung Belacan / 4 Beans Belacan / Cincalok Omelette / Fried Chicken Lobak with Tofu


Set C - 6 pax

Signature Nyonya Steam Fillet / Salted Egg Prawn or Squid / Marmite Chicken / Spinach with Goji Berries / Cincalok Omelette / Fried Chicken Lobak with Tofu


Okay, macam mana pulak kalau tak nak pesan menu mengikut set? Jangan risau, anda boleh memesan menu ala carte. Dengan lebih 100 jenis menu hidangan tradisional Cina, pastinya ada menu yang mampu memikat selera anda. Berikut adalah antara menu ala carte yang aku rasa anda perlu cuba sendiri!

Salted Egg Baby Crab

Daging dengan Daun Bawang & Halia


Butter Floss Prawn


Chilli Padi Garlic Lala


Sotong Telur Masin


Sizzling Beef




Fried Glass Noodles

Kalau datang ke Chopsticks by Muhammad Oon ni, anda enalah cuba Soda Gembira ni! Memang sedao, air Bandung Soda yang manis, ditambah dengan aiskrim cookies n' cream. Memang betul-betul sesuai untuk menghilangkan dahaga berpuasa selama sehari. 




JOM BERBUKA DENGAN JUADAH CHINESE MUSLIM DI CHOPSTICKS BY MUHAMMAD ONN

Pengalaman aku mencuba menu-menu di atas sememangnya sangat berbaloi. Bagaimana dari luaran nampak begitu menyelerakan, begitu jugalah rasanya. Pada mulanya aku agak skeptikal kerana aku agak kurang dengan menu Chinese, tetapi aku dimaklumkan ini adalah menu Chinese Malaysia dimana rasanya lebih unik dan lebih "rasa".

Kalau ditanya menu mana yang aku nak pilih sebagai favourite, memang susah ya. Sebab semuanya memang sangat sedap terutamanya Sotong Telur Masin dan Daging dengan Daun Bawang & Halia


Makanan memang terbaik, suasana dalam restoran pula memang tenang. Tidak banyak hiasan dalam restoran ini. Mungkin berkonsepkan minimalist, memang mendamaikan bila mana makan di dalam restoran ini. Untuk cawangan di Bangsar ini, memang senang nak cari lokasinya. Temapt parking kenderaan pun memang ada di sekitar restoran ini. Keseluruhannya memang pengalaman yang anda tak boleh lepaskan!

Sempena bulan Ramadan juga, Chopsticks by Muhammad Oon juga akan menyediakan buah tamar untuk berbuka puasa. Sila hubungi 014-962 6725 atau 016-957 3884 untuk tempahan meja untuk iftar sepanjang Ramadan.

Chopsticks by Muhammad Oon @ Bangsar

40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!