PGDM Anjur Malam Anugerah Digital 2022

Aerill Hassan
7
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Dunia pada tahun 2023 ini sememangnya memerlukan pengetahuan digital bagi setiap perkara. Pandemik yang berlaku telah meningkatkan lagi penggunaan digital dan teknologi dan dipercayai untuk lebih maju kehadapan.

Teknologi digital pastinya akan menjadi satu perkara yang penting terutamanya bagi sektor seperti peruncitan, e-dagang, pelancongan, pembuatan pintar, pertanian pintar, penjagaan kesihatan, perbankan dan sebagainya seiring dengan perkembangan dunia semasa. 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA


Diasaskan oleh Datin Seri Harnie dan Dato Seri Jamal pada tahun 2018, Pertubuhan Generasi Digital Malaysia atau ringkasnya PGDM merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Objektif utama penubuhan PGDM pada asasnya adalah ke arah meningkatkan ekonomi digital, program keusahawanan, program sistem berteknologi tinggi dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di peringkat global. 

Selain itu, PGDM juga ditubuhkan dengan misi "“KE ARAH MASYARAKAT CELIK DIGITAL DAN PENGEMBANGAN DIGITAL EKONOMI SEDUNIA” selain tidak melupakan untuk menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.  

PROGRAM-PROGRAM KEMASYARAKATAN OLEH PGDM


Terdahulu beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia dan juga di Indonesia.

Dijangka di dalam waktu yang terdekat kehadapannya PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran acara di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa. 

Untuk itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman bersama rakan-rakan strategik iaitu:

  • KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU): www.kopitu.co.id 
  • GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTA: www.gpeidpjateng.co.id 
  • UNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA): https://en.unwpa.org>malaysia 
  • SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA): www.swatv.my 
  • PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA: https://www.facebook.com/aura.manjung?mibextid=LQQJ4d

PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022


Pada tahun 2023 ini, PGDM mahu mengadakan acara “PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” iaitu satu Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam perniagaan.

Di samping itu, pada waktu yang sama bagi anugerah tahun 2022, PGDM bercadang ingin memberi pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat. 

Berikut adalah ketetapan acara PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022;
  • Tarikh :   18 hb March 2023 / 25 Sya’ban 1444
  • Hari      :   Sabtu
  • Masa :   8.00 malam sehingga 11.30 malam
  • Lokasi :   Dewan Banquet Utama, Hotel Tenera, Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E

Program ini dijangka akan dihadiri oleh 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu kehormat di kalangan Duta-Duta asing ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.  

Terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM. Tetamu kehormat yang akan hadir merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sebahagian dari anugerah tersebut akan di umumkan pada hujung bulan Februari 2023 setelah mendapat surat persetujuan rasmi dari Menteri berkenaan yang telah dijemput oleh PGDM.


Tertakluk kepada perubahan penilaian dan pemilihan anugerah, kategori anugerah adalah dari kategori seperti di bawah:

  • Popular Digital Awards for Service for QSR Outlets
  • Popular Digital Awards for Service for Food Serving Restaurant
  • Popular Digital Awards for Telecommunication Company 
  • Popular Digital Awards for Petroleum Service Based Company
  • Popular Digital Awards for Popular Food Delivery Service Company
  • Popular Digital awards for Product Delivery Service Company
  • Popular Digital Awards for Innovative Product Network Marketing Company
  • Popular Digital Awards for Women Empowerment Company
  • Popular Digital Awards for Application Usage Company
  • Popular Digital Awards for Transportation Service Company
  • Popular Digital Awards for Corporate Wellness Company
  • Popular Digital Awards for Excellence Leadership Development Company 
  • Popular Digital Awards for Young Entrepreneur for Talent Of The Year
  • Popular Digital Awards for Excellence in Radio Television Broadcast
  • Popular Digital Awards for Achievements in TV Programs
  • Popular Digital Awards for Beauty Product
  • Popular Digital Awards for Health and Supplement Products
  • Popular Digital Awards for Food Based Products
  • Popular Digital Awards for Soft Drinks Based Products
  • Popular Digital Awards for Computer Related Products
  • Popular Digital Awards for Electrical Goods Product
  • Popular Digital Awards for Drinking Water Product
  • Popular Digital Awards for Hotels and Accomodation
  • Popular Digital Awards for Recreation and Clubs
  • Popular Digital Awards for Women Clothing and Fashion
  • Popular Digital Awards for Construction Industries
  • Popular Digital Awards for Insurance Industries
  • Popular Digital Awards for Inbound and Outbound Tourism Industries
  • Popular Digital Awards for Auto Motor Vehicle Company


PGDM berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis “PGDM Annual Digital Award” dan berharap akan mendapat sambutan sebagai satu acara tahunan yang popular di dalam dan luar negara.

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia

Suite 33-01, 33rd Floor,
Menara Keck Seng,
203 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Laman Web : https://pgdm.my/
Email : info@pgdm.my
Facebook : https://www.facebook.com/pgdm.hq/ & https://www.facebook.com/pgdm.my

Post a Comment

7Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tahniah Pertubuhan Generasi Digital Malaysia sebab aturkan Malam Anugerah Digital. Harap malam anugerah ni berjalan dengan lancar nanti

    ReplyDelete
  2. moga pgdm sukses untuk jayakan annual awards ya. salah satu usaha yang baik dan harus dipuji

    ReplyDelete
  3. Bagus inisiatif begini yang memperkenal dan merealisasikan ekonomi digital. Moga berjaya membantu rakyat Malaysia keseluruhannya.

    ReplyDelete
  4. Award mcm ni yang akan naikkan semangat each digital service provider bah kan! Banyak juga kategori for this award kan, teruja pulak nak taw siapa bakal bawa balik award2 ni nanti in March

    ReplyDelete
  5. i love everything about this event! what a way to elevate the digital landscape of malaysia

    ReplyDelete
  6. Wow congrats and this is the way forward to digitalize our country

    ReplyDelete
  7. Ohh wowo....congrats congrats on the successful award night by Pertubuhan Generasi Digital Malaysia. Yeah! Digital the way forward for all. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!