Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama sebenarnya artikel ini diperam. Gambar pun dah siap edit, tapi nak menulisnya malas. Bukannya, apa bila tiba waktu nak menulis, tetiba ada kerja lain pula yang perlu disiapkan. Akhirnya setelah beberapa bulan, dapatlah artikel ini disiapkan dan dipublish di blog.
Cerita untuk artikel kali ini adalah berkenaan aku dan keluarga aku berkelah, mencari ketenangan, melihat alam sekitar dan sebagainyalah di lokasi yang aku sendiri tak tahu wujud.
BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI PANTAI TANJUNG DAWAI, KEDAH
Okay, sebenarnya yang mengajak bersungguh-sungguh adalah kakak aku, atau aku panggil sebagai along. Along aku dah lama teringin nak bawa anak-anaknya ke pantai, sambil main pasir, dengan kawasan beranginnya, lepak lama-lama dan sebagainya.
Alhamdulillah, perancangan pun dibuat, masing-masing pula memang ada di rumah, kecuali abang ipar aku yang tak dapat turut serta sebab ada kerja yang perlu diuruskan. Yang ikut perkelahan ini adalah mak, abah, along, aku, akak (adik aku yang pertama), bi (adik bongsu aku), Daniel (anak sulung along), dan Danish (anak bongsu along).
Daniel suka main pasir, tapi pasir yang bercampur dengan daun & ranting pokok. |
Pantai Tanjung Dawai ini sebenarnya sebelum ini agak tersorok, tetapi selepas pihak majlis membersihkan kawasan, buat tempat letak kereta dan sebagainya, eh, cantik pulak tempat ini. Deretan pokok rhu dan juga pantainya yang agak panjang, memang menarik ramai orang untuk turut berkelah di sini.
Baca Juga : Baby Daniel Hidap Penyakit Jantung Berlubang
Sebelum kami sekeluarga bergerak ke sini, ada beberapa makanan yang kami sediakan. Antaranya adalah spaghetti carbonara, sandwich dan juga beberapa makanan ringan lain. Untuk air pula, kami hanya bawa jug air sahaja, manakala airnya pula beli sahaja di gerai tepi jalan.
Baby Danish yang masa ni baru beberapa bulan rasanya. |
Keakraban cucu dan datuknya. |
Antara orang yang boleh betul-betul rapat dengan Daniel adalah of course mak & ayah dia, dan seorang lagi adalah datuknya which is ayah aku sendiri.
Main belon, masing-masing seronok, baby Dnish pulak sedang lena. |
Bermain belon. Daniel pada awalnya memang takut, dia macam ,'eh benda apa ni', tapi bila dah lama, dia macam seronok pulak dapat main dan ayah aku pun belikan belon air yang dijual oleh peniaga di tepi pantai ni.
Okay, seterusnya aku tak tahu nak tulis apa dah, jadi jom tengok antara gambar-gambar yang sempat aku ambil ketika perkelahan tersebut.
Baby Danish dan tok ayahnya. |
Adik bongsu aku, Daniel dan mak aku. |
Perlahan-lahan cuba menghampiri laut, walaupun Daniel masih takut. |
Baby Danish, tok ayah dan aku. |
Selfie. |
Baby Danish memperagakan teknik merangkaknya. |
Daniel dan penat, berehat kejap. |
Selfie lagi. |
Selepas daripada perkelahan ini, ada beberapa perkara yang aku rasa boleh diperbaiki. Antaranya adalah perlu bawa tikar yang lebih besar sebab memang tak muat untuk semua orang duduk kat atas tikar tu. Selain itu, perlu bawa pakaian tukar, mana tahu boleh mandi laut. Tapi untuk Pantai Tanjung Dawai ni memang tak boleh mandi sebab di persisiran pantainya ada kayu-kayu yang hanyut termasuklah sampah-sampah kecil.
Kalau untuk berehat, berkelah dan sebagainya aku rasa bolehlah untuk pantai ini, tapi untuk mandi, bagi aku mungkin belum lagi. Semoga satu hari nanti pantai ni jadi bersih dan orang ramai boleh mandi.
Oleh itu, sekian sahaja untuk artikel kali ini. Mungkin ada yang pelik kenapa aku tulis tentang perkelahan ini, suka untuk aku ingatkan bahawa tujuan utama blog ini wujud adalah untuk berkongsi tentang kehidupan aku dan keluarga selain berkongsi tentang perkara-perkara yang aku suka. Mana tahu lagi 20 tahun aku baca balik artikel ni, pasti akan tersenyum lebar.
SEKIAN
next time kalau sampai Kedah, nampaknya kena lah singgah pantai ni
ReplyDelete