Set Penjagaan Rambut VE'ERA untuk Rambut Cantik dan Sihat

Aerill Hassan
3
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Set Penjagaan Rambut VE'ERA

Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari pula lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.

Perkara pertama yang dilihat oleh orang terhadap diri kita sebelum memulakan bicara adalah pada rupa paras. Dengan mempunyai rambut yang sihat, kemas dan rapi, pastinya seseorang itu akan selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, setiap dari kita tidak terlepas daripada mempunyai masalah rambut. Pelbagai masalah boleh muncul seperti keguguran rambut,rambut berminyak, kelemumur, rambut berbau dan pelbagai lagi.  

Baiklah, kepada anda yang mempunyai masalah sebegini, apa kata anda cuba set produk penjagaan rambut VE'ERA!

SET PENJAGAAN RAMBUT VE'ERA UNTUK RAMBUT CANTIK DAN SIHAT


Set Penjagaan Rambut VE'ERA

VE'ERA merupakan satu jenama bagi produk penjagaan rambut yang diasaskan oleh Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bab penjagaan rambut termasuklah mempunyai salon sendiri di Kepala Batas, Pulau Pinang yang sudah beroperasi lebih 7 tahun, beliau kini mengorak langkah dengan memperkenalkan produk penjagaan rambut melalui jenama VE'ERA.

VE'ERA merupakan singkatan bagi: V-Victory (kejayaan), E-Eternal (selamanya)  dan ERA - (generasi). Dengan misi untuk memberi keyakinan dan membantu  masyarakat dalam aspek penjagaan rambut supaya lebih sihat, produk penjagaan rambut VE'ERA diformulasikan dengan bahan-bahan organik seperti teh hijau (green tea) dan chamomile.

Set Penjagaan Rambut VE'ERA
  • Value added to every customer at all time
  • Encouraging positive energy and excellent team spirit 
  • Enhancing growth and mastering 3 H (Heart, Head & Hand)
  • Respecting each other with a grateful heart 
  • Achieving results driven by Passion and Love

Dengan tagline, It All Starts with the Roots, terdapat tiga produk utama yang diperkenalkan iaitu shampoo, hair mask dan hair tonic. Golongan yang sesuai menggunakan produk ini adalah seperti mereka yang memilik rambut jenis normal, berkelemumur dan juga rambut yang berminyak.  Formulasi di dalamVE'ERA dipercayai dapat membantu merawat dari kulit kepala sehingga ke hujung rambut. 

FUNGSI EKSTRAK ORGANIK TEH HIJAU DAN CHAMOMILE

Teh hijau organik mempunyai sifat antioksidanya yang tinggi dimana ia dapat menjadikan rambut beralun dan kelihatan bersinar. Secara saintifik juga teh hijau dapat membantu mencegah rambut gugur dan atasi masalah kelemumur. 

Chamomile pula mempunyai sifat untuk memberi kesejukan pada kulit kepala. Selain itu, chamomile juga dikenali sebagai salah satu bahan yang dapat menguatkan rambut dan mencegah rambut bercabang. Rambut juga akan tampak lebih bersinar terutamanya bagi mereka yang berambut perang.

VE'ERA ROOT REVIVAL HAIR TONIC

Set Penjagaan Rambut VE'ERA
  • Saiz : 100 ml
Tonik anti-rambut gugur yang ideal berkesan untuk mengekalkan kulit kepala yang sihat yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi bahan seperti Semanggi Merah (Ekstrak Bunga Trifolium Pratense (Semanggi)) yang bermanfaat untuk melegakan keradangan. Veera Hair Loss Tonic ini dirumus dengan Dextran dan Acetyl Tetrapeptide-3 untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut manakala Hydrolyzed Soy Protein dan Panthenol memastikan rambut anda subur dan sentiasa lembap. 

Cara Penggunaan 👇
Bersihkan rambut dengan Veera Shampoo diikuti dengan Veera Hair Mask. Keringkan rambut dan kulit kepala dengan tuala. Sapukan Veera Hair Loss Tonic pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit. 

