Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 3 (2022)

Aerill Hassan
4
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 3 (2022)

Kembali lagi dalam siri terakhir untuk Travelogue Batam. Alhamdulillah, perjalanan untuk trip kali ini semuanya berjalan lancar dari awal sehingga ke akhir. Untuk anda yang baru sahaja membaca artikel ini, baru-baru ini aku berpeluang untuk melancong ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia melalui program Batam Mega Fam Trip anjuran Batam Tourism Promotion Board

TRAVELOGUE BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA PART 3 (2022)

15 JULAI 2022

Seawal 7 pagi lagi kami sudah bangun dan bersarapan dengan makanan yang enak di favehotel Nagoya Batam. Barangan semuanya sudah dikemas kerana tepat jam 8.30 pagi kami perlu check-out daripada hotel dan terus ke lokasi seterusnya. Walaupun sebenarnya sedih kerana tiga hari dua malam menginap di favehotel Nagoya Batam sememangnya sangat seronok.


a) JAMBATAN BARELANG | 10.30 PAGI

Jambatan Barelang

Lokasi pertama persinggahan adalah Jambatan Barelang. Jambatan Barelang merupakan siri jambatan pelbagai jenis yang menghubungkan beberapa pulau iaitu Batam, Rempang dan Galang, Kepulauan Riau dan dibina bermula tahun 1992 dan siap dibina pada tahun 1997. Terdapat enam jambatan yang dibina ;

  • Jambatan Tengku Fisabillilah
  • Jambatan Nara Singa
  • Jambatan Ali Haji
  • Jambatan Sultan Zainal Abidin
  • Jambatan Tuanku Tambusai
  • Jambatan Raja Kecik 
Apabila anda datang ke sini, jangan lepaskan untuk bergambar dengan pemandangan yang memang cantik, berlatar belakangkan jambatan yang tersergam indah.

b) BENAN ISLAND RESORT | 12.30 TENGAHHARI

Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Jeti Pulau Labun. Dari jeti tersebut, kami menaiki bot laju menuju ke Pulau Benan yang akan menjadi lokasi penginapan untuk malam terakhir. Perjalanan menaiki b ot mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja.

Berikut adalah antar gambar-gambar yang sempat diambil di Benan Island Resort.

Benan Island Resort

Benan Island Resort

Benan Island Resort

Menginap di dalam glamping dan melakukan pelbagai aktiviti di Benan Island Resort sememangnya tidak cukup hanya untuk dua hari satu malam. In shaa Allah jika diberi peluang lagi aku akan menginap di sini lebih lama. 

Untuk cerita pengalaman di Benan Island Resort yang lebih panjang dan teliti, anda boleh baca ;


16 JULAI 2022

c) TERMINAL FERI BATAM CENTRE | 9.30 PAGI


Seawal 6.00 pagi kami meninggalkan Benan Island Resort dan Pulau Benan menuju ke Jeti Pulau Labun dan seterusnya ke Terminal Feri Batam Centre. Alhamdulillah, sampai awal di terminal dan dapat berehat sebentar sementara menunggu waktu perlepasan feri. Tepat jam 10.30 pagi feri dari Terminal Batam Centre pun berlepas ke Jeti Tanjung Pengelih.

d) JETI TANJUNG PENGELIH | 11.45 PAGI


Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke tanah air. Tak terasa betapa cepatnya masa berlalu. Tak sangka sudah 4 hari dan 3 malam berada di Indonesia, setiap hari diisi dengan pelbagai aktiviti dan lawatan ke tempat menarik.

Batam sememangnya mempunyai tempat istimewa di hati aku sebagai salah satu lokai yang sangat indah dan penuh dengan tarikannya tersendiri. Sekian sahaja untuk artikel Travelogue kali ini.

Jutaan terima kasih diucapkan buat Batam Tourism Promotion Board atas jemputan untuk menyertai Batam Mega Fam Trip ini. 

SEKIAN

BACA JUGA : 

#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #AstonNagoya #FaveHotel #BenanIslandResort

Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!