Jom Nikmati Makanan Pada Harga Bajet di MJ Kok Selera Kajang

Aerill Hassan
7
Assalamualaikum dan salam sejahtera

MJ KOK SELERA

Apa khabar rakan-rakan dan pencinta makanan seluruh Malaysia? Aku disini alhamdulillah dan baik-baik sahaja. Baiklah seperti biasa kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku makan disebuah restoran dengan vibes menarik iaitu restoran yang dikenali dengan nama MJ Kok Selera Kajang.

Macam mana aku boleh tiba-tiba nak cuba makanan di situ? Okay sebenarnya rakan aku yang ajak untuk aku makan di situ. Menurut rakan aku makanan disini memang sedap dan harganya memang berpatutan. Betul ke? Jom aku ceritakan lebih lanjut.

Oh ya, untuk anda yang ingin ke restoran ini, lokasi restoran ini adalah betul-betul di tepi lampu isyarat simpang empat selepas anda ambil susur kiri selepas Tol Sungai Balak.

TENTANG RESTORAN MJ KOK SELERA

MJ KOK SELERA


Sebelum bercerita tentang makanan aku nak cerita dahulu serba sedikit tentang restoran ini. Restoran MJ Kok Selera merupakan perniagaan warisan keluarga dan sekarang diusahakan oleh Cik Nadia. Menurut beliau, restoran ini sebelum pandemik beroperasi untuk makan tengahhari tetapi disebabkan kos yang semakin tinggi dan pandemik yang berlaku, kini MJ Kok Selera dibuka untuk makan malam sahaja.

Ditanya mengenai maksud nama restoran ini, Cik Nadia memberitahu bahawa MJ merupakan singkatan bagi nama bapa beliau manakala perkataan 'KOK' pula adalah singkatan bagi kata 'Kami Orang Kampung'. 

SUASANA di restoran ini sebenarnya sangat santai. Ada banyak tempat duduk manakala tempat meletak kereta pula memang banyak. Lebih menarik kalau datang di hujung minggu dimana ada persembahan oleh kugiran yang memainkan pelbagai lagu yang menarik.

MENU & ULASAN 

MJ KOK SELERA

Tibalah masa yang dinantikan iaitu cerita tentang makanan. Alhamdulillah, memang banyak sebenarnya makanan yang kami cuba. Kalau lihat daripada gambar sahaja sebenarnya memang tak dapat gambarkan betapa menariknya dan rupanya yang betul-betul membuatkan deria rasa semakin aktif!

MJ KOK SELERA
TOM YAM SEAFOOD : RM15.00 [ Pilihan Bihun, Maggie , Kuetiau, Nasi Putih ]

Antara menu yang popular di sini adalah Tom Yam Viral yang boleh dimakan bersama pilihan seperti bihun, maggie, kuetiau atau nasi putih.  Dengan harga RM15, bagi aku saiznya memang besar dan bercakap pasal rasa pula memang sedap ya! Memang kandungannya penuh dan memang puaslah!


MJ KOK SELERA
NASI GORENG KAMPUNG : RM6.00

Nasi goreng kampung pun ada disini. Selain itu, anda boleh cuba menu seperti nasi goreng cina, nasi goreng pattaya, nasi goreng USA dan sebagainya. Harganya pula adalah pada sekitar RM6 sehingga RM8 sahaja. Saiznya memang besar dan banyaknya. 

MJ KOK SELERA
CHICKEN CHOP : RM7.90

Siapa sangka masih ada menu Chicken Chop pada harga bawak RM10? Ya, di restoran MJ Kok Selera ini harga bagi Chicken Chopnya adalah hanya RM7.90 sahaja. Anda boleh lihat saiznya sederhana tetapi aku yakin memang puas dan kenyang!

MJ KOK SELERA
CHARKUETIAU SPECIAL : RM12.00

Antara yang aku sangat suka dan syorkan untuk anda cuba di sini adalah menu Charkuetiau Special iaitu pada harga RM12.00 sahaja. Apa yang anda akan dapat adalah  charkuetiau yang dihidangkan bersama telur mata dan 5 ekor udang yang besar! Memamng puas hati dan aku suka kuahnya yang memang sesuai dengan selera aku.

MJ KOK SELERA
KERABU MEGGI : RM6.00

Menu kerabu meggi juga antara menu yang anda boleh cuba di sini. Jujur aku nak bagitahu bahawa sebelum ini aku tak pernah cuba kerabu meggi lagi di mana-mana restoran. Bila aku cuba kerabu meggi yang ini, rasanya memang sedap. Walaupun bahan dalamnya  agak berbeza (bagi aku) tetapi semuanya bersatu dan menghasilkan rasa yang enak! Kerabu meggi ini hanya berharga RM6.00 sahaja.

MJ KOK SELERA
SET TALAM DULANG : RM19.90

Okay, menu berikutnya bagi aku menu yang sangat berpatutan pada harganya iaitu menu Set Talam Dulang. Untuk anda yang datang dan teringin nak cuba makanan Western misalnya bolehlah memesan menu ini dimana anda akan dapat beberapa pilihan makanan Western yang sedap belaka. Harganya cuma RM19.90 sahaja dimana bagi aku adalah sangat berpatutan ya!

MJ KOK SELERA
TAKOYAKI : RM5 / SET

Tak ketinggalan juga aku turut mencuba set takoyakinya dimana dijual pada harga RM5.00 untuk setiap set. Rasa bagi takoyaki ini sebenarnya setanding dengan yang anda boleh jumpa di mana-mana pusat beli belah ya! Memang sedap dan cheesenya memang menyengat!

MJ KOK SELERA
ROTI TITAB : RM5.00 [ Kaya, Peanut, Strawberry]

Menu terakhir yang dicuba adalah roti titab. Kebiasaanya ramai yang akan makan roti titab pada waktu sarapan kan? Tapi anda boleh juga makan roti titab yang mempunyai pilihan tiga perisa iaitu kaya, peanut atau kacang dan strawberry.

MJ KOK SELERA
AIR THAI IKAT TEPI : RM 4 & ICE BLENDED MANGO : RM 5.00

Oh ya, tentang minuman pula memang ada banyak yang menarik ya! Untuk anda yang suka minuman manis bolehlah cuba pilihan air Viral Thai ikat tepi yang memang sedap. 

MJ KOK SELERA
BINGSU FRUITY : RM7.00

Antara yang menarik bagi aku adalah menu Bingsu Fruity dimana terdapat pelbagai jenis buah-buahan didalamnya! Harga pun memang sangat berpatutan iaitu pada RM7.00 sahaja!

KESIMPULANNYA

MJ KOK SELERA

Tiba-tiba ada kesimpulan pulak? Haha. Baiklah, akhir kata pengalaman aku makan di restoran MJ Kok Selera ini memang menarik. Semuanya aku sangat berpuas hati, daripada suasana dalam restoran, makanan dan juga pada harga.

Lokasinya juga tidaklah jauh daripada rumah sewa aku bermakna aku mungkin akan jadikan restoran tempat lepak aku nanti. Apa-apapun aku syorkan untuk anda semua datang dan cuba semua makanan yang terdapat di sini!

LOKASI MJ KOK SELERA KAJANG



ALAMAT : MJ Kok Selera Kajang, Simpang Balak, 43000 Cheras, Selangor
WAKTU OPERASI : Setiap Hari (Kecuali Isnin Minggu 1 & 3) 5.00 Petang - 12.00 Malam 


#makanansedap #hargabajet #reviewmakan 

Post a Comment

7Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wahhh sedap betul semua menu yang Aerill cuba. Menyelerakan! Nanti ke Kajang boleh cuba. Sebab selalu ke Kajang mesti cari sate je kan. Nak try Roti Titab tu. Apalah rasa ada jem sekali tu. Menarik betul.

    ReplyDelete
  2. tak jauh sangat dengan rumah ni boleh gak try, macam2 pilihan ada tu senang pi makan kat 1 tempat je.

    ReplyDelete
  3. Saved this to visit it when I'm in Kajang then. The foods look so so tasty good with a mixture of fusion, western, Japanese etc. Hungry while reading. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. wow kenapakah semua menu itu terlalu memikat rasa ? haha ! next time kalau I pergi sana confirm nak try semua foods tu

    ReplyDelete
  5. Kalau g Kajang boleh la singgah here! Must be really nice kan the food here, harga pun sgt berpatutan bah!

    ReplyDelete
  6. banyak betul pilihan makanan kt sini ya. harga pun sangat berpatutan tu. nanti kalau ke kajang boleh la singgah

    ReplyDelete
  7. Banyak ya menu2 dia, plg kak suka kerabu maggi, mmg sedap tu, next time klu gi Kajang blhlah singgah mkn kat sini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!