Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada 30 Usahawan OKU Terpilih melalui Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan kerana melalui kesungguhan dan kecekalan, setiap kejayaan pastinya dapat dicapai. Pada tanggal 11 Oktober 2022, seramai 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 



Kriteria pemilihan peserta adalah:

  • Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
  • Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
  • Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 
  • Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.


Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:
  • Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
  • Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
  • Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
  • Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 


Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 


Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 

GERAN PERNIAGAAN KEPADA 30 USAHAWAN


Pada hari tersebut, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh: 
  • Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO 
  • Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
  • Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia 
  • Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community. 


SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)  

Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.

Setakat tahun 2021, SAY telah memberi kesan positif kepada seramai 296,000 belia, bukan sahaja tertumpu di dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. SAY juga menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir. 

INISIATIF ENTREPRENEURSHIP SELANGOR

Entrepreneurship Selangor bergerak di bawah organisasi Selangor Youth Community (SAY) yang juga dikenali sebagai Keusahawanan Selangor dan ditubuhkan berpandukan visi DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor untuk mewujudkan inisiatif yang memfokuskan bidang keusahawanan untuk belia di negeri Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem keusahawanan belia yang ada dan menyatukan semua agensi kerajaan, sektor swasta, entiti bukan kerajaan dan juga individu di bawah satu misi bersama - untuk memperkasakan belia melalui inisiatif keusahawanan dan mendorong belia untuk ke peringkat antarabangsa. Terdapat 2 inisiatif utama di bawah Entrepreneurship Selangor:

#1 SAY LEAD (Leadership, Entrepreneurship, Acceleration and Development)

SAY LEAD adalah sebuah liga usahawan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia untuk membantu usahawan OKU memperolehi pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus bimbingan perniagaan yang berstruktur. Tiga pemenang utama akan layak ke peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

#2 SAY ASPIRE

SAY ASPIRE adalah program yang mensasarkan syarikat Industri Kecil Dan Sederhana yang diterajui oleh belia di negeri Selangor dan berpotensi untuk dieksport ke pasaran antarabangsa. Program bimbingan perniagaan yang berlangsung selama 6 bulan ini memberi peluang kepada usahawan belia mendapat akses ke pasaran baru dan peluang perniagaan yang berinovasi.  


Melalui penganjuran program seperti ini, semoga Selangor Youth Community (SAY) dapat membantu lebih ramai golongan OKU di luar sana di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka serta dapat menyokong usaha dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!