VE'ERA ROOT REVIVAL HAIR SHAMPOO

Set Penjagaan Rambut VE'ERA
  • Saiz: 325 ml
Manjakan rambut anda dengan Veera Organic Green Tea Extract + Organic Chamomile Extract Shampoo. Dirumus untuk mengurangkan keguguran rambut dan pertumbuhan folikel rambut baru, ia menyuburkan rambut yang menipis dari akar hingga ke hujung rambut.  Gabungan sempurna Ekstrak Chamomile & Teh Hijau Organik yang memberikan haruman yang menyegarkan, melegakan dan melegakan kulit kepala yang gatal, mengelupas, menjadikan rambut lembut, berkilat dan kelihatan sihat.

Cara Penggunaan 👇
Sapukan pada rambut lembap dan urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil optimum, ikuti dengan Veera Organic Green Tea Extract & Organic Chamomile Hair Mask.


VE'ERA ROOT REVIVAL HAIR MASK

Set Penjagaan Rambut VE'ERA
  • Saiz: 325ml
Veera Root Revival Hair Mask dihasilkan untuk merapikan dan melicinkan rambut secara mendalam dari akar hingga ke hujung rambut. Gliserin yang berfungsi sebagai agen melembapkan  dan menyuburkan kulit kepala anda, memastikan ia lembut dan sentiasa terhidrat. 

Veera Organic Green Tea Extract & Organic Chamomile Hair Mask ini turut mengandungi Minyak Marula yang membantu menyembuhkan masalah kulit kepala seperti kekeringan, keradangan dan kegatalan.

Cara Penggunaan 👇
Sapukan pada rambut lembap dan urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil optimum, gunakan hair mask selepas Veera Organic Green Tea Extract + Organic Chamomile Extract Shampoo.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK VE'ERA

Set Penjagaan Rambut VE'ERA

Jujur, aku sebenarnya menggunakan satu produk sahaja untuk rambut iaitu shampoo. Untuk rambut aku sendiri, antara masalah yang aku hadapi adalah kulit kepala yang berminyak dan juga kadang-kadang rambut berkelemumur. 

Alhamdulillah, selepas menggunakan ketiga-tiga produk ini buat pertama kali, aku dapat rasa perbezaan yang ketara. Pertama, menggunakan shampoonya memang rasa segar, buih yang tidak banyak, dan bau pun memang sedap. Untuk hair mask pula, aku dapati rambut lebih segar, rambut jadi lebih lembut dan mudah nak sikat. Tonic hair pula memang mudah untuk digunakan, hanya perlu sembur sahaja pada kulit kepala.

DAPATKAN RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT VE'ERA

Selesai tentang produk, seterusnya adalah tentang harga pula. Harga untuk satu set (ketiga-tiga produk) adalah RM210. Lebih murah berbanding pembelian secara ala-carte (satu-satu), harga yang perlu dibayar adalah RM267.  Untuk satu set ini, anda boleh gunakan sehingga 2-3 bulan. 

Selain set ini, Ve'era turut menawarkan saiz pek travel yang berharga RM99. Harga ini lebih jimat berbanding dibeli secara ala-carte (satu-satu) iaitu RM107

Untuk dapatkan produk-produk keluaran VE'ERA ini, anda boleh layari laman web atau terus hubungi agen dan stokis mereka. 
Laman Web : www.veeracares.com
Facebook : @veeracares_official
Instagram : @veeracares_official

It All Starts with The Roots.

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah. Mesti rambut Aerill lebih lembut kan. Pakej penjagaan rambut dia lengkap kan. Warna packaging dia cantik

    ReplyDelete
  2. Bleh la guna produk tu untuk kesejahteraan rambut. Lelaki pun kena jaga rambut sebab berpotensi botak awal usia. Sekarang banyak pendidikan penjagaan rambut memang banyak membantu. Akak belajar di tiktok. Hahaha

    ReplyDelete
  3. jenama yg boleh pergi jauh lagi. suk dengan formulasi yg digunakan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!