Assalamualaikum dan salam sejahtera
Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung tak lama lagi pastinya membuatkan peminat bola sepak seluruh dunia teruja dan tak sabar untuk melihat pasukan mana yang menjadi juara. Al-Ikhsan Sports sebagai peneraju barangan sukan tanah air turut tidak terkecuali dalam memeriahkan acara terbesar bola sepak ini dengan melancarkan kempen khas bersempena Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Doha, Qatar.
"WORLD FOOTBALL FESTIVAL 2022"
Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic telah melancarkan kempen “World Football Festival 2022” di IOI Mall, Putrajaya, untuk meraikan musim bola sepak yang ditunggu-tunggu yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Doha, Qatar. Menyedari pesta bertaraf dunia ini hanya diraikan empat tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh setiap pencinta bola sepak di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Encik Vach Pillutla berkata,
"Sebagai peneraju barangan sukan nombor 1 di Malaysia sejak 1993 yang mempunyai koleksi Piala Dunia terbesar melalui 167 kedai kami di seluruh Malaysia, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan kempen “World Football Festival 2022” yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak negara ini. Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami”.
Antara yang menarik untuk festival kali ini, Al-Ikhsan Sports turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang merupakan rakan radio strategik bagi kempen ini. Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian tersebut dan barisan permainan santai telah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.
Penyokong bola sepak boleh memenangi jersi eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM. Nantikan pengumuman mereka!
MEDIA FUTSAL MATCH MERAIKAN MEDIA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN PADU
Al-Ikhsan Sports turut melancarkan akaun rasmi TikTok Al-Ikhsan Sports pada hari tersebut. Platform TikTok ini akan menyerikan lagi kehadiran digital dan media sosial Al-Ikhsan Sports.
"Para pelanggan dijemput untuk menyertai dan memeriahkan kempen “World Football Festival 2022” ini, dan sebarkan #footballmadness di seluruh platform digital. Dengan itu, kami ingin mengajak semua peminat setia kami untuk hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk sebuah pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama Al-Ikhsan Sports dan Football Republic. Kami juga ingin menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai destinasi nombor satu untuk musim bola sepak melalui kempen ini dengan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022” kami",
tambah En Vach Pillutla.
Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.
MENGENAI AL-IKHSAN : Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 167 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia. Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan. Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.