Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Mungkin ada yang menanti bahagian kedua untuk cerita Travelogue Batam kan? Kali ini aku akan ceritakan kisah hari kedua pula. Untuk anda yang baru sahaja membaca artikel kali ini, baru-baru ini aku diberi peluang untuk melancong ke Batam melalui program Batam Mega Fam Trip anjuran Batam Tourism Promotion Board.
TRAVELOGUE BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA PART 2 (2022)
14 JULAI 2022
a) WELCOME TO BATAM | 9.30 PAGI
Setelah bersarapan di hotel dengan makanan yang sungguh enak, kami seterusnya ke lokasi pertama yang akan dilawati iaitu salah satu mercu tanda di Batam ini. Jika di Hollywood mempunyai papan tanda ikonik, di Batam juga mempunyai papan tanda ikonik juga.
Bergambar di sini merupakan bukti bahawa anda pernah datang ke Batam. Lokasinya juga luas, kalau datang bersama kumpulan yang ramai, jangan lepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai di sini.
BACA JUGA : SENARAI TEMPAT MENARIK DI BATAM
b) MUSEUM RAJA ALI HAJI | 10.00 PAGI
Lokasi berikutnya adalah Museum Raja Ali Haji. Dari luar sebenarnya kelihatan seperti binaan masjid tetapi rupa-rupanya adalah muzium. Masuk sahaja ke dalam kawasan muzium memang pelbagai jenis sejarah Batam anda dapat lihat dan terokai.
Menariknya setiap sejarah yang ada dibahagikan mengikut era. Era penjajahan, era kemerdekaan dan pelbagai lagi anda dapat lihat dalam muzium ini. Inilah salah satu lokasi yang anda perlu datang apabila melancong ke sini.
Terletak berhampiran dengan Museum Raja Ali Haji adalah satu lagi lokasi ikonik iaitu BP Bundaran Batam. Mengapa lokasi ini ikonik? Disini merupakan tempat brersejarah dimana tiga pemimpin negara Asean iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia menanam pokok beringin. Walaupun pokok beringin yang ditanam beberapa ditanam semula, tetapi plak yang ditandatangani mereka masih kekal utuh.
d) PANBIL NATURE RESERVE | 11.30 PAGI
Jam 11.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Panbil Nature Reserve. Sebelum melakukan aktiviti di sini, kami makan tengahhari terlebih dahulu dan berehat sebentar.
Jam 1.30 tengahhari kami mendaki bukit yang melalui jalan yang bercerun tinggi untuk ke Ladang Rusa Sambar. Dalam perjalanan ke atas anda dapat lihat hutan dan pokok yang sangat indah. Walaupun agak memenatkan tetapi perjalanan itu tidak terasa penatnya apabila dapat berinteraksi dengan rusa sambar.
Kemudian turun dibahagian bawah pula kami dapat melihat burung-burung yang cantik, ular, bermain bersama arnab, ikan dan pelbagai lagi haiwan yang terjaga dan dilindungi dengan baik. Panbil Nature Reserve ini pastinya lokasi yang sesuai untuk anda datang membawa keluarga melihat keindahan alam flora dan fauna.
Lokasi berikutnya adalah membeli belah di Grand Batam Mall. Grand Batam Mall ini merupakan salah sebuah pusat beli belah termoden di Batam ini. Disini ramai yang menggunakan peluang untuk membeli barangan untuk dibawa balik ke tanah air.
f) KAMPONG FOOD FIESTA 2 | 6.00 PETANG
Sebelum pulang ke favehotel, kami singgah di Kampong Food Fiesta buat kali keduanya. Melihat persembahan kebudayaan yang menarik, makan bakso yang sangat sedap pada harga yang berpatutan. Memang lebih meriah berbanding hari pertama, ada tempat kanak-kanak bermain, juga terdapat banyak gerai untuk anda membeli makanan tempatan.
Selesai sahaja makan, kami terus pulang ke bilik hotel, membersihkan diri dan menguruskan apa yang patut.
g) NAGOYA HILL MALL | 8.30 MALAM
Di sebelah malamnya pula kami keluar ke Nagoya Hill Mall Batam untuk membeli barangan terakhir untuk dibawa ke Malaysia. Sempat juga kami singgah makan KFC disini yang sememangnya agak berbeza berbanding KFC di Malaysia.
Aku juga ada mencuba beberapa makanan yang menarik disini tetapi tidak sempat mengambil gambarnya. Makanan yang dicuba adalah Pentol Pedas. Jam 10.00 malam kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.
SAMPAI di sini sahaja untuk bahagian kedua. Memang banyak tempat yang dilawati dan memang menarik. Tempat-tempat yang dilawati ini membuatkan aku benar-benar suka dengan Batam kerana lokasi menariknya begitu banyak. Walaupun saiz pulau ini tidaklah besar tetapi semua yang tersedia di sini sangat lengkap. Di bahagian seterusnya aku akan cerita tentang lokasi menarik dan tempat penginapan seterusnya pula. ✌
#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #AstonNagoya #FaveHotel
Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.