Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pameran percuma dengan tema "Resonating Microosms" akan berlangsung di kawasan Rooftop Garden, LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) bermula pada 4 Ogos 2022 ini sehingga 30 November 2022. Pada 1 Ogos yang lalu, teamLab telah mengadakan sesi preview untuk media di mana para pengamal media dapat melihat suasana dan bagaimana pameran ini berlangsung.
TEAMLAB : RESONATING MICROOSMS
teamLab yang telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, akan mempamerkan hasil karya seni cahaya di LaLaport BBCC. Menerusi judul "teamLab: Resonating Microosms", pengunjung bakal teruja dalam bentuk transformasi dengan kehadiran orang ramai dan persekitaran alam yang semula jadi.
#1 Resonating Microosms - Liquified Light Color, Sunrise and Sunset
Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka. Apabila sianran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna serupa.
Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan. teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair (Liquified Light Colors) yang baru.
Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkat laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hsail kerja seni berkenaan.
#2 Resonating Trees
Pohon-pohon bersinar dengan terang. Cahaya daripda setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan. Cahaya yang dihantar dari "Resonating Microosms - Liquified Light Color, Sunrise and Sunset" menyebabkan cahaya apda pohon terebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna.
Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu persatu, selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan. Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama.
teamLab : Resonating Microosms
Tempoh Operasi : 4 Ogos 2022 sehingga 30 November 2022
Lokasi : LaLapport BBCC Rooftop Garden (Aras 4)
Tiket Masuk : Percuma
TENTANG TEAMLAB
teamLab (ditubuhkan pada tahun 2001) merupakan kumpulan kolektif seni antarabangsa terdiri daripada kelompok pakar pelbagai seperti artis, pengaturcara, jurutera, juranimasi CG, ahli matematik dan artikek yang bekerjasama untuk mengemudi pertemuan seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.
teamLab telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, antaranya di New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne serta pameran kekal berskala besar di Shanghari, macau, Tokyo dan Singapura. Sehingga kini, teamLab menerima kehadiran lebih daripada 28 juta pengunjung ke pameran sneinya di seluruh dunia.
Muzium Borderles teamLab di Tokyo menyaksikan 2.3 juta pengunjung daripada lebih 160 negara dan wilayah dalamt empoh setahun sejak pembukaannya dan diiktiraf sebagai muzium kumpulan seni tunggal yang paling banyak dilawati di dunia. Ia juga dinamakan sebagai salah sebuah Tempat Paling Hebat di Dunia pada tahun 2019 oleh majalah Time.
JOM SAKSIKAN PAMERAN TEAMLAB : RESONATING MICROOSMS DI LALAPORT BBCC | Orang ramai dijemput untuk datang dan melihat sendiri bagaimana pameran ini berfungsi. Dengan kilauan lampu yang cantik, bunyi-bunyian yang menenangkan, inilah salah satu lokasi yang anda boleh datang dan nikmati keindahannya bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre
Laman Web Rasmi Pameran
hari ni start kan. saya dah teruja nak pergi. tunggu geng free je ni
ReplyDelete