Makan Makanan Fusion Enak di Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Aerill Hassan
3
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku dengan gembiranya nak kongsikan kepada anda semua satu lokasi tempat makan yang menarik di mana aku dan rakan-rakan sempat singgah baru-baru ini ketika berada di Johor. Lokasi restoran ini terletak di Nusajaya dan kawasan sekitarnya sememangnya sedang membangun pesat dengan pelbagai bangunan komersil dan perumahan.

MAKAN MAKANAN FUSION ENAK DI FEAST ECO GALLERIA, NUSAJAYA, JOHOR

Feast merupakan sebuah restoran yang tersorok di Eco Galleria, Nusajaya, Johor, sebuah pusat beli belah terbuka dengan dekorasi Eropah yang sangat cantik dan semestinya tempat sesuai untuk bergambar. Baru sahaja dibuka pada awal tahun 2022, restoran Feast ini sememangnya menawarkan pilihan makanan yang unik-unik belaka.
  
Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Menu-menu fusion atau gabungan antara masakan tempatan dan masakan Barat adalah antara yang anda boleh lihat di dalam menu mereka. Dengan dekorasi yang cantik, di ruang yang terbuka, pengalaman makan di restoran Feast ini pastinya sangat selesa dan tenang.

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Aku juga sempat melihat di kawasan dalam restorannya, anda boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau duduk di bahagian luar. Kalau aku, aku lebih suka duduk di kawasan yang terbuka kerana lebih selesa tetapi ikutlah citarasa dan kegemaran anda. Jom lihat lagi beberapa gambar sekitar suasana restoran Feast ini.

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Menarik bukan? Baiklah, sekarang pula aku nak kongsikan cerita tentang makanan yang kami cuba untuk tengah hari tersebut. Banyak sebenarnya makanan yang dicuba dan alhamdulillah, sebelum aku nak kongsikan tentang makanannya, aku nak beritahu bahawa aku memang sangat berpuas hati dan suka dengan menu-menu yang dicuba pada hari tersebut. 

APPE-TEASER

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Dunkin' Crab (RM29) | Crispy Soft-shell Crab Topped with Garlic Butter Sauce. We'll throw in mantao buns for dunking.

; rupanya memang sedap soft-shell ketam ini, lebih-lebih lagi dimakan dengan sos yang disediakan. Memang betul-betul membuka selera untuk terus menikmati makanan yang lain. Mantao bun pun memang sedap apabila dicicah dengan sos yang sama.

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Davy Jones (RM28) | Let's heat the guy with no heart, grilled calamari stuffed with 'Murtabak' spiced chicken and Coriander Chutney

; Nama menu yang unik, bagaimana pula dengan rasanya? Sebenarnya ini adalah seperti sotong sumbat sahaja. Sotong tersebut disumbatkan dengan ayam rempah yang sedap. Memang berjus dan cukup dengan perisa.

PASTA-BILITIES & RISOTTO

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Masak Lemak Cili Api (RM26) | Must-try kick-ass linguini cooked with smoked beef tenderloin, spicy coconut and tumeric 

; Selalunya masak lemak cili api di makan sebagai lauk tetapi untuk kali ini, masak lemak cili padi dimasak bersama pasta linguini dan juga daging salai. Aku suka gabungan pasta linguini dengan masak lemak cili api. Serasi rupanya. Daging salainya jugak betul-betul sedap.


Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Nasi Lemak Risotto (RM32) | Al dente arborio rice topped with prawn sambal, cashew nuts, soft boiled egg and "ikan bilis bulu ayam'

; nasi lemak sememangnya hidangan yang popular terutamanya di Malaysia tetapi di restoran Feast ini nasi lemaknya sedikit berbeza iaitu nasinya ditukar dengan risotto. Selain itu, kacang yang diletakkan bersama ada gajus dan bukannya kacang tanah. Walaupun rasanya sedikit berbeza tetapi rasa nasi lemak aslinya masih ada.

IN PIZZA WE CRUST

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Beef Pepperoni Pizza (RM28) | Tomato Sauce, Pecorino Romano, Kalamata, Parsley, Mozzarella

; pizza pertama yang dicuba adalah beef pepperoni pizza yang dimasak dengan baik sekali. Untuk pizza ini anda perlu makan sewaktu masih panas, barulah rasanya lebih sedap.

