Makan bersama Keluarga di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis

Aerill Hassan
16
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Tiga Budak Gemok

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Kali ini aku nak kongsikan tentang tempat makan yang pastinya ramai yang dah kenal, dan kali ini mereka membuka cawangannya di utara tanah air pula! Nama bagi tempat makan ini adalah Restoran Tiga Budak Gemok!

MAKAN BERSAMA FAMILY DI TIGA BUDAK GEMOK CAWANGAN PERLIS

Makan di Tiga Budak Gemok

Baru-baru ini aku bersama keluarga menziarahi keluarga sebelah ayah aku di Jitra dan seterusnya merancang untuk membeli belah sedikit barang di Padang Besar, Perlis. Dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Kulim, kami sempat singgah dan cuba makan di Restoran Tiga Budak Gemok yang terletak di negeri Perlis. 

Nasi Ayam Kicap Sambal Gesek
Ori Yang Pertama di Malaysia!
Lebih 15 Cawangan Di Lembah Klang, Melaka, Johor, dan Penang!

Makan di Tiga Budak Gemok

Rasanya bagi mereka yang sering berkunjung ke Lembah Klang pastinya kenal dengan nama Tiga Budak Gemok kan? Antara salah satu jenama  yang dikenali ramai sebenarnya. Walaupun begitu, aku sendiri sehingga pada hari aku ke restoran tersebut di Perlis, belum sempat lagi untuk mencuba makanan yang ada di restoran Tiga Budak Gemok ini.

Untuk makluman anda, cawangan baru di Perlis ini baru sahaja dibuka pada awal November yang lalu. Manakala antara lokasi-lokasi lain bagi cawangan Tiga Budak Gemok adalah di Kuala Lumpur & Selangor sudah tentunya, Johor, Penang dan juga Melaka. Bila agaknya akan buka di Kedah ya?

TENTANG TIGA BUDAK GEMOK

Makan di Tiga Budak Gemok


Berikut adalah sedikit info mengenai Tiga budak Gemok. Kenapa "Tiga Budak Gemok"? Nama ini merupakan gelaran yang diberikan kepada kami tiga beradik yang berbadan comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek yang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek.

"Masa kami kecik-kecik dulu, kami memang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek masakan mama. Sampai satu hari tu, kami terfikir “Kalau dapat jual ayam kicap ni, mesti best!” kakak pun ajak kami tiga beradik jual lauk favourite kami ni untuk kongsi kehebatannya dengan semua.

Segalanya bermula pada Disember 2017, masa first time kami meniaga Nasi Ayam Kicap guna payung bawah pokok dekat Wangsa Maju."

Makan di Tiga Budak Gemok

Aku makan di Restoran Tiga Budak Gemok bersama keluarga aku tetapi tidak cukup sebenarnya. Kakak aku, suami dan anak-anaknya tak dapat ikut manakala adik bongsu aku pulak bersekolah. Tak dapatlah mereka nak cuba makan makanan yang viral ni kan? 😅

SENARAI MENU YANG DICUBA DI TIGA BUDAK GEMOK

Makan di Tiga Budak Gemok

Sebelum cerita tentang menu, restoran ini menawarkan servis layan diri dimana selepas anda membuat pilihan makanan dan membayarnya, anda perlu menunggu nama anda dipanggil setelah makanan siap disediakan untuk mengambilnya. Anda hanya perlu tunggu di tempat duduk sementara makanan disiapkan.

Baiklah, menu yang aku dan keluarga cuba adalah set Nasi Tiga Budak Gemok Ayam, set Nasi Tiga Budak Gemok Daging, Lala Masak Lemak Cili Padi, Sup Kaki Ayam Kusssssemangat dan juga Bihun Sup Nat.

Makan di Tiga Budak Gemok
SET NASI AYAM + TELUR + TEMPE 

Untuk nasi ayam / daging ni, anda boleh pilih sama ada nak makan ala carte atau set. Kalau untuk set boleh pilih sama ada nak tambah telur + tempe atau  Lala Masak Lemak Cili Padi berserta air Sirap.

Sambal Powernya yang cukup terkenal memang sangat padu! Rasa pedas yang menyengat dan memang sepadan dimakan dengan ayam kicap dan juga dagingnya! Untuk tempe pula aku suka tempe yang digoreng sebegini, rasanya memang agak rangup dan satu menu tambahan yang sesuai!

Makan di Tiga Budak Gemok
SAMBAL POWER!


Makan di Tiga Budak Gemok
SET NASI DAGING + TELUR + TEMPE

Makan di Tiga Budak Gemok
SUP KAKI AYAM KUSSSSSSEMANGAT 

Peminat kaki ayam pula mesti cuba sup kakinya sebab memang lembut dan tambahan pulak khasiatnya yang memang diketahui ramai!

Makan di Tiga Budak Gemok
LALA MASAK LEMAK CILI PADI

Antara yang menjadi kegemaran aku termasuklah mak aku, Lala Masak Lemak Cili Padinya yang cukup lazat. Kuahnya yang pekat dengan jumlah lala yang banyak memang sangat menyelerakan! Makan dengan nasi pula memang ngam!

Makan di Tiga Budak Gemok
BIHUN SUP NAT

Oh ya, di Restoran Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis juga anda boleh cuba Bihun Sup Nat yang popular! Anda boleh cuba dengan pelbagai pilihan yang ada seperti daging, lidah, usus dan sebagainya yang memang sedap! 


Makan di Tiga Budak Gemok

Suasana di Restoran Tiga Budak Gemok cawangan Perlis ini pula memang aman dan tenang. Walaupun aku dan keluarga datang di waktu tengah hari, memang ramai orang yang datang dan hampir penuh tempat duduknya, tetapi makanan dapat dihidangkan tanpa masa menunggu yang lama. Warna dan dekorasi dalam restoran yang ceria juga adalah sesuatu yang menarik.

Makan di Tiga Budak Gemok


Untuk anda yang berada di utara iaitu sekitar Perlis, Alor Setar dan sebagainya dan belum pernah cuba menu Tiga Budak Gemok bolehlah ke cawangan Perlis ini. Anda boleh cuba semua menu yang terdapat di sini pada harga yang berpatutan.

TIGA BUDAK GEMOK PERLIS



Alamat : 5-G, Jalan 1, Taman Pertiwi Indah, Seriab, Kangar, 01000 Perlis
Waktu Operasi : Isnin – Ahad (11 AM – 10.00 PM)
Hubungi : 019 240 0420



SEKIAN

Post a Comment

16Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kemain nama tiga budak gemuk..rare betul tu,. nampak sedap makanan die

    ReplyDelete
  2. Kalau MY dtg dengan family, tak jadi tiga dah budak gemuknya... mau jadi 8 budak gemuk

    ReplyDelete
  3. pernah makan 3 budak gemok ni, sedap and pedas. baru tau depa ada jual lala jugak,

    ReplyDelete
  4. Good to know TBG ada di Perlis now ya, bukan biashe2 doe cawangan ni.. cantik! And menu/makanan memang sedap2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! masa pi sana hri tu pun mcm nmpk cawangan ni menyerlah berbanding kedai2 lain

      Delete
  5. Sedap giller kan! i pernah makan kat kedai dia orang di KL, memang sedap dan sup kaki ayam pun best

    ReplyDelete
  6. wow the franchise in penang looks so huge and comfortable. not gonna lie the chicken feet soup looks amazing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkt penang sy tak pernah pgi lagi. lepas ni bolehlah pegi :)

      Delete
  7. Wow ...all the dishes so so tasty to enjoy, saved this place so can visit it when I'm at Perlis. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Wahh besra gak ya branch Perlis ni. Selalu tapau kat Grab je so penah try top menu ayam tiga budak gemok tu je. X penah try lain2 lagi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!