Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan sebuah lokasi tempat makan yang menarik yang aku kunjungi baru-baru ini bersama rakan-rakan. Kenapa tempat ini menarik? Okay aku akan ceritakan sepenuhnya dalam artikel ini, jadi jemput baca sehingga penghujung ya!
KENAPA WAJIB SINGGAH & CUBA MAKANAN DI PALMIERRA 28, PETALING STREET, KL?
Palmierra 28 ini merupakan sebuah tempat makan yang menarik dengan dekorasinya yang cukup memukau pandangan. Dihadapan restorannya sahaja kita dapat lihat lukisan dan warna yang menarik! Baru sahaja sebulan beroperasi, restoran ini bagi aku terletak dilokasi yang sangat strategik kerana terletak di Jalan Petaling.
Jalan Petaling atau Petaling Street sememangnya dikenali sebagai lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Lokasinya juga tidaklah jauh daripada stesen MRT Pasar Seni, hanya jalan beberapa minit sahaja dan anda boleh sampai ke restoran Palmierra 28 ini dengan mudah.
PALMIERRA 28
Okay seterusnya aku akan bahagikan kepada tiga bahagian. Pertama adalah suasana dan dekorasi sekitar restoran. Kedua adalah menu yang dihidangkan dan terakhir adalah ulasan dan review aku tentang keseluruhan pengalaman aku makan di restoran ini.
#1 SUASANA & DEKORASI RESTORAN PALMIERRA 28
Dekorasi dan mural yang terdapat di dalam restoran ini memang sungguh mengagumkan! Bayangkan semuanya memang cantik termasuklah keadaan di tandas! Mural-mural ini pastinya menjadi tempat untuk anda bergambar kerana semuanya memang 'insta-worthy'.
#2 SENARAI HIDANGAN MENARIK DI PALMIERRA 28
STARTER KUIH MUIH |
Untuk menu Starter Kuih Muih ini, setiap hidangan akan disediakan 6 jenis kuih pilihan anda. Antara yang ada dalam pilihan kuih adalah Popia Sira, Temosa Raja, Pulut Panggang, Karipap, Lepat Pisang, Seri Muka dan pelbagai lagi jenis kuih melayu.
LEMAK CILI API DAGING SALAI |
Kepada anda yang suka dengan hidangan masak lemak cili api, bolehlah cuba menu ini. Menariknya, menu ini disediakan oleh Chef yang berasal dari Negeri Sembilan. Saiz hidangannya cukup untuk 2-3 orang.
UDANG MASAK SAMBAL PETAI |
Antara menu yang pastinya menjadi pilihan ramai adalah Udang Masak Sambal Petai. Peminat masakan petai dan udang pastinya wajib cuba menu ini kerana rasanya yang sungguh menyelerakan dan saiz udangnya tidak mengecewakan!
PAIS IKAN PATIN |
Hidangan Pais Ikan Patin ini juga antara menu menarik yang anda boleh cuba. Peminat tempoyak dan ikan patin bolehlah merasai hidangan ini yang dimasak dengan cara tradisional dan pasti tidak akan menyesal!
TERUNG GORENG BELACAN |
Hidangan terung bersama belacan juga anda boleh cuba disini. Lebih sedap dimakan dengan nasi yang panas dan disertakan dengan hidangan yang lain.
LAKSA PAHANG |
Susah sebenarnya mencari hidangan Laksa Pahang di ibu kota Kuala Lumpur ini. Hidangan Laksa Pahang ini sememangnya unik dan berbeza dengan laksa-laksa lain yang pernah anda cuba.
OPOR DAGING |
Hidangan seterusnya adalah Opor Daging. Antara hidangan yang anda boleh cuba, dimasak dengan cukup sedap, daging yang lembut dan penuh dengan rasa rempahnya.
NASI LEMAK WITH RENDANG |
Hidangan nasi lemak pastinya hidangan yang cukup sinonim dengan Malaysia. Nasi Lemak disini dihidangkan bersama rendang dan saiz hidangannya memang besar dan percayalah bahawa anda pasti akan kekenyangan dengan hidangan sebesar ini.
MAGGIE SEAFOOD PALMIERRA |
Hidangan mee segera atau popular di Malaysia dengan panggilan meggi pastinya antara makanan yang rasanya semua orang pernah cuba. Menariknya di Palmierra 28 ini anda boleh cuba Maggie Seafood ini yang disediakan dengan cukup istimewa.
PUDING RAJA |
Hidangan pemanis pertama yang dicuba adalah Puding Raja. Mengikut apa yang diceritakan, manisan ini merupakan antara manisan yang dihidangkan kepada golongan raja-raja pada suatu masa dahulu.
SAGU GULA MELAKA |
Manisan berikutnya adalah Sagu Gula Melaka. Untuk anda yang suka manisan yang manis, boleh cuba manisan ini yang berwarna biru. Setiap suapan ke dalam mulut pastinya memberikan sensasi yang menarik!
KASTURI PALMIERRA | PELANGI UNGU |
Antara air minuman yang anda boleh cuba. Kasturi Palmierra dihidangkan dengan limau kasturi dan asam boi manakala Pelangi Ungu menggabungkan laici, soda dan rasa ribena yang memang menyegarkan.
#3 ULASAN & REVIEW
Bagaimana nak mula ya? Okay, pertamanya Palmierra 28 ini memang sangat cantik. Dekorasi dalamannya memang membuatkan mata kita sentiasa segar kerana setiap sisi pastinya ada seni mural atau dekorasi yang cantik.
Antara semua makanan yang dicuba yang paling aku suka adalah Maggie Seafood Palmierra. Rasanya memang sedap, kuahnya betul-betul pekat dan rasa seafoodnya memang sedap. Selain itu, aku juga suka Lemak Cili Api Daging Salai. Rasa 'salai' pada dagingnya memang terasa ditambah lagi dengan kuahnya yang memang sedap.
Walaupun aku bukan penggemar petai, tetapi Udang Masak Sambal Petainya aku boleh terima, udangnya memang bersaiz besar. Petainya tidaklah aku makan. Hidangan Terung Goreng Belacan juga sangat sedap terutamanya kerana aku adalah peminat hidangan terung. Belacan yang terdapat dalam hidangan ini tidaklah kuat sangat jadi memang boleh makan bagi mereka yang tidak boleh makan belacan sangat.
Hidangan Laksa Pahang pula unik dan rasanya sangat berbeza. Mungkin untuk kali pertama ini aku tidak menyukai hidangan ini sepertimana hidangan-hidangan yang lain. Tetapi mungkin anda boleh cuba dan mungkin akan suka dengan hidangan ini.
Kesimpulannya, pengalaman makan di restoran Palmierra 28 ini sememangnya sangat menarik. Suasana yang sangat selesa, mural dan seni yang sangat cantik. Anda pastinya akan bergambar berlatar belakangkan mural-mural ini. Makanannya pula memang sungguh sedap, rasa tradisional Melayu yang memang 'authentic' dan menyelerakan.
Jom nikmati hidangan menarik di Palmierra 28!
RESTORAN PALMIERRA 28
LOKASI: 154, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
HARI & WAKTU OPERASI:
Ahad - Rabu: 11.00 A.M - 10.00 P.M
Khamis - Sabtu: 11.00 A.M - 11.00 P.M
UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI: 0182450807
Instagram: @palmierra28
SEKIAN
bukan tempat je cantik, plating dan menu pun menarik. Tak pernah makan lagi Laksa Pahang ni. Rasa tertarik untuk cuba.
ReplyDeleteWow seriously memang instaworthy!!! Terliur tengok pais ikan patin tu! Tak sabar nak try!!!
ReplyDeleteTeringin pulak makan pais ikan patin tu. Terliur tengok semua makanan dia
ReplyDeleteArgggghhh stress tak sampai lagi ke restoran ni! Cantiknya mural! Makanan masakan tradisional banyaknya!!! Bila lah dapat food hunting ni. Bestnya tempat ni.
ReplyDeletecantek teruk restoran ni suka tengok.. pilihan makanan yg ditawarkan juga cukup meriah dan semuanya nampak sedap
ReplyDeletewow, cantik yer restoren ni, menu semua masakan tradisi yang sedap-sedap belaka. boleh masuk list JJCM KL nanti. thanks sharing
ReplyDeleteMasa ke area sana ternampak juga, tapi masa tu tak sure sama ada boleh singgah ke tidak. Wah! rupanya boleh. Thanks reviewnya, nanti nak try makan kat sini inshaAllah.
ReplyDeleteWow menarik tengok menu menu dia. nampak sedap betul. Deko kedai pun cantik gile. Boleh lah pergi cuba nanti
ReplyDeleteCafe ni memang lawa, banyak spot boleg ambil gambar dan makanan pun semua sedap sedap
ReplyDeleteFirst of all, location and design dia lawa sangat! Banyak gambar boleh spam upload dalam IG kalau macam ni.
ReplyDeleteWow....very nice delicious 😋🤤 food served here, can't wait to taste them soon la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteOkay yang ni memang Sis tau sedap, sebab anak Sis di sana dah mencubanya, nanti one day Maknya pulak nak cuba hehehe
ReplyDelete