Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi dalam artikel berkenaan bangunan tertinggi di dunia. Kali terakhir aku menulis dan berkongsi tentang topik ini adalah pada tahun 2017 iaitu hampir 5 tahun yang lalu. Setelah 5 tahun berlalu, adakah senarai bangunannya masih serupa? Atau ada penambahan yang baru? Bagaimana pula dengan kedudukan bagi bangunan di negara Malaysia?
Baca Juga : 10 Bangunan Tertinggi di Dunia (2017)
SENARAI 10 BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA (2022)
Imej via The Tower Info |
Untuk pengetahuan anda organisasi CTBUH atau Council on Tall Buildings and Urban Habitat telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan mengumumkan "Bangunan Tertinggi di Dunia" dan meletakkan aras bagi bangunan yang diukur.
Pada tahun 1996, sebagai respons sama ada Bangunan Berkembar Petronas atau Menara Sears lebih tinggi, CTBUH menyenaraikan bangunan mengikut beberapa kategori. Antaranya adalah ketinggian ke bahagian atas struktur atau seni bina; ketinggian ke tingkat lantai tertinggi yang diduduki dan ketinggian ke atas mana-mana bahagian bangunan.
Baiklah jom kita lihat 10 bangunan pencakar langit tertinggi di dunia bagi tahun 2022. Untuk senarai penuh anda boleh lihat di sini | https://www.ctbuh.org/
#10 China Zun
Imej via CTBUH |
Bandar : Beijing
Negara : China
Tinggi : 527.7 meter
Tingkat : 109
Tahun Siap : 2018
#8 Guangzhou CTF Finanfe Centre
Imej via CTBUH |
Bandar : Guanzhou
Negara : China
Tinggi : 530 meter
Tingkat : 111
Tahun Siap : 2016
#8 Tianjin CTF Finance Centre
Imej via CTBUH |
Bandar : Tianjin
Negara : China
Tinggi : 530 meter
Tingkat : 97
Tahun Siap : 2019
#7 One World Trade Center
Imej via Fandom |
Bandar : New York
Negara : Amerika Syarikat
Tinggi : 541.3 meter
Tingkat : 94
Tahun Siap : 2014
#6 Lotte World Tower
Imej via The Korea Herald |
Bandar : Seoul
Negara : Korea Selatan
Tinggi : 554.5 meter
Tingkat : 123
Tahun Siap : 2017
#5 Ping An International Finance Centre
Imej via CTBUH |
Bandar : Shenzhen
Negara : China
Tinggi : 599.1 meter
Tingkat : 115
Tahun Siap : 2017
#4 Abraij Al-Bait Clock Tower
Imej via CTBUH |
Bandar : Mekah
Negara : Arab Saudi
Tinggi : 601 meter
Tingkat : 120
Tahun Siap : 2012
#3 Shanghai Tower
Imej via Shanghai Daily |
Bandar : Shanghai
Negara : China
Tinggi : 632 meter
Tingkat : 128
Tahun Siap : 2015
#2 Merdeka 118
Imej via Wikipedia |
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 678.9 meter
Tingkat : 118
Tahun Siap : 2022
#1 Burj Khalifa
Imej via ArchDaily |
Bandar : Dubai
Negara : United Arab Emirates
Tinggi : 828 meter
Tingkat : 163
Tahun Siap : 2010
Begitulah kira turun dari tempat 10 ke tempat pertama untuk bangunan tertinggi di dunia. Anda tertanya-tanya di mana Menara Berkembar Petronas atau lebih popular dikenali sebagai KLCC? Bagaimana pula dengan The Exchange 106 yang baru sahaja siap pada tahun 2019 yang lalu? Berikut adalah kedudukan bagi kedua-dua bangunan ini.
#20 Menara Berkembar Petronas
Imej via Petronas |
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 451.9 meter
Tingkat : 88
Tahun Siap : 1998
#24 The Exchange 106
Imej via CTBUH |
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 445.5 meter
Tingkat : 95
Tahun Siap : 2019
Begitulah senarai 10 bangunan tertinggi di dunia untuk tahun 2022 ini. Sebenarnya masih banyak lagi bangunan tinggi yang sedang dibina. Ada yang sedang dalam pembinaan, ada yang tergendala dan ada juga yang masih dalam proses cadangan sahaja. Semoga artikel ini bermanfaat.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.