Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, aku sihat sejahtera. Baiklah seperti yang anda lihat pada tajuk, artikel kali ini adalah tentang travelogue aku ke Batam, Indonesia baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat Batam Tourism Promotion Board atas jemputan untuk menyertai Batam Mega Fam Trip yang berlangsung dari 13 Julai 2022 sehingga 16 Julai 2022.
TRAVELOGUE BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA PART 1 (2022)
Pada 12 Julai 2022 paginya aku memulakan perjalanan dari Kulim, Kedah ke Seri Kembangan, Selangor. Untuk makluman aku baru sahaja pulang ke Kedah untuk menyambut perayaan Aidiladha bersama keluarga. Sampai sahaja di Selangor, aku terus mengemas barang dan seterusnya berehat sebentar selepas memandu beberapa jam. Kemudian di sebelah malamnya bermulalah perjalanan yang panjang.
12 JULAI 2022
a) KL KE JOHOR | 10.00 MALAM
Untuk menjadikan perjalanan lebih seronok, kami tiak melalui lebuhraya tetapi melalui jalan bandar. Dari satu bandar singgah ke satu bandar. Antara lokasi yang disinggah adalah Bandaraya Melaka. Sempat kami singgah dan makan di Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Aku pernah ke sini pada beberapa tahun dahulu. Baca di sini : Review Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Melaka
Perjalanan diteruskan lagi melalui bandar Muar, Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi, Desaru dan akhirnya sampai ke Pengerang pada jam 6.00 pagi.
13 JULAI 2022
b) JETI TANJUNG PENGELIH KE JETI BATAM | 7.00 PAGI
Tepat jam 11.30 pagi, waktu Malaysia, urusan passport dan tiket telah diuruskan dan kami semua menaiki Feri Dolphin 5. Perjalanan dari Jeti Tanjung Pengelih ke Jeti Batam Centre mengambil masa 45 minit sahaja. Melihat pemandangan laut yang indah memang seronok. Sempat juga aku melihat pemandangan kotaraya Singapura yang penuh dengan bangunan pencakar langit.
Sampai sahaja ke Jeti Batam Centre, urusan seterusnya adalah seperti biasa imegresen juga terdapat kaunter memeriksa status vaksin anda. Kemudiannya, petugas bagi Batam Mega Fam Trip membawa kami semua terus menaiki bas menuju ke lokasi berikutnya.
[Bermula sekarang jam ditukarkan kepada waktu Indonesia iaitu ditolak 1 jam dari waktu Malaysia.]
c) PELANCARAN FAVEHOTEL NAGOYA BATAM | 1.30 PETANG
d) KAMPONG FOOD FIESTA | 3.30 PETANG
Untuk pengetahuan anda, sebuah festival makanan dna kebudayaan turut diadakan berhampiran dengan FaveHotel Nagoya Batam ini iaitu dikenali sebagai Kampong Food Fiesta 2022. Selepas berehat sebentar selepas makan tengah hari, kami seterusnya dibawa melihat gerai-gerai dan aktiviti yang terdapat di Kampong Food Fiesta ini.
e) CHECK-IN FAVEHOTEL | 4.00 PETANG
Aktiviti seterusnya adalah inspection bilik di FaveHotel. Memang menarik kerana hotel ini sangat-sangat baru jadi semuanya memang bersih dan kelihatan moden. Selesai sahaja inspection, tiba masa untuk check-in ke bilik masing-masing.
Memang selesa bilik yang aku diami untuk 3 hari 2 malam ini. Rekaannya yang cantik, suasana yang selesa dan lebih menarik sebab disediakan Google Nest dan Smart TV. Senanglah aku untuk tonton Netflix setiap malam sebelum tidur. Untuk artikel lebih panjang tentang hotel ini anda boleh baca di : Review FaveHotel Nagoya Batam.
f) INSPECTION ASTON GIDEON INN & ASTON BATAM | 6.00 PETANG
Setelah berehat selama beberapa jam dan membersihkan diri, tibalah masa untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah inspection bagi hotel-hotel Aston di Batam ini.
- Aston Inn Gideon
Laman Web : Aston Inn Gideon
- Aston Batam Hotel & Residences
Laman Web : Aston Batam
Seterusnya kami semua makan malam di Aston Batam Hotel & Residences. Perkara yang aku suka adalah tentang makanannya. Walaupun rasanya tidak berbeza dengan makanan di Malaysia tetapi ada sesuatu yang unik menjadikan makanan di sini memang enak belaka.
g) THOR: LOVE AND THUNDER (2022) | 9.30 MALAM
Filem tersebut tamat pada jam 12.00 malam dan kami terus pulang ke hotel untuk tidur dan berehat mengumpulkan tenaga untuk hari yang panjang pada keesokan harinya.
SAMPAI disini sahaja untuk bahagian pertama. Perjalanan yang memang panjang jika dikira, dari Kulim, Kedah sehinggalah ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Di bahagian seterusnya aku akan ceritakan tentang lokasi-lokasi menarik berikutnya pula.
#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #AstonNagoya #FaveHotel
Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board
Lama tak dengar orang melancong ke Batam. Dulu-dulu kerap jugak. Bestnya hotel ada Netflix.
ReplyDeleteSekarang pun pelancong dan mula masuk ke Batam. Perlahan-lahan jumlah semakin meningkat. :)
Delete