Pembayaran Tanpa Tunai Lebih Mudah dengan Aplikasi SemuaPay

Aerill Hassan
8
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang satu aplikasi yang memudahkan urusan seharian anda. Aplikasi yang aku nak kongsikan ini dikenali sebagai SemuaPay.

Pembayaran tanpa tunai seperti pembayaran bil, topup dan sebagainya merupakan salah satu pilihan yang lebih mudah yang tersedia untuk membantu memudahkan urusan. Kini, hanya perlu gunakan telefon pintar sahaja untuk urusan pembayaran dan sebagainya.

Urusan pembayaran bil contohnya bil elektrik dan bil air yang sememangnya dilakukan setiap bulan boleh dilakukan hanya menggunakan aplikasi ini. Apa bezanya dengan aplikasi lain? Sebenarnya aplikasi ini ada kelebihannya tersendiri kerana fungsinya yang pelbagai, bukan sahaja untuk pembayaran tetapi juga anda akan dapat pulangan rebat dan juga boleh jana pendapatan sampingan! Menarik bukan?

Okay, jom kita lihat informasi lebih lanjut tentang aplikasi SemuaPay.

#1 APA ITU SEMUAPAY?

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup. 

Aplikasi ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro dll. Terdapat lebih 100 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate

#2 CARA PENDAFTARAN APLIKASI SEMUAPAY


Mudah sahaja sebenarnya untuk mendaftar aplikasi ini. Anda cuma perlu memuat turun aplikasi SemuaPay di telefon pintar anda dan ikut panduan pendaftaraan seperti berikut. Berikut adalah cara untuk mendaftar aplikasi SemuaPay.

1) Klik LINK SEMUAPAY . Lihat dan baca dengan teliti butiran yang tertera pada laman tersebut. 

2) Pilih PAKEJ KEAHLIAN yang anda inginkan. Ada empat pilihan untuk Pakej Keahlian, Pengguna, Komuniti, Usahawan dan VIP. Untuk permulaan anda boleh memilih untuk daftar sebagai Pengguna terlebih dahulu.

3) Isi butiran lain selanjutnya. Kemudian, tekan Daftar

4) Seterusnya, tunggu email pengesahan untuk dapatkan ID dan password anda. Kemudian, anda cuba masuk dalam aplikasi menggunakan ID dan password yang diberikan. 

5) Selesai.

Kini anda boleh membuat pembayaran dan menggunakan perkhidmatan yang tersedia dalam aplikasi SemuaPay. Mudah sahaja!

#3 FUNGSI APLIKASI SEMUAPAY


Macam yang aku beritahu di atas, aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi. Untuk aku perkhidmatan pembayaran atas talian adalah fungsi yang paling aku suka sebab memudahkan untuk aku membayar pelbagai bil-bil dan sebagainya.

Antara fungsi lain aplikasi Semua Pay selain pembayaran bil adalah seperti pembelian topup prepaid & postpaid, pembelian berkaitan permainan, membuka e-commerce, jual beli emas dan jana pendapatan sampingan.

Di dalam aplikasi SEMUAPAY, ada 5 bahagian yang anda boleh lihat di ruangan bawah. 5 bahagian tersebut adalah e-Kedai, Emas, Utama, Transaksi dan Profil.

a) e-Kedai

E-Commerce : Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. Langkah-langkah buka e-kedai adalah seperti gambar rajah di bawah.



Antara kelebihan Kedai Topup Online (OTS) :
  • Lebih 80 produk bayaran disediakan untuk jualan langsung.
  • Pengguna akan diberikan Sales Commision Bonus pada setiap jualan produk mengikut kadar rebat.
  • Pengguna boleh menjual emas GSA & Bullion tanpa perlu modal stok emas. Emas akan dihantar kepada pembeli oleh pihak syarikat sendiri, hanya perlu jual dengan kongsi kedai emas. 
  • Pengguna akan menerima OTS RESELLER BONUS pada setiap pembukaan kedai baru ejen kumpulan pengguna. Sila semak gambar rajah untuk maklumat lanjut. 

b) Emas



Jual Beli Emas : Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay.  

