Buffet Ramadan 2023 : Tradisi Semarak Rasa di KL Convention Centre, KLCC

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, tak sampai seminggu sahaja lagi Ramadan bakal tiba. Ramai yang mula membuat persiapan dan sebagainya. Ramai juga yang mula mencari lokasi berbuka yang menarik dengan pilihan menu yang enak. Baiklah, untuk anda yang mencari lokasi terbaik, kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa menarik iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC.

BUFFET RAMADAN 2023: TRADISI SEMARAK RASA, KL CONVENTION CENTRE, KLCC


Majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) yang popular dan sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali. Dari 27 Mac hingga 17 April 2023, tetamu berpeluang merasai dan menikmati 'Resipi Keluarga Asli' yang dicipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen, diilhamkan daripada resipi asli digunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka.

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai termasuk ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai nangka muda bersama cendawan, hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas sencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, 'Bubu Ikan' - ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi.


Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, berkata, 

"Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selerea di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat yang disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami, yang datang dari seluruh pelosok negara dan berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini. Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.














Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.

Chef Hisham menyambung, 

"Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang. Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan. Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan MAkanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurahkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut."


MENU DI BUFFET RAMADAN KL CONVENTION CENTRE

















KERJASAMA DENGAN STARVENDORS


Pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga akan bekerjasama dengan Starvendors, salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023. Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka 'reruai' untuk menjual produk mereka. Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Rasa StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida dan Dato Aliff Syukri.











HARGA BUFFET RAMADAN 2023: KL CONVENTION CENTRE, KLCC


Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen  untuk orang ramai, yang ditawarkan pada harga RM188 seorang dan boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac sehingga 17 April 2023. Pusat Konvensyen ini juga menawarkan harga terdiskaun bersih RM168 untuk semua tempahan awal berbuka puasa daripada orang ramai yang dibuat sebelum 22 Mac 2023. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehampaan. Di samping itu, tawaran kumpulan juga disediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayawan bagi kumpulan lima orang.

Dengan dua menu 'Tradisi Semarak Rasa' yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makann kegemaran tempatan di 'Chef Action Station', yang disediakan atas permintaan.

Untuk berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen,

Laman web : www.konventioncentre.com
Facebook : @klccconventioncentre
Twitter : @klccconvention
Instagram : @klccconventioncentre


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!