Buffet Ramadan 2023 : Lugar De La Boda, Puchong

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah. Semoga tahun ini kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnya. Tinggalkan segala memori yang berbekas di hati kita, keep on & moving forward dan teruslah mencipta kenangan kenangan yang indah untuk kita nikmati di hari yang mendatang. Dua tahun ini kita seolah olah sedang berlari dan tiba tiba dunia berhenti seketika ketika COVID-19 datang melanda ke seluruh dunia. Ramai diantara kita yang kehilangan insan insan tersayang,ikatan yang erat terlerai terputus saat jasad di letakan di liang lahad untuk bertemu dengan sang pencipta.

NIKMATI 80 JENIS HIDANGAN BUFFET RAMADHAN 2023 DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG


Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.  

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah




















Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda WAJIB cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti : 
  • 👉LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'
  • 👉SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar
  • 👉Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung











Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain. 









HARGA BUFFET RAMADHAN 2023 DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG

Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadan Puchong - Lugar De La Boda pada harga seperti berikut : 



HARGA BUFFET RAMADHAN
  • Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
  • Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
  • Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)
  • 1 Meja (10 Pax) - RM690 
Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, anda berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan


Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini (https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022) atau sila hubungi:

  • Zuraini - 0163111074
  • Liana - 016-4318434
  • Shaidatul - 0166700473
  • Kak Lin - 0166700752

Lokasi Lugar De La Boda, Puchong



Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

Laman Web: www.hananagroup.com



Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!