SEEKscapes by JobStreet : Peluang Kerjaya Buat Golongan Belia

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini telah berlangsungnya satu program yang cukup menyeronokkan, penuh dengan pelbagai aktiviti serta merupakan satu platfrom terbaik buat golongan belia untuk mencari kerja. Acara yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan ini diadakan selama dua hari dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

SEEKSCAPES BY JOBSTREET: PELUANG KERJAYA BUAT GOLONGAN BELIA



Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada Sabtu yang lalu telah melancarkan SEEKscapes by JobStreet, iaitu satu inisiatif yang bertujuan memperkasakan belia Malaysia untuk merealisasikan potensi sepenuhnya mereka dan menemui tujuan mereka melalui kerjaya yang mampan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.

Berlangsung pada 4 dan 5 Mac 2023 di Depoh Kuala Lumpur Sentul @ Bengkel 1, Jalan Strachan, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur, SEEKscapes dianjurkan oleh platform pekerjaan terkemuka Malaysia  iaitu JobStreet by SEEK dengan sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Pengarah Urusan JobStreet, Vic Sithasanan menyifatkan acara itu sebagai 'contoh cemerlang perkongsian awam-swasta' yang bertujuan menyediakan platform untuk komuniti belia, dan untuk meningkatkan lagi daya saing Malaysia sebagai sebuah negara.

"SEEKscapes bukanlah pameran kerja biasa anda tetapi satu inisiatif membina negara untuk belia untuk terus 'menemui diri mereka' dan mendapatkan pandangan tentang perkembangan peribadi mereka, sambil meneroka peluang kerjaya yang sesuai dengan minat dan kekuatan individu mereka," 
kata Vic.


Pada acara yang sama, YB Hannah Yeoh sempat bercerita panjang tentang kerjaya beliau, bermula dari bawah, dan bagaimana beliau boleh menceburi bidang politik. Kisah beliau melalui pelbagai cabaran dan juga cabang kerjaya yang mana setiap satunya membantu beliau dalam melakukan kerja-kerja sebagai seorang ahli politik.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan juga menganjurkan ceramah kerjaya untuk komuniti belia pada majlis itu yang menampilkan penceramah seperti En. Mazlan bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan Kementerian Belia dan Sukan. yang akan membantu belia untuk menemui rahsia kejayaan kerjaya dengan ceramahnya dalam "Ya atau Tidak: Membuat Keputusan Sepanjang Perjalanan Kerjaya Anda".


"SEEKscapes by JobStreet ialah platform yang hebat untuk belia di Malaysia untuk membuka potensi mereka dengan menemui kekuatan, personaliti, semangat dan minat mereka melalui pelbagai aktiviti menarik yang dirancang pada acara itu," 
kata Vic.

Antara figura yang hadir memceritakan kisah mereka adalah seperti Dr. Jason Leong, doktor perubatan Malaysia kini menjadi pelawak dua komedi istimewa Netflix, Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Caroline Wee, VP Brand & Strategy Tealive, Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life (Boost), David Leung, Naib Presiden Operasi Hotel di Genting Malaysia, Al Irwan Fikri, Pengurus Latihan Sports Direct, dan Woei Hern, Ketua Creative APAC VAYNERMEDIA yang pernah berada dalam bidanghpengiklanan selama lebih dua dekad.

PLATFORM BELIA BELAJAR DAN FAHAMI PERSONALITI


JobStreet memahami bahawa belia yang pertama kali melangkah ke dalam tenaga kerja mungkin mendapati perjalanan penemuan ini menakutkan dan ada kalanya membingungkan, justeru acara ini dibangunkan untuk bukan sahaja melibatkan diri dengan golongan belia tetapi juga menyediakan platform untuk mereka belajar dan memahami personaliti mereka dengan cara yang menyeronokkan dan menyegarkan, bermula dengan kuiz personaliti yang membantu menjana maklumat grafik digital tentang diri mereka yang disertakan dengan beberapa cadangan kerjaya yang sesuai.

Lebih menarik lagi, pelbagai syarikat yang sedang mencari pekerja turut menyertai acara kali ini seperti  Teleport, Sports Direct, Genting Malaysia, Big Bad Wolf Books dan Sunway Berhad.

Selain merupakan platform untuk para pencari kerja, acara ini turut melibatkan persembahan secara langsung, kumpulan tarikan, persembahan muzik, pertunjukan fesyen dan pelbagai yang dirancang untuk menyediakan platform kepada belia untuk meneruskan minat mereka dan menemui bakat dalam diri mereka.

Acara itu juga menyediakan pelbagai gerai makanan dan minuman  yang membolehkan para peserta yang hadir untuk berseronok sambil mencuba pelbagai makanan yang menarik dan mengenyangkan. Istimewanya, JobStreet turut memberikan minuman susu soya Starbucks, Tealive & Joybean percuma kepada hadirin di acara tersebut.


SEEKscapes by JobStreet ini pastinya satu platform terbaik buat belia dan mereka yang mungkin mencari kerja pertama. Semoga acara sebegini diadakan dengan lebih kerap dan juga lebih meluas supaya belia di seluruh negara dapat hadir dan berpeluang untuk memahami tentang diri serta mengetahui arah tuju mereka.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!