1. Gold Saving Account (GSA)

👉 Pengguna boleh mula menyimpan emas di dalam aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram.
👉Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan nilai jual/beli yang telah dinyatakan di aplikasi mengikut pakej daftar https://semuapay.com/page/rebaterate
👉 Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

2. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

👉Pengguna boleh beli di kedai masing-masing atau klik link ini https://official.semuapay.com/shop/gold/bullion/GB1G
👉 Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa.
👉 Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing tanpa perlu pegang stok.



c) Utama

Pada bahagian UTAMA, anda akan lihat butang Viral, Kongsi, Emas, e-Kedai, Liga FEPL, VIRAL, Prabayar, Bayaran Bil, Pin, Pascabayar, Permainan, Data Internet, Antarabangsa, Web Portal, BINGO Live, Peti Masuk, Profil. Setiap butang ini anda boleh guna mengikut fungsi masing-masing. 

d) Transaksi

Semua urusan transaksi yang anda telah lakukan dapat dilihat di bahagian ini. Semua rekod debit, kredit, Rekod Tambah Wallet, Rekod Pindahan Wallet dan sebagainya juga tertera disini. Selain itu, anda juga dapat lihat status pembayaran bil dan topup anda.

e) Akaun

Di bahagian ini anda dapat lihat profil anda. Anda boleh kemaskini profil anda disini. Selain itu,  disini juga terdapat pelbagai butang lain untuk urusan Wallet, Pengurusan dan Aplikasi.

#4 KELEBIHAN APLIKASI SEMUAPAY


REBAT : Antara kelebihan menarik yang aku paling teruja adalah pulangan rebat apabila nada melakukan transaksi melalui aplikasi SemuaPay.  Rebat yang diterima itu jika dikumpul boleh digunakan untuk pembayaran bil atau perkhidmatan lain pula. 


JANA PENDAPATAN :  Bagi aku aplikasi ini sebuah aplikasi yang menarik juga sebab kita boleh jana pendapatan sampingan. Ada beberapa cara sebenarnya nak jana pendapatan melalui aplikasi ini. Antaranya seperti membuka e-commerce (info di atas), kongsi informasi (SPViral), kongsi pautan daftar (affiliate). 

SPREWARD : Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan. Hadiah bernilai hampir RM1,000,000 akan diberikan kepada pemenang setiap bulan mengikut Jumlah Mata Ganjaran Terkumpul.

JOM DAFTAR SEMUAPAY


Jadi bagaimana? Menarik bukan aplikasi SemuaPay? Ada banyak fungsi menarik yang kita boleh gunakan. Pembayaran bil dan topup setiap bulan pastinya lebih mudah dengan adanya aplikasi ini. Selain itu, kelebihan yang ada seperti rebat memberikan nilai tambah untuk aku sendiri gunakan aplikasi ini dalam urusan pembayaran bil dan topup.

Untuk anda yang ingin jana pendapatan pun boleh sahaja gunakan perkhidmatan yang tersedia dan sangat mudah untuk digunakan. Jadi, anda bolehlah daftar sekarang dan guna perkhidmatan yang ada dalam aplikasi SemuaPay.

SEMUAPAY

Laman Web : www.semuapay.com
Facebook : SemuaPay​
Instagram : SemuaPay​

Post a Comment

8Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. This is the first time I heard of the apps Semua Pay. Sounds like a good one. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Banyak apps online yang ada sekarang dan ini first time apps yang boleh beli emas. Bagus juga sebab tak perlu banyak apps untuk buat pembayaran, pembelian seharian..

    ReplyDelete
  3. Menarik aplikasi semuapay,bukan sahaja memudahkan malah pembayaran dapat rebate. Boleh juga jana pendapatan..memang bagusla

    ReplyDelete
  4. Yes. Bayar bil dan dapat return macam nie yang I nak. Dah la kita banyak bayar bil ahli keluarga gak hehe

    ReplyDelete
  5. This is new to me tapi dah ada penggunaan sebanyak 20 juta transactions ya! Must be really good apps la ni... nak explore la since boleh jana side income too from this app kan... worth to explore la...

    ReplyDelete
  6. senangkan bila ada apps mcm ni... nanti i nak ricki lagi tentang apps ni

    ReplyDelete
  7. Yes betul, nowadays i also pay online or via app its easy don't have to use cash

    ReplyDelete
  8. first time dengar semuapay apps ni, menarik juga, satu apps boleh mudahkan urusan dan komitmen bulanan. nak install lah. thanks sharing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!