Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebagai seorang muslim mencari barangan yang halal adalah satu keutamaan. Setiap produk dan barangan yang akan dibeli pastinya aku sendiri akan periksa sama ada halal atau tidak. Bila sebut pasal halal, sudah pastinya produk itu dihasilkan dalam keadaan bersih dan suci sekaligus membuatkan kita yakin dengan produk atau barangan tersebut.
Okay, bercakap tentang barangan halal, sebuah kempen telah dilancarkan iaitu Kempen Inisiatif Bajet 2022 : ' Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' yang dianjurkan oleh Halal Development Corporation Berhad (HDC). Kempen ini juga merupakan hasil kerjasama proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya, HDC dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).
KEMPEN INISIATIF BAJET 2022 : ‘JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA'
Sejumlah 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda” anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC). Melalui kempen ini, antara sasaran yang diletakkan adalah peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022. Tambahan lagi, kempen ini merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Bajet 2022 dimana ia bermatlamat melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi.
Kempen ini terbahagi kepada dua kagetori, iaitu yang pertama, Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Untuk menjayakan kempen bagi kategori ini, HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen akan diadakan di semua cawangan pasaraya Lulu dan Lotus's di seluruh negara bermula pada April sehingga Julai 2022.
Kategori ke dua pula, iaitu Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.
Dengan adanya program ini, secara tidak langsung dapatlah membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas semasa pandemik Covid 19 dan memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik: Lulu’s Hypermarkets, Lotus’s, dan FoodPanda.
JOM LIHAT ANTARA BARANGAN PRODUK PMKS
Baiklah, sekiranya anda datang sahaja ke Lulu Hypermarket, anda akan lihat pintu gerbang dengan kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda". Masuk sahaja ke bahagian dalam, mudah sahaja untuk mengenal pasti mana satu barangan yang tersenarai dalam kempen ini. Anda cuma perlu melihat penanda yang tergantung pada bahagian produk tersebut. Jadi, jom lihat antara produk-produknya :-
Dengan adanya kempen ini, barulah produk-produk halal PMKS dapat bersaing dengan jenama lain. Selain itu, ada juga rak gondola khas untuk produk yang tersenarai dalam kempen ini. Melihat pada barangan yang tersenarai, sebenarnya memang produk halal tempatan mampu bersaing dengan produk lain.
Berbagai promosi dan harga menarik bakal ditawarkan di sepanjang kempen ini, yang bermatlamat untuk meningkatkan capaian dan prestasi jualan, serta mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara, ke arah meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan.
MENGENAI HDC
Halal Development Corporation atau dikenali sebagai HDC merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.
HDC sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia. HDC juga berperanan sebagai memudahcara penyertaan pemain industri ke dalam ekonomi halal untuk meningkatkan eksport halal Malaysia dan pelaburan langsung ke dalam taman-taman industri halal. HDC telah menetapkan sasaran yang tinggi bagi menarik dan menyepadukan sekurang-kurangnya 50,000 PKS ke dalam industri Halal Malaysia menjelang 2030.
JOM KITA?
Jom kita sokong program Kempen Inisiatif Bajet 2022 :" Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" dengan berbelanja dan pilih barangan halal yang tersedia di Lulu Hypermarket dan pasaraya Lotus's.
#HDC #InisiatifBajet2022 #JadikanHalalPilihanUtamaAnda #TrolleyPunHalal
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.