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Laksa Love from Johor Pizza (RM32) | Laksa sauce, Otak-Otak, Onion, Crips Kemangi Leaves, Ginger Flower

; Pizza berikutnya adalah pizza yang unik iaitu dikenali sebagai Laksa Love from Johor Pizza. Pizza Laksa Johor ini memang sedap sebenarnya. Rasanya memang menyerupai laksa johor dengan bahan-bahan yang berada atas pizza ini, memang menarik.

Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Loaded Vegetable Pizza (RM25) | Masak lemak sauce, eggplant, zucchini, carrot, sweet potato, crisp salted egg bitter gourd, mozzarella

; Pizza berikutnya adalah pizza khas untuk vegetarian dengan bahan-bahan yang menyihatkan. asanya pun sedap dengan sos masak lemak.

MINUMAN


Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Thirst Quenchers (RM12) | Classic Ice Lemon Tea / Peach iced tea 

Feast Shakes (RM16) | Pandan oh pandan / red velvet

; Air minuman pula yang diminum adalah ice lemon tea dan peach iced tea yang memang menyegarkan. Di sebelah petangnya pula terdapat dua jenis air iaitu pandan oh pandan dan air red velvet yang istimewa. Rasanya agak manis mugnkin tak sesuai untuk anda yang tidak boleh minum manis.

HIGH TEA INDULGENCE (RM58++)


Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

SAVOURY

  • Crab Sliders | Crab meat, mayonnaise, sambal, carrot, loaf bread
  • Egg sandwich | Egg mayo served with bread, tomato and cucumber
  • Croque Monsieur | Loaf bread layered with cheese, chicken ham & spinach
  • Lamb Bruschetta | Toasted french loaf topped with lamb rendang
  • Otak-Otak Quiche | Otak-otak fish, egg, spinach, cheese baked in pastry crust
  • Mini Satay | Chicken satay served with peanut sauce
  • Salmon Roll | Beetroot-cured salmon rolled with cream cheese & tortilla wrap
  • Vege Spring Roll | Popiah filled with vege & shitake mushroom
  • Nasi Lemak Ball | Deep fried risotto ball served with sambal, ikan bilis & cashew nut
  • Otak-otak sliders | Grilled otak-otak served with loaf bread

SWEETS

  • Kuih Lapis
  • Cream Puff
  • Kuih Seri Muka
  • Mini Lemon Tart
  • Red Velvet Cupcake

; sebelum pulang, kami mencuba pula set HIGH TEA INDULGENCE. Dalam satu set ini terdapat beberapa hidangan yang sedap dan menyelerakan. Untuk makluman, set ini hanya tersedia pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang sahaja.


Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor

Untuk pengetahuan anda, selain restoran Feast, pemilik restoran ini juga mempunyai sebuah lagi lokasi tempat santai dan melihat persembahan secara live iaitu di 27@ Cove di kawasan Puteri Harbour, berdekatan dengan tempat penginapan kami iaitu di Trinidad Suites Puteri Harbour. Kepada yang berminat bolehlah pergi ke 27@ Cove juga ya!

Restoran Feast yang terletak di Eco Galleria, Nusajaya, Johor sememangnya satu lokasi tempat makan yang anda perlu cuba. Pelbagai makanan fusion yang menarik yang anda pastinya tidak akan menyesal untuk dicuba. In shaa Allah sekiranya berpeluang selepas ini aku pastinya akan bawa keluarga aku untuk datang ke sini pula.

RESTORAN FEAST ECO GALLERIA



LOKASI : A0120 Blok A Eko Galleria, Jalan Eko Botani 3, Taman Eko Botani, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Malaysia

WAKTU OPERASI: 12.00pm to 10.00pm 


FACEBOOK :  Feast Eco Galleria
INSTAGRAM : Feast Eco Galleria

#FEASTEcoGalleria #Nusajaya #Johor #foodforthought #foodie #foodlover

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. nampak sikit portionnya... ke pinggan dia besar?

    ReplyDelete
  2. menarik. sesekali nak merasa fine dining boleh ke sini

    ReplyDelete
  3. TErliur tengok all the foods :D
    kalau ke johor nanti boleh la ke Feast Eco Galleria :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!