Assalamualaikum dan salam sejahtera
Batam merupakan sebuah bandar terbesar di Kepulauan Riau, Indonesia dengan jumlah penduduk melebihi 1 juta penduduk. Wilayah Batam terdiri daripada Pulau Batam, pulau Rempang dan pulau Galang serta pulau-pulau kecil lain dikawasan Selat Singapura dan Selat Melaka.
Lokasinya yang cukup strategik iaitu bersempadan dengan Singapura dan Malaysia menjadikan Batam antara lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan meneroka lokasi pelancongan menarik di Batam dan kali ini aku ingin kongsikannya kepada pembaca semua.
SENARAI TEMPAT MENARIK DI BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA
Batam seperti lokasi-lokasi lain mempunyai keunikannya tersendiri. Selain bandar serba moden dengan pusat beli belah, Batam juga mempunyai lokasi yang menarik seperti mercu tanda dan sebagainya. Berikut adalah senarai tempat menarik di Batam yang anda boleh kunjungi.
#1 MERCU TANDA IKONIK "WELCOME TO BATAM"
Siapa sangka di Batam juga terdapat mercu tanda seakan di Hollywood iaitu papan tanda yang tersergam indah di atas bukit. Di Batam ini, papan tanda dengan tulisan "Welcome To Batam" yang terletak di Bukit Clara Batam Center, Tanjung Tering.
LOKASI :
#2 MUSEUM BATAM RAJA ALI HAJI
Lokasi berikutnya yang anda wajib datang dan singgah adalah Muzium Batam Raja Ali Haji. Muzium ini sebenarnya baru sahaja dibuka pada tahun 2020 yang lalu.
Muzium ini menampilkan sejarah Batam sejak zaman Kesultanan Riau Lingga, era penjajahan Belanda, era penjajahan Jepun, era Kemerdekaan Indonesia, Perimtah Kabupaten Kepri, Otorita Batam, Kepimpinan BJ Habibie, sehinggalah era sekarang.
Muzium yang terletak di Dataran Engku Putri, Batam ini mempunyai keunikannya tersendiri. Antaranya adalah replika Cogan iaitu salah satu alat kebesaran yang dimiliki Kesultanan Johor Riau Lingga. Cogan ini adalah simbol kebesaran kerajaan tersebut sehingga tahun 1913 sebepum runtuh akibat penjajahan Belanda.
Waktu Operasi : Setiap Hari
Buka : 8.00 Pagi
Tutup : 4.00 Petang
LOKASI :
#3 BP BUNDARAM BATAM
Terletak berhampiran dengan Museum Raja Ali Haji adalah suatu lokasi bersejarah dan ikonik iaitu BP Bundaran Batam. Tahukah anda bahawa di sini ketiga-tiga pemerintah bagi negara Malaysia, Singapura dan Indonesia menjejakkan kaki mereka ke sini?
Pada pelancarannya pada tahun 1987, Soeharto menandatangani tugu dan menanam pohon beringin , dan juga dilakukan perkara yang sama oleh Lee Kuan Yew, pemerintah Singapura pada waktu yang sama. Seterusnya pada tahun 1991, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula melakukan perkara yang sama.
Satu lagi fakta yang menarik adalah, ketiga-tiga pohon beringin yang ditanam ini sebenarnya bukan pohon yang asal, kerana semuanya mati selepas ditanam.
LOKASI :
#4 PANBIL NATURE RESERVE
Anda cintakan alam sekitar? Hidupan liar? Ini adalah lokasi berikutnya yang anda perlu datang apabila melancong ke Batam. Lokasi ini dikenali sebagai Panbil Nature Reserve, Eco Edu Park. Dibuka secara rasmi pada 3 Disember 2021, Panbil Nature Reserve ini merupakan lokasi terbaik untuk anda datang dan melihat haiwan dan alam sekitar.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti memberikan makanan kepada haiwan, seperti arnab, burung merak, burung merpati, burung kakak tua, ikan koi dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh bergambar dengan ular yang jinak.
Waktu Operasi : Setiap Hari
Buka : 10.00 pagi
Tutup : 10.00 malam
Laman Web : https://panbilnaturereserve.com/en/home-en/
Phone: 0821-7368-1661
Email: info@panbilnaturereserve.com
LOKASI :
#5 JAMBATAN BARELANG
Mercu tanda dan tempat ikonik terakhir yang anda wajib lawati adalah Jambatan Barelang. Pelancong yang datang ke Batam sememangnya perlu singgah dan bergambar di sini kerana pemandangannya yang sangat cantik.
Terletak lebih kurang 35 KM daripada pusat bandar Batam, jambatan ini direka bentuk dengan sangat cantik dan menyambungkan pulau Batam dengan beberapa pulau kecil yang lain iaitu Rempang, Galang dan Galang Baru, Tonton, Nipah dan Setokok.
Nama Barelang itu sendiri merupakan singkatan bagi tiga pulau utama dalam jajaran jambatan ini iaiaru BAtam, REmpang dan GaLANG. Jambatan Barelang terdiri daripada 6 jambatan dan jambatan yang pertama dan utama dikenali juga sebagai Jambatan Tengku Fisabilillah.
- Jambatan Tengku Fisabilillah, menghubungkan Batam dan pulau Tonton.
- Jambatan Nara Singa, menghubungkan pulau Tonton dengan pulau Nipah.
- Jambatan Ali Haji, menghubungkan pulau Nipah dengan pulau Setokok.
- Jambatan Sultan Zainal Abidin, menghubungkan pulau Setokok dengan pulau Rempang.
- Jambatan Tuanku Tambusai, menghubungkan pulau Rempang dengan pulau Galang
- Jambatan Raja Kecik, menghubungkan pulau Galang dengan pulau Galang Baru.
LOKASI :
Menarik bukan tempat-tempat yang disenaraikan ini? Batam sememangnya sungguh indah dan penuh dengan lokasi menarik. Selain tempat-tempat menarik ini antara yang menjadi tarikan buat aku secara peribadinya adalah makanan yang terdapat disini. Apa-apapun semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda yang akan ke Batam suatu hari nanti.
SEKIAN
#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #FaveHotelNagoyaBatam #AstonNagoya
Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board
Bestnya dapat ke sini. Kalau travel, wajib ke Muzium untuk mengetahui sejarah tempat kita lawati dengan lebih jelas. Cantik betul cuaca masa trip ni. Hehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah, cuaca memang sangat baik time trip ni. Sebba tu gambar2 smeua dapat diambil dengan baik :)
Deletecantik Batam ni..kalau dari Singapura dah tak jauh kan? best kalau dapat peluang melancong ke sana :)
ReplyDeletetak jauh pun, cuma 30 minit sahaja. memang best tau Batam ni :)
DeleteBestnya berpeluang jalan-jalan ke Batam. Cantik pula semua tempat yg dilawat. Nak masukkan dalam list travel juga nih nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang menarik lokasi2 di Batam ni. :)
Delete