Rizman Ruzaini Memperkenalkan 7 Selebriti Sebagai 'Muse' Bagi Koleksi RR Mono Scarves

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebut sahaja nama Rizman Ruzaini pasti ramai yang kenal dengan pereka fesyen popular tempatan ini. Rizman dan Ruzaini adalah antara pereka fesyen tempatan yang sememangnya terkenal dengan rekaan busana yang menarik terutama untuk selebriti dan juga busana pengantin. 

Pada tanggal 2 Julai 2022, Rizman Ruzaini menyambut ulangtahun pertama bagi koleksi RR Mono Scarves. Diperkenalkan pada tahun 20221, koleksi RR Mono Scarves menjadi pilihan wanita kerana rekaannya yang eksklusif dan kualitinya yang terjamin. Menariknya, Rizman Ruzaini turut membuka Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion Kuala Lumpur! Mudahlah selepas ini untuk para wanita diluar sana untuk membeli dan melihat sendiri pilihan yang ada dalam koleksi RR Mono Scarves.

RIZMAN RUZAINI MEMPERKENALKAN 7 SELEBRITI SEBAGAI 'MUSE' BAGI KOLEKSI RR MONO SCARVES

17 tahun mengorak langkah dalam bidang rekaan fesyen, jenama Rizman Ruzaini (RR) kini bukan lagi asing dalam kalangan pecinta fesyen negara. Memulakan empayar perniagaan ini melalui bakat yang dimiliki, kini dua sahabat baik, Rizman dan Ruzaini bukan sahaja bangga untuk bergelar seorang pereka fesyen tetapi juga usahawan berjaya.

Menambahkan nilai dalam usaha yang mereka tunjuk kini, selepas hampir dua dekad jenama ini juga menjadi antara kebanggaan ramai apabila karya dua anak tempatan ini mula menembusi pasaran antarabangsa bukan sahaja dalam industri kreatif tetapi juga produk kecantikan.

Jika di awal kemunculan jenama ini lebih dekat dengan rekaan untuk selebriti dan busana pengantin yang eksklusif, kini RR tidak hanya tertumpu kepada rekaan untuk golongan tertentu sahaja. Mahu memastikan RR menjadi pilihan ramai, antara fokus utama jenama ini juga untuk memasarkan rekaan fesyen ready-to-wear kepada semua golongan di Malaysia. Dari Permaisuri ke selebriti ternama hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR.

ULANG TAHUN PERTAMA RR MONO SCARVES


Selain pakaian, antara hasil rekaan RR yang turut mendapat perhatian adalah koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar jenama RR kini. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan, kemunculan siri koleksi Mono Scarves ternyata menjadi antara yang cukup dekat dengan peminat jenama ini. 

Diperkenalkan sejak setahun lalu, Mono Scarves kekal menjadi pilihan ramai wanita di luar sana yang selesa dengan suntikan gaya elegan dan sofistikated. Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri. 

Penyanyi Aina Abdul membuat persembahan 

TUJUH SELEBRITI SEBAGAI 'MUSE' KOLEKSI RR MONO SCARVES

Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves, tujuh selebriti dilantik menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung ini. Ternyata antara strategi di sebalik pembabitan Ziana zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang mempunyai 45 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan.

Menurut Rizman, mereka juga yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini untuk menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama RR sendiri.

“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, namun bagaimana golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama RR. Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan RR kekal relevan dalam industri fesyen negara.

“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung RR, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan RR menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya.


Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR.



Menyentuh sambutan pertama koleksi RR Mono Scarves, Ruzaini melihat ini adalah usaha pertama mereka bagi menghargai pembeli setia produk RR. Katanya, selain sambutan secara besar-besaran bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion bersama tujuh selebriti hari ini, antara yang cukup istimewa juga mereka turut menawarkan tudung percuma kepada pelanggan mereka.

300 TUDUNG PERCUMA & 50% DISKAUN PEMBELIAN DI LAMAN WEB


“Apa yang berlaku hari ini bukan untuk kami di RR sahaja tetapi mereka yang menjadi sebab mengapa RR terus berada di sini sehingga hari ini. Tanpa sokongan pembeli dan pengguna RR, kami tidak mungkin akan bertahan selama 17 tahun. Jadi sambutan ulang tahun RR Mono Scarves ini adalah permulaan yang baik untuk kami memberi semula kepercayaan mereka dengan acara seperti ini.

“Pada hari ini juga kami turut mengedarkan 300 tudung percuma kepada pembeli terdahulu tudung Mono Scarves, caranya mudah hanya perlu pakai tudung dari koleksi yang sama untuk mendapatkan yang baharu. Selain itu peminat setiap selebriti yang dilantik hari ini juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian tudung RR Mono Scarves di laman web RR,” katanya.
Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama menjadi wajah eksklusif produk RR. Tahniah diucapkan buat @Ninaskhan !


TAHNIAH RIZMAN RUZAINI!


Tahniah diucapkan buat Rizman Ruzaini atas ulangtahun pertama koleksi RR Mono Scarves, juga pelancaran RR Pop-Up Store Hijab di hadapan Pavillion KL. Melihat bermula perjalanan mereka sehingga ke hari ini, kejayaan mereka selama 17 tahun sememangnya memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk capai kejayaan.



Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!