Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini ini aku berpeluang menyaksikan satu majlis pelancaran sebuah rancangan atau kandungan dalam aplikasi streaming Nurflix. Pasti ramai yang pernah dengar nama Nurflix bukan? Alhamdulillah, kali ini pasukan Nurflix melancarkan kandungan digital dan animasi yang cukup menarik untuk ditonton bagi seluruh isi rumah.
APLIKASI NURFLIX PUSAT KANDUNGAN ILMU ISLAM
Habib Ali Zeenal Abidin, Mushrif Nurflix & CEO Nurflix, Syah Mohamed |
Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited sehingga hari ini untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan sepertimana kebiasaan streaming platform lain, Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog penting untuk tontonan masyarakat muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi.
Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan lebih 3000 episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndications.
Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.
THE JOURNEY OF HUMANKIND
Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. The Journey of Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.
“Kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Insya Allah”.
Tambah CEO Nurflix, Syah Mohamed
Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.
SIRI ANIMASI NABI MUSA A.S KALIMULLAH EDISI BAHASA MELAYU
Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula 27 Januari 2023. Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa.
Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.
QUIZ DAN TADDABUR
Untuk memeriahkan kempen ini pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan quiz sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya menjawab quiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. Manakala pemenang quiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar taajaan KABGold Sdn Bhd dan Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaa Mahsyar Group.
Dengan penyertaan quiz ini penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran.
“Sekurang-kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton. Ini kerana dalam setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga. Langganan Nurflix ini mempunyai nilai penerapan ilmu , dakwah dan akhlak yang diperlukan oleh masyarakat."
Jelas Pengarah Kandungan Nurflix, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis.
JOM MUAT TURUN NURFLIX & TONTON KANDUNGANNYA
Menyingkap tirai tahun 2023, Nurflix juga akan memupuk sebuah komuniti yang dapat menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi ini. Nurflix membuka seluas-luasnya pintu untuk menjemput dan mengalu-alukan pakar-pakar dari bidang penerbitan, sejarah, IT, animasi serta para dermawan untuk sama-sama menyumbang kejayaan projek ini. Setiap individu yang melanggan Nurflix Tv juga membantu kejayaan projek The Journey of Humankind serta penghasilan lebih banyak kandungan sopanstream untuk generasi masa depan
SEKIAN
tertanya jugak status nurflix ni sebab diam je tak ada hebahan pasal content. tup tup harini ada update. Menarik juga rancangan dalam streaming apps ni.
ReplyDelete