Makan di Rumah Makanan Pak Long, Lunas, Kulim, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Beberapa hari selepas hari raya, mungkin raya ke 6 atau ke 7, aku bersama keluarga ke pusat beli belah terbesar di daerah Kulim iaitu Kulim Central. Tujuan utamanya adalah untuk membuat cermin mata baru mak aku yang patah. Okay, seperti biasa memang ramai orang di pusat beli belah itu.

Dah selesai urusan cermin mata tersebut, selepas maghrib kami sekeluarga ke arah Lunas untuk makan malam. Sebenarnya mereka pernah makan di restoran ini sebelum ini tanpa aku. Baiklah, restoran yang aku nak ceritakan dalam artikel santai kali ini adalah dikenali sebagai Rumah Makanan Pak Long.

MAKAN DI RUMAH MAKANAN PAK LONG, LUNAS, KEDAH


Rumah Makanan Pak Long, Lunas

Dari jauh memang dah nampak restoran ini yang memanjang dan meriah dengan lampu berwarna hijau serta papan tandanya yang jelas dengan tulisan. Anda boleh lihat sendiri melalui papan tanda dibahagian atas tertulis makanan apa yang menjadi keutamaan disini. 

"Mee Udang, Kari Semilang, Ikan Bakar, Western Food, Satay"

"Kari Kepala Ikan, Ikan Bakar, Mee Udang dan Ketam"

"Ikan Bakar Sambal Petai dan Sambal Biasa"

Aku berpendapat menu yang tertera pada papan tanda merupakan signature bagi pelanggan yang selalu makan di sini. Kalau ikutkan hati sebenarnya macam-macam jenis menu yang aku nak makan dan cuba tetapi disebabkan perut tidaklah lapar sangat serta makan disini untuk santai-santai sahaja, jadi kami memilih menu yang sangat minimum tetapi masih mengenyangkan.

Rumah Makanan Pak Long, Lunas
Menanti makanan siap dimasak

Sementara menunggu makanan siap dimasak, aku sempatlah bergambar dan berborak bersama keluarga tentang isu semasa, hiburan dan pelbagai lagi. Macam yang aku beritahu di atas, mood beraya masih kuat dimana sanak saudara yang berada di kota pulang ke kampung. Bermakna memang ramai manusia di daerah Kulim ini termasuklah direstoran ini juga.

Ketika kami tiba di restoran ini, meja di bahagian dalam restoran sudah penuh. Penuh dengan pelanggan dan juga ada meja yang sudah ditempah. Jadi, kami memilih untuk makan dibahagian luar, dibawah langit malam dengan kerdipan bintang yang jauhnya tidak terkira.

Rumah Makanan Pak Long, Lunas
Menunggu makanan yang agak lambat sampai.

Disebabkan pelanggan yang sememangnya makin ramai, itu tidak termasuk yang sudah menempah meja dan sebagainya, makanan sampai agak lambat. Tapi tak mengapa sebab aku faham akan situasi itu. Untuk aku walaupun makanan lambat sampai, minuman perlulah datang awal untuk membasahkan tekak dan sebagainya.

Selang beberapa minit kemudian, titisan air hujan mula membasahi secara perlahan-lahan. Pelanggan yang berada di luar mula risau termasuklah aku dan keluarga. Alhamdulillah, nasib baik ada ruang kosong dibawah bumbung dimana kami dapat berteduh daripada hujan yang semakin lebat. Ada mereka yang tidak dapat tempat duduk dan pulang dengan hampa.


CERITA TENTANG MAKANAN

Macam banyak pula merepek, jadi aku teruskan dengan bercerita tentang makanan. 

Rumah Makanan Pak Long, Lunas

Berikut adalah harga bagi makanan laut yang anda boleh pilih direstoran ini. Mak aku pula memilih untuk makan ikan siakap bakar yang perlu ditimbang. Ikan siakap bakar sambal itu merupakan menu utama manakala menu-menu lain adalah seperti telur dadar, kailan ikan masin, sambal belacan dan nasi putih. Simple bukan?

Sebenarnya bagi aku makanan sebegini pun dah cukup mengenyangkan. Boleh sahaja kalau nak tambah macam daging masak merah, sotong goreng tepung dan pelbagai lagi, cuma ini adalah pilihan mak aku sendiri. Berjimat cermat katanya. 😅

Rumah Makanan Pak Long, Lunas
Telur Dadar

Telur dadar ini macam biasa yang anda boleh dapat dimana-mana restoran makanan siam. Aku tak tahu nak ulas macam mana lagi pasal telur dadar ini. ✌

Rumah Makanan Pak Long, Lunas
Kailan Ikan Masin

Kailan ikan masin pun antara yang wajib dipesan kalau makan macam ini direstoran makanan siam. Tetapi untuk kailan ikan masin yang kami terima ini, aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Tapi aku tak pasti apa yang kurang cuma rasanya sangat berbeza berbanding kailan ikan masin di tempat-tempat lain. Mungkin tukang masaknya baru pertama kali menghasilkan menu ini.😅

Rumah Makanan Pak Long, Lunas

Ikan bakar sambalnya pula bagi aku memang terbaik. Maaf gambar penuh tiada sebab ada orang yang dah cungkil isinya sebelum sempat aku mengambil gambarnya. Tapi  anda boleh lihat bagaimana isinya dengan sambalnya dibalut dengan daun pisang dan bilamana dibuka sahaja memang harum semerbak!

Untuk menu ini memang aku berpuas hati terutamanya dengan sambalnya. Sebenarnya ada dua jenis sambal iaitu sambal biasa dan sambal petai tetapi disebabkan aku dan adik beradik kurang makan petai jadi pilihannya adalah sambal biasa sahaja.

KESIMPULANNYA , pengalaman makan di Rumah Makanan Pak Long ini bagi aku berpuas hati. Berpuas hati dengan suasan di restorannya terutama dibahagian terbuka dengan langit malam, cuma cuaca yang agak tidak mengizinkan. Berpuas hati dengan ikan bakar sambalnya yang sangat menyelerakan sehinggakan sambalnya habis dimakan. 

Cuma yang agak kurang dan mungkin boleh ditambah baik adalah pada menu kailan ikan masin. Untuk tempoh masa yang agak lama menunggu mungkin disebabkan musim perayaan. In shaa Allah kalau ada kesempatan untuk makan disini dilain kali aku akan cuba makanan lain pula.✌

 

RUMAH MAKANAN PAK LONG 



Lokasi : Jalan Cekur Manis, Taman Cekur Manis, 09600 Lunas, Kedah
Waktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Rabu) 4 Petang -12 Tengah Malam

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!