Pengalaman Menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Aerill Hassan
2
Assalamulaikum dan salam sejahtera

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku menginap di sebuah hotel yang menarik yang terletak di Puteri Harbour, Johor. Untuk pengetahuan anda, selepas sahaja selesai Batam Mega Fam Trip yang lalu, sekumpulan kecil daripada kami memilih untuk menginap selama satu malam di Trinidad Suites Puteri Harbour.

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan secara terperinci penginapan aku dan rakan-rakan di Trinidad Suites Puteri Harbour. ✌

PENGALAMAN MENGINAP DI TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR, JOHOR


Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour merupakan sebuah hotel penginapan bertaraf 4 bintang. Terletak di Puteri Harbour iaitu lokasi sempadan antara Malaysia dan Singapura, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa, elegan dan eksklusif.

Perjalanan dari hotel ini ke lokasi menarik dan popular seperti Iskandar Malaysia Studio mengambil masa cuma 7 minit, ke Mall of Medini cuma 7 minit, ke Taman Tema Legoland cuma 11 minit  dan ke Johor Premium Outlet cuma 25 minit sahaja.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 202 bilik tersedia di hotel ini dan antara jenis-jenis bilik penginapannnya adalah seperti berikut :-

  • Studio Executive (Twin)
  • Studio Premier (King)
  • One Bedroom Deluxxe 
  • One Bedroom Executive
  • One Bedroom Duplex
  • Two Bedroom Deluxe
  • Two Bedroom Executive
  • Two Bedroom Premier
  • Three Bedroom Premier

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Masuk sahaja ke ruangan lobi hotel anda akan melihat penyambut tetamu yang mesra dengan senyuman. (Walaupun tak boleh nampak sebab pakai pelitup muka 😅)

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Di ruangan lobi terdapat ruangan membaca dan menunggu untuk anda berehat dan santai sekiranya malas mahu naik ke bilik hotel dan sebagainya. 

JOM LIHAT BILIK HOTEL

TWO BEDROOM DELUXE

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Aku dan rakan-rakan menginap di TWO BEDROOM DELUXE iaitu antara jenis penginapan yang tersedia di sini. Masuk sahaja ke dalam TWO BEDROOM DELUXE ini membuatkan seperti betul-betul berada di rumah atau kediaman yang lengkap.

Dengan keluasan 92m², TWO BEDROOM DELUXE ini memang sesuai untuk penginapan keluarga atau percutian bersama rakan-rakan.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Ruang tamu yang tersedia memang besar dan luas. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar-gambar yang sempat aku ambil. Ruang ini sesuai untuk berehat dan santai lengkap dengan sofa yang selesa dan TV dengan pelbagai saluran. 

Lebih menarik lagi keranadi bahagian belakang sofa tersebut adanya ruang balkoni.  Balkoni ini anda boleh melihat pemandangan Marina Walk Puteri Harbour yang cantik dan meriah di waktu malamnya.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Ruang berikutnya adalah ruangan dapur. Lengkap dengan kabinet yang dipenuhi perkakas membuat air, dan memasak. Selain itu, peti ais dengan dua pintu juga tersedia di sini untuk anda menyimpan minuman sejuk dan sebagainya. 

Satu perkara lagi yang aku suka adalah tersedianya mesin basuh yang boleh terus keringkan baju. Memang memudahkan untuk anda yang membawa baju banyak, dan terus basuh sahaja di sini, tak perlu lagi ke dobi.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Ruangan bilik pula seperti yang anda boleh lihat memang sangat selesa dan luas. Bilik pertamanya disediakan katil bersaiz KING lengkap dengan meja solek dan TV. Juga tersedia bilik air dan tandas yang luas, serta almari pakaian.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Ruangan bilik kedua pula tersedia dua buah katil bersaiz SINGLE, lengkap dengan almari pakaian dan pintu ke tandas dan bilik air. Bilik air dan tandas ini pula mempunyai dua pintu, satu disambungkan pada bilik tidur kedua ini dan satu pintu lagi ke ruangan luar, untuk mereka yang berada di ruang tamu contohnya boleh terus ke tandas ini tanpa masuk ke ruang bilik.


FASILITI DI HOTEL

Trinidad Suites Puteri Harbour ini merupakan antara hotel yang aku suka, sebab fasilitinya memang lengkap dan dijaga rapi. Antara faktor yang menjadikan hotel itu pilihan aku adalah bila mana fasilitinya lengkap. Sesuai untuk aku berehat dan bersantai bersama keluarga. Berikut adalah antara fasiliti-fasiliti yang tersedia di hotel ini.

KOLAM INFINITI

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Kolam infiniti disini memang besar dan luas, selesa dengan pemandangan yang indah. Pemandangan yang anda boleh lihat adalah seperti Marina Puteri Harbour, dan juga negara Singapura! Sempat juga kami bergambar sakan disini sambil berenang-renang.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

RUANG DOBI

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Untuk bilik yang tidak mempunyai mesin basuh, jangan risau, anda boleh sahaja ke tempat dobi yang turut disediakan di sini. Tak perlu nak keluar mencari dobi yang jauh dan memenatkan.

GYMNASIUM

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Pusat kecergasan atau gymnasium juga disediakan disini untuk mereka yang menginap di hotel ini. Kelengkapannya memang cukup dan anda boleh menggunakan fasiliti ini seawal jam 6 pagi sehingga 10 malam.


RUANG ACARA

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Ruang untuk anda mengadakan acara juga disediakan. Anda bolehlah membuat majlis atau apa jua acara disini dan boleh memilih sama ada ruangan terbuka atau berbumbung.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor


KEMBALI KITCHEN

Untuk anda yang mengambil pakej sekali dengan sarapan, inilah tempat makan yang disediakan iaitu Kembali Kitchen.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Kembali Kitchen ini menawarkan pelbagai jenis makan untuk sarapan yang anda boleh cuba. Memang banyak dan sangat menyelerakan ya. Aku sendiri mengambil pelbagai jenis makanan yang disediakan di sini.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor


LOKASI MENARIK BERDEKATAN 

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Lokasi berdekatan dengan Trinidad Suites Puteri Harbour ini yang anda boleh terjah adalah seperti Marina Walk Puteri Harbour. Dengan pemandangan kapal yang cantik, disini juga meriah dengan orang ramai bersantai bersama keluarga di waktu petang.

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

Selain itu juga disini terletak dekat sahaja dengan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour yang juga merupakan pintu masuk ke Indonesia dan Singapura. Anda boleh ke Batam melalui terminal feri ini ya! ( BATAM MEGA FAM TRIP)

Trinidad Suites Puteri Harbour, Johor

MENGINAP DI TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR sememangnya satu pengalaman yang menarik. Bilik hotelnya memang selesa, luas dan lengkap dengan kemudahan. Selain itu, kemudahan dan fasiliti seperti gym dan kolam infinitinya juga membuatkan pengalaman menginap di sini lebih menarik.

Kedudukan atau lokasi Trinidad Suites Puteri Harbour yang strategik juga adalah antara satu nilai tambah buat nada yang mencari pilihan penginapan di sini. Deretan kedai dan restoran di Marina Walk Puteri Harbour yang sememangnya meriah dengan orang ramai merupakan satu lagi tarikan menarik disini.

Jika ditanya adakah aku akan menginap lagi disini? Jawapannya sudah pasti YA! In shaa Allah selepas ini mungkin aku akan bawa keluarga aku di Kedah datang ke sini berehat, bersantai dan bercuti di Trinidad Suites Puteri Harbour.

* Untuk tempat makan malam dan tengahari aku akan ceritakan dalam artikel berasingan. Nantikan artikel tersebut ya.

TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR


LOKASI : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor

E-MAIL : reservations@trinidadputeriharbour.com
TELEFON : +6072830488

Sebarang pertanyaan lebih lanjut tentang Trinidad Suites Puteri Harbour
anda boleh hubungi | Elyana : 010-889 4089 & Sarimah : 012-705 7115


SEKIAN

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!