Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan lokasi penginapan aku ketika aku ke Pengerang, Johor beberapa hari yang lalu. Kepada yang tak tahu, baru-baru ini aku bersama rakan-rakan blogger KL menuju ke Pengerang, Johor atau lebih tepat lagi ke Hotel Singgah Pengerang untuk meraikan kemeriahan Piala Dunia 2022. Anda boleh baca lebih lanjut tentang program tersebut di: https://www.aerill.com/2022/12/singgah-pengerang-raikan-kemeriahan.html. Untuk kali ini, aku nak kongsikan pula tentang lokasinya iaitu hotel Singgah Pengerang.

MENGINAP DI HOTEL SINGGAH PENGERANG, JOHOR

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Singgah Pengerang merupakan sebuah hotel butik yang baru sahaja beroperasi di Pengerang, Johor. Lokasinya di Pengerang, Johor buat masa sekarnag mungkin agak membosankan kerana sekelilingnya masih belum dibangunkan. Tetapi jangan risau sebab dalam jangka masa 2-5 tahun lagi kawasan ini akan membangun dengan pesat sebagai kawasan pelancongan dan sebagainya.


Sebelum itu, aku juga nak ceritakan tentang pengangkutan yang membawa kami semua dari Kuala Lumpur sehinggalah ke Pengerang, Johor ini. Kami semua menaiki bas yang dibawa khas oleh KOPETRO Travel & Tours. Jika anda ingin membuat lawatan atau melancong ke mana-mana destinasi tidak kira dalam atau luar negara, anda bolehlah menggunakan khidmat KOPETRO Travel & Tours


Berbalik kepada cerita tentang hotel Singgah Pengerang pula, bila anda masuk sahaja ke dalam hotel anda akan melihat staff mereka yang akan memberikan layanan yang mesra dan sangat baik. Selain itu, lebih menggembirakan adalah kerana ruangan hotel yang sangat bersih dan selesa untuk menyambut kedatangan kami semua setelah perjalanan yang memenatkan selama 6 jam.


Jom lihat ke dalam bilik pula, keadaan dalam bilik memang selesa. Lengkap dengan kemudahan asas yang penting seperti TV LCD, sambungan internet berkelajuan tinggi, kelengkapan mandi dan juga peti sejuk mini. Seterusnya turut disediakan mini pantri yang mempunyai cerek elektrik, kopi, teh serta air mineral. Selain itu, untuk anda yang beragama Islam pula turut disediakan sejadah khas serta penanda arah qiblat di dalam bilik ini.
 



Antara yang menjadi signature bagi hotel adalah hiasan mural pada biliknya yang merupakan tempat sejarah dan juga tempat yang menjadi tarikan pelancong bagi negeri Johor. Antara mural yang terdapat dalam bilik-biliknya adalah Bangunan Keretapi Johor Bahru 1909, Istana Besar Johor 1866 dan juga Istana Bukit Serene 1933. Di laluan hotel ini pula, terdapat mural Sungai Segget 1920 dan juga JB Bus Station 1960


Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor
Sarapan di Singgah Pengerang


BILIK LAIN YANG ADA DI SINGGAH PENGERANG

Singgah Pengerang ini mempunyai tiga tingkat manakala untuk jenis biliknya pula terdapat tiga jenis iaitu Standard Room, Superior Room, Deluxe Room with Balcony dan juga Deluxe Room without Balcony.  Lebih menarik,  di Singgah Pengerang ini juga turut disediakan bilik khas untuk pengunjung orang kelainan upaya atau OKU. Bilik tersebut lengkap dengan kemudahan dan keselesaan buat mereka. 

Jom lihat antara bilik-bilik yang terdapat di Singgah Pengerang, Johor ini. 

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor



Pengalaman Menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Sebagai sebuah hotel butik yang lengkap dengan kemudahan serta mempunyai tarikannya yang tersendiri, hotel Singgah Pengerang ini merupakan hotel yang sangat sesuai untuk anda singgah bermalam bersama keluarga untuk percutian, urusan perniagaan dan sebagainya.

Dengan harga penginapan yang berpatutan iaitu sekitar RM150.00 untuk satu malam, sememangnya hotel ini menawarkan penginapan yang sangat berbaloi dan selesa. ✌

SINGGAH PENGERANG



Laman web : www.singgah.com.my 
Email : rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my 
Tel : 607-824 6011

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!