Marrybrown Perkenalkan Menu Oishii Jepun Terbaru!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Marrybrown Oishii Japan

Okyaku-sama konnichiwa! Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu berita gembira buat anda semua terutamanya bagi mereka yang meminati makanan dari negara Jepun.

Marrybrown iaitu rangkaian makanan segera halal tempatan terbesar perkenalkan "something different" bersempena dengan kempen Around the World. Tahun ini negara yang dipilih adalah negara Jepun. Ya! Negara matahari terbit ini yang dikenali dengan keindahan bunga sakura yang mekar ketika musim bunga serta kenikmatan gastronomi yang menggiurkan.

Marrybrown Oishii Japan
Antara karektor Cosplay Anime yang hadir ketika majlis pelancaran

Untuk makluman, Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

MARRYBROWN PERKENALKAN MENU OISHII BAHARU!

Marrybrown Oishii Japan

"Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri
makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Marrybrown Oishii Japan
Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown merasmikan Hidangan Marrybrown Oishii Japan

Untuk anda yang menggemari kepedasan wasabi, ini adalah menu yang wajib anda cuba. Menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Tidak cukup dengan itu, Marrybrown Oishii Japan juga membawa beberapa lagi kejutan lain.  Roti burger Oishi disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura.  

JOM LIHAT MENU MARRYBROWN OISHIII JAPAN!

Untuk kempen kali ini, terdapat empat set menu yang diperkenalkan dan setiap dari satunya mempunyai keunikan tersendiri dengan harga yang cukup berpatutan.

#1 KOMBO 2 KETUL AYAM OISHII

Marrybrown Oishii Japan

Dua ketul Marrybrown's Crispy Chicken dihidangkan bersama 'potato wedges' dan air Sakura Fizz. Selain itu, disediakan juga sos teriyaki & wasabi. Harga set ini bermula dari RM20.50.

#2 KOMBO OISHII RICE BOWL

Marrybrown Oishii Japan

Set ini dilengkapi dengan nasi untuk anda yang menggemari nasi dan mungkin anda yang perlu makan nasi setiap hari. Selain nasi, set ini turut tersedia dengan potongan Marrybrown's Crispy Chicken, sos Teriyaki Wasabi, dan air Sakura Fizz. Harga set ini bermula dari RM12.90.

#3 OISHII BOX MEAL

Marrybrown Oishii Japan

Set ini pula dilengkapi dengan Burger Oishii, satu ketul Marrybrown's Crispy Chicken, 'potato wedges' dan air Sakura Fizz. Harga set ini bermula dari RM23.90.

#4 KOMBO BURGER MARRYBROWN OISHII

Marrybrown Oishii Japan

Set ini lengkap dengan Burger Oishii, 'potato wedges' dan air Sakura Fizz. Harga set ini bermula dari RM15.30.

ULASAN MENU MARRYBROWN OISHIII 

Marrybrown Oishii Japan

Sebelum membuat ulasan ini, tentunya aku sendiri sudah mencuba set yang terdapat dalam menu terbaru ini. Walaupun aku bukanlah peminat tegar makanan Jepun terutamanya pada kepedasan Wasabi, tetapi sebenarnya sos Teriyaki Wasabi sebenarnya sangat seimbang. Rasa yang dihasilkan bagi aku sangat 'kena' pada tekak aku. Marrybrown's Crispy Chicken sudah pastinya sedap dengan saiz yang sesuai pada harganya. 

Burger Oishii pula bagi aku saiznya agak besar dan sangat puas untuk seorang makan. Itu belum ditambah dengan makanan sampingan lain. Air Sakura Fizz pula memberikan kesegaran dan kelegaan selepas makan sos Teriyaki Wasabi yang pedas itu.

JOM CUBA MENU TERBARU MARRYBROWN INI!

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!