Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti di PWTC, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahun 2023 ini pastinya hari raya aidilfitri diraikan dengan meriah oleh rakyat Malaysia. Untuk mereka yang berada di Lembah Klang atau kawasan berdekatan, ada berita baik untuk anda! Kepada anda yang mungkin sedang merancang untuk mencari lokasi membeli belah, jom ke Stylofest Mega Raya 2023 yang bakal berlangsung selama 73 jam tanpa henti!

STYLOFEST MEGA RAYA 2023 73 JAM TANPA HENTI


Bertemakan #SyurgaShoppingKita, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 yang akan diadakan bermula 14 sehingga 17 April 2023 dijangka akan mencipta sejarah tersendiri dengan penganjurannya selama 73 jam tanpa henti. 

Bukan itu sahaja, festival membeli-belah yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) atau lebih dikenali sebagai PWTC itu, menyenaraikan lebih 400 gerai jualan yang terdiri daripada pelbagai produk serta keperluan pengunjung terutamanya keluarga bagi meraikan Aidilfitri. 

Malah Stylofest Mega Raya 2023 juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100,000, termasuk lebih 1,000 baucer membeli-belah selama tiga hari penganjurannya.

SESUAI DIKUNJUNGI SEISI KELUARGA


Selebriti serba boleh, Didie Alias yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Didies Entertainment & Management, pemilik francais festival terbesar ini Stylofest Mega Raya 2023 berkata, festival berkenaan sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga untuk mendapatkan pelbagai keperluan satu keluarga bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti. 

“Selain daripada menganjurkan sebuah festival yang meriah, selesa dan padat dengan aktiviti dan tawaran diskaun hebat kepada pengunjung, ia telah menjadi prinsip dan keutamaan kami sejak 7 tahun yang lalu untuk memberikan keutamaan kepada para usahawan dengan strategi-strategi promosi dan pengiklanan yang padat dan berterusan bagi memastikan para usahawan dapat menjalakan aktivti jualan dengan penuh rancak dan menguntungkan.”

 


“Kami juga menyokong dan menyahut cadangan kerajaan dengan memperkenalkan “Tapak Rahmah” bagi membantu usahawan-usahawan kecil terutama yang baru berniaga dengan menawarkan harga tapak serendah RM2,500” 

katanya lagi. 


Menurut Didie Alias, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 telah mendapat penyertaan jenama popular seperti Watson, Ella Furniture, Bulan Bintang, Elrah Executive, Hijabista Hub, Minaz, Alha Alfa, Simply Siti, Supersunday dan bermacam lagi selain daripada penglibatan UniKL sebagai rakan kolaborasi acara berkenaan.

“Objektif utama penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 tidak lain ialah untuk merancakkan lagi ekonomi negara dan tidak ketinggalan meningkatkan ekonomi para usahawan tempatan yang mengambil bahagian. 
“Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan kepada para pengunjung untuk menikmati pembelian harga mampu milik dan tawaran hebat bagi setiap produk yang ada di jual sini, selain dapat beriadah bersama keluarga sepanjang 73 jam karnival ini diadakan,” 

katanya.

KETENGAHKAN PRODUK KEPERLUAN SEISI KELUARGA


Stylofest Mega Raya 2023 bakal mengetengahkan produk keperluan seisi keluarga bagi menyambut lebaran seperti pakaian, beg, aksesori, minyak wangi, kosmetik, perkakas rumah dan elektrik dan kuih raya. Tidak ketinggalan juga barangan keperluan dapur, ruang tamu serta dekorasi, produk mandian dan kenderaan. 

Buat pertama kalinya juga, pengunjung berpeluang membeli pelbagai barangan kecantikan, kosmetik dan rawatan tubuh badan di Shop-in With Watson yang bakal menawarkan diskaun hebat yang hanya boleh didapati di festival mega raya seumpama ini. 

Bakal dilancarkan juga Stylo Kidszone iaitu lokasi khas yang disediakan khusus buat kanak-kanak bermain sebagai kemudahan tambahan buat ibu-bapa membeli-belah tanpa risau dan selamat untuk meninggalkan anak masing-masing di zon berkenaan

“Pada festival ini juga, akan dibuka StyloFoodie yang menempatkan gerai makanan dan minuman di kawasan tempat meletak kereta PWTC. 
“Bukan itu sahaja, Stylofest Mega Raya 2023 turut mendapat penyertaan barisan usahawan yang bukan sahaja dari Semenanjung tanah air, malahan juga dari Sabah dan Sarawak bagi memeriahkan lagi penganjuran tahun ini,” 

katanya.


Didie Alias menerusi syarikatnya Didies Entertaimernt & Management dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan rangka promosi dan jualan Stylofest Mega Raya 2023 sejak empat bulan lalu.

BARISAN SELEBRITI POPULAR TANAH AIR SEBAGAI DAYA TARIKAN

Sebagai daya tarikan, Stylofest Mega Raya 2023 turut menyenaraikan barisan selebriti popular tanah air sepanjang penganjuran karnival selama 73 jam tanpa henti ini. 

Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ustaz Ebit Lew, Ella, Ustaz Syamsul Debat, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Adira, Puteri Sarah, Dato Fizz Fairuz, Jue Aziz, Aidil Aziz, Mark Adam, Mawar Rashid, Zul Huzaimy dan Zaki Yamani

Turut mengambil bahagian, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Syamel, Ernie Zakri, Wawa Zainal, Aeril Zafril, Watie Ozlynn, Johan Raja Lawak, Aidil Aziz, Fasha Sandha, Nad Zainal, Ungku Ismail, Ayda Jebat, Nabil Mahir, Ayie Floor 88, Along Cham dan Zalif Sidek. 

Tidak ketinggalan, Anne Abdullah, Angah Raja Lawak, Nubhan, Ieda Moin, Mark Adam, Fikry Ibrahim, Imam Muda Asyraf, dan Liza Abdullah

“Cabaran tahun ini, di mana kami perlu merangkakan strategi promosi dan penjualan tapak seawal 4 bulan yang lalu bagi mengurangkan saingan terhadap penganjur baharu yang muncul seperti cendawan pada tahun ini. 
“Harapan saya, semoga penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 dapat memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki bersama rakan selebriti, usahawan serta membantu meningkatkan ekonomi semua pihak yang menyertai festival ini,” 

katanya. 


Selain gerai jualan, turut diadakan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya majlis berbuka puasa bersama anak yatim, sesi ramah mesra bersama Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Syamsul Debat, pemberian duit raya, keluarga bertuah raya dan banyak lagi. 

Untuk maklumat, satu unit gerai jualan di StyloFest Mega Raya 2023 boleh didapati pada harga serendah RM3,500, RM4,500, RM5,500 serta harga premium mengikut pada lokasi tapak gerai. 

Berminat untuk mengambil bahagian di dalam Stylofest Mega Raya 2023? 
Sila hubungi 010-2199144 atau email ke stylofesthq@gmail.com. 

Atau follow laman sosial Stylofest Mega Raya 2023 iaitu ;

Instagram : @stylofest.my
Facebook : FB Stylofest 
 Tik Tok : Stylofest

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!