Tahniah Pemenang Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS & Hidangan Fortune Chicken Chop Terbaru!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah, baru-baru ini aku menyertai satu acara yang penuh gilang gemilang dan meriah yang bertempat di cawangan Kenny Rogers ROASTERS (KRR), One Utama, Petaling Jaya, Selangor. Acara tersebut adalah Pengumuman Pemenang Peraduan Eat, Scratch & Win serta Pengenalan Menu Terbaru di KRR.

ACARA AKHIR PERADUAN EAT, SCRATCH & WIN

Tahniah diucapkan kepada empat peserta akhir yang berjaya menjadi peserta bertuah dalam Peraduan Eat, Scratch & Win yang dianjurkan oleh Kenny Rogers ROASTERS (KRR). Acara akhir membabitkan keempat peserta ini telah dianjurkan di cawangan KRR One Utama, Petaling Jaya. 

Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS

Acara ini telah dihadiri oleh Andy How, Pengurus Besar Berjaya Roasters dan juga Maya Kaur, Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Korporat Berjaya Hotels dan Resort. Pada acara akhir ini, keempat-empat finalis berpeluang untuk mencabut nombor bertuah sebanyak lima kali dan peserta dengan jumlah nombor tertinggi diumumkan sebagai pemenang. Lebih menariknya, jumlah terkumpul bagi kesemua hadiah cukup menarik dengan mencecah lebih RM1,500,000!

Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS

Berikut adalah senarai pemenang dan hadiah yang dimenangi ;

  • Hadiah Utama: Lee Hiang Yeaw; Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam bersama Tiket Kapal Terbvang untuk dua orang ke The Taaras Beach & Spa Resort.
  • Tempat Kedua : Encik Muhammad Hafizi bin Hairul Nizam; Pakej Percutan 3 Hari 2 Malam untuk dua orang ke Berjaya Langkawi Resort.
  • Tempat Ketiga : Jolene Lim Chu Yong; Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam untuk dua orang ke Berjaya Tioman Resort.
  • Tempat Keempat : Encik Khairuyusnizam bin Abdul Rahim; Kad KRR dengan nilai RM1,000

Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS
"Kami menerima sambutan yang sangat baik daripada Kempen Eat, Scratch & Win yang memberikan hadiah bernilai lebih RM1,500,000. Kami juga seronok melihat mempunyai ramai pelanggan setia dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan anda. Peraduan ini adalah cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan yang lazat dan seimbang."
jelas Kennie Thong, Pengurus Pemasaran Kanan Berjaya Roasters(M) Sdn. Bhd.

Eat, Scratch & Win Kenny Rogers ROASTERS

"Walaupun mudah, cabaran terakhir pastinya menarik dan pemenang benar-benar layak untuk menang. Sungguhpun begitu, ia benar-benar satu penghormatan untuk Berjaya Hotels & Resorts untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini. Kami berharap para pemenang akan melalui pengalaman yang menarik dan dapat melihat semua permata tersembunyi di pulau-pulau indah Malaysia"

kata Maya Kaur, Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Korporat Berjaya Hotels dan Resort.  


HIDANGAN FORTUNE CHICKEN CHOP TERBARU DI KENNY ROGERS ROASTERS (KRR)

Fortune Chicken Chop Kenny Rogers ROASTERS

Bersempena dengan musim perayaan yang bakal menjelang, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) menawarkan menu hidangan terkini Fortune Chicken Chop, ayam tanpa tulang yang dimasak sehingga keemasan sempurna dan disertakan bersama sos original atau black pepper. Menu ini tersedia di semua cawangan KRR bermula 5 Januari 2023!


Selain itu, KRR turut menawarkan Corn on the Cob, tongkol jagung manis yang dikukus segar dengan mentega, ditambah campuran herba yang menarik. Seterusnya turut disediakan adakan muffin berperisa jam nenas iaitu Ong Lai muffin. Muffin yang kaya dengan jam nenas ini dibakar setiap hari dan rasanya cukup menarik, rasa manis pada setiap gigitan. 


Fortune Chicken Chop Kenny Rogers ROASTERS

Lima pilihan eksklusif Fortune Chicken Chop di Kenny Rogers ROASTERS (KRR) adalah seperti berikut;

  • Fortune Chicken Chip Trio Meal
  • Fortune Chicken Chop Soup Meal
  • Fortune Chicken Chop Meal
  • Fortune Chicken Lite Meal
  • Fortune Chicken Rice Meal 
Akhir sekali, KRR turut memperkenalkan Sweet & Spicy Spring Rolls dan Honey-Glazed Spring Rolls yang menarik dan eksklusif bersempena dengan musim perayaan dan juga tahun baru ini. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh lawati KRR di www.krr.com.my dan juga laman Facebook mereka di www.facebook.com/krrmalaysia.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!