Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa.
Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan negeri ini, L'Univers dan Pouch Nation berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh bagi memudahkan para pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung. Ini termasuklah konsert, perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pretunjukan kereta dan acara triathlon.
YB Dato’ Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak) |
YB Dato' Nolee Ashilin bt. Dato' Mohammed Radzi berkata,
"Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia."
Beliau menambah,
"Platform seperti 'Perak Box Office' bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM70 juta dalam tempoh lima tahun.".
Bersempena dengan pengumuman ini, L'Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran "The UK Bubble Show", sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang bakal mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia.
Para pelancong juga akan disaji dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform 'Perak Box Office' kelak. Ini termasuk :
- Simposium Muzik Antarabangsa
- Festival Jazz Pulau Pangkor
- Hari Keluarga Krismas, Gopeng
- Pesta Laut, Luut
- Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
- Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia
Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, En. Gonçalo Vaz de Carvalho berkata,"Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannnya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia, termasuklah juadah-juadah tempatan. Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui solusi digital kami dan membantu apra pemain industri pelancogan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang."
Ketua Pegawai Eksekutif L'Univers, En. Shannon Lee berkata, "Untuk negeri yang memiliki bakat-bakat yang mengagumkan dan kepelbagaian budaya, 'Perak Box Office' bertindak sebagai pentas untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan tarikan-tarikan kepada dunia. Di dalam membangunkan platform ini, kami mampu membawa lebih ramai pengunjung ke negeri Perak dan bakal mencipta peluang pekerjaan di samping mempromosikan pelancongan. Saya percaya, 'Perak Box Office' bakal melonjakkan Perak ke peringkat yang lebih tinggi, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa penuh dengan elemen-elemen seni kreatif dan kebudayaan yang mempersonakan.".,
LAWATAN KE PSTPA | PORT | BUKIT MERAH WOOD PRODUCTS SDN BHD
Sebelum majlis pelancaran berlangsung, para media dari Kuala Lumpur dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti PSTPA, P.O.R.T dan Red Mountain Sin Yoon Loong White Coffee.
Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa juga dikenali sebagai PSTPA, adalah sebuah persatuan yang berdedikasi untuk membangunkan bakat Malaysia melalui seni, budaya dan pendidikan.
LOKASI: PSTPA - 6, Lorong Haji Marzuki, 30350 Ipoh, Perak
PORT (People Of Remarkable Talents) merupakan jenama bagi Kampung Karyawan Amanjaya, sebuah agensi kebudayaan yang didanai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak, Malaysia.
Diasaskan pada tahun 2011, objektif utama PORT adalah untuk mengetengahkan bidang seni ke mata masyarakat melalui program-program berkaitan seni yang melibatkan personaliti-personaliti seni dan budaya dari dalam dan luar negara.
Objektif utama PORT adalah untuk menyediakan peluang khususnya bagi para belia di Perak untuk mengembangkan bakat mereka di dalam seni visual, seni persembahan, sastera, filem dan lain-lain bidang kreatif, selain menambah ilmu pengetahuan melalui anjuran program-program bicara seni dan forum. Motto “Unity Thru Arts” menekankan kepentingan seni dan budaya sebagai satu platform penting untuk merayakan serta menjambatani bermacam jenis praktis dan pemikiran yang merentas bangsa dan latarbelakang.
Pameran Seni 'The Dugout Canoe of Shells The Gourd Earthenware' oleh Nobuyuki Sugihara & Ayaka Nakamura |
LOKASI: P.O.R.T (People Of Remarkable Talents), 31350 Ipoh, Perak
Sebuah lokasi menarik dimana sebuah kafe, kilang kayu, pameran seni, bengkel kayu dan lokasi acara persembahan berada di satu tempat.
LOKASI: Red Mountain Sin Yoon Loong White Coffee, Lot.59241, Bukit Merah Industrial Estate, Batu 4 1/2, 31450 Ipoh, Perak